Saturday, 10 October 2009
Suara Bagan Pinang - Pilihanraya Kecil
Posted by Teropong Duri at 8:48:00 pm 10 comments
Labels: DUN BAGAN PINANG
Gelombang perubahan akan bermula di Bagan Pinang TS Muhyiddin
Posted by Unknown at 7:33:00 pm 2 comments
Flyer palsu untuk tipu orang ramai hadhir ceramah Anwar

Fitnah yang ingin Anwar lemparkan kepada Isa Samad dalam ceramah semalam gagal kerana orang tidak ramai hadhir. Di ladang, ada dalam 130 orang saja yang sambut untuk dengar Anwar berucap. Cuma 10 yang mengundi.
Anwar pergi kemudian ke Sri Rusa dan kedai makan, sambutan yang hambar juga menyambutnya. Ini yang membuat gagal Anwar tidak dapat mengkut skrip yang dicadangkan untuk melempar fitnah peribadi dan bohong terhadap Isa Samad.
Malam ini malam terakhir Anwar di Bagan Pinang. PAS sudah terdesak dan perlukan sentuhan magik Anwar untuk menyelamatkan mereka. Itu yang disebarkan debat palsu antara Muhyiddin dan Awnar dengan harap ianya akan dapat menarik orang ramia.
Pastinya tak berjaya kerana orang tempatan sudah fedup dengan politik. Mereka marah dengan trafik jam yang diatur dengan sengaja oleh PAS dengan cara meletakkan Markas mereka di tengah jalan utama. Kegiatan perniagaan runcit dan ceramah di markas mereka menyekat perjalanan.
Orang PD ada yang menrungut. Beberapa kes orang tempatan yang mahu ke hospital terpaksa memakan masa sejam berbanding masa biasa yang hanya dalam 15-20 minit.
PAS BONGAK! ANWAR RAJA BONGAK!
Read More
Posted by pisau at 6:57:00 pm 6 comments
BAGAN PINANG: Baru setahun setengah, Macam-macam masaalah

Dalam masa 18 bulan berkuasa dalam lima negeri, taring sebenar Pakatan Rakyat (PR) benar benar menyerlah. Mereka hanyalah politikus yang mementingkan diri sendiri dan melakukan salah guna kuasa berusaha untuk mengaut seberapa banyak ‘keuntungan dan harta’, dalam tempoh masa terdekat.
1. MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyalah guna sumber GLC negeri (Kumpulan Peransang) bagi Korban Aidil Adha diluar Selangor (Bandar Tun Razak)Ini belum kira salah laku politikus PR sepanjang 18 bulan ini. Ini termasuk:
2. Exco PR Perak Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi dituduh dalam Mahkamah kerana rasuah
3. Setiausaha Politik Exco DAP Kerajaan PR Selangor Ean Yong menjadi saksi dalam siasatan salah guna kuasa dan wang peruntukan DUN/Parlimen oleh wakil rakyat DAP di Selangor
4. MB Kelantan Nik Aziz memberikan kroni konsessi balak dan melantik menantu sendiri sebagai CEO PMBK
1. Dakwaan Pesuruhjaya PAS mengelapkan peruntukan PRK Permatang Pauh Ogos 2008Tidak pernah dalam sejarah demokrasi Raja Berpelembangaan ala Westminster mana mana pihak yang dipilih untuk memerintah menjarah dan melakukan sebegitu banyak salah laku dan guna kuasa dalam tempoh sebegitu singkat!
2. Exco Kerajaan PR Selangor Elizabeth Wong yang mengaku melakukan seks diluar nikah dan gambar bogelnya disebar luas. Muslimat PAS yang kunun kunun berjuang atas ‘Al Quran dan Sunnah’ pula secara terbuka memberi sokongan kepada Eli Wong. Ada juga yang mempercayai kes ini merupakan skandal konspirasi dalam PKR.
3. Exco DAP Kerajaan PR Selangor Ronnie Liu yang cuba menghalang siasatan penuh keatas kes kematian mengejut Teoh Beng Hock
4. Wakil rakyat DAP Selangor yang dikatakan terlibat dengan pengamal maksiat dan kongsi gelap
5. PAS yang mengaku berjuang atas ‘Al Quran dan Sunnah’ tergamak mementingkan kegiatan maksiat dan minoriti kafir dari hukum Allah s.w.t.
6. Pengerusi DAP Karpal Singh biadap ingin mengheret DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke Mahkamah dan ini wajar disifatkan sebagai ‘menghasut’
Sumber: Bigdogdotcom
Read More
Posted by pisau at 6:55:00 pm 4 comments
PRK Bagan Pinang - Pengundi Bagan Pinang Matang Memilih Kerajaan Dan Pemimpin - YB Ahmad Maslan
Posted by Unknown at 2:37:00 pm 6 comments
Provokasi Pas!
> Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal Malaysian Insider dan Harakah Daily diminta beri keterangan tentang dakwaan mengelirukan kononnya penyokong parti itu cedera diserang ahli UMNO.
> Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, gambar mangsa yang ditunjukkan Salahuddin dan disiarkan dalam portal berbeza dengan orang yang membuat laporan polis.
> Tiada siapa yang tampil membuat laporan polis mengatakan cedera teruk ditetak ‘pedang samurai’.
> Salahuddin semalam gagal tunjukkan bukti salinan laporan polis atau nama lelaki yang ‘cedera’ ditetak.
> Ia hanya satu salinan laporan polis seorang penyokong Pas yang mendakwa keretanya dihalang oleh petugas BN.
> Laman web Harakah sendiri telah menarik balik berita itu.
Read More
Posted by Taminsari at 2:17:00 pm 5 comments
Anwar dicabar saman Nallakarupan
PORT DICKSON 9 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menyaman bekas sahabat baiknya Datuk S. Nallakarupan yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu mempunyai simpanan RM3 bilion dalam beberapa akaun utama di luar negara.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jika benar Anwar menafikan dakwaan itu, beliau perlu membuktikannya termasuk menyaman Nallakarupan kerana telah memfitnah.
Katanya, jika Anwar boleh menyaman beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin PKR itu juga perlu menyaman bekas sahabat karibnya itu untuk membersihkan nama.
"Tetapi Anwar tidak berani nak saman Nallakarupan. Sebab Nallakarupan pernah bagi RM60 juta kepada Anwar.
"Nallakarupan merupakan sahabat baik Anwar (satu ketika dahulu) selalu makan dan main tenis sama-sama," kata Khairy ketika berucap pada program Pentas Pemuda di sini malam ini.
Nallakarupan sebelum ini telah membuat kenyataan Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam kenyataan yang dibuat dalam tahun 1999.
Khairy beberapa hari lalu telah membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah Abdul Murad dan kenyataan Nallakarupan itu supaya satu siasatan menyeluruh dapat dilakukan berhubung tuduhan tersebut.
Menurut beliau, Anwar tidak berani menyaman kerana Nallakarupan menyimpan banyak rahsianya.
Beliau turut menyentuh mengenai bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang kini diterima masuk PKR selepas keluar dari UMNO.
Katanya, Zaid tidak ada beza dengan calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebab pernah dihukum oleh UMNO sewaktu menjadi Ketua Bahagian kerana politik wang.
"Kenapa hendak bangkit isu tindakan tata tertib yang dikenakan ke atas Mohd. Isa? Zaid pun pernah dikenakan tindakan sama sebab politik wang. Kenapa boleh terima Zaid tetapi tidak Mohd. Isa," katanya.
Selain itu katanya, Pas juga berdolak-dalik dalam isu untuk menubuhkan negara Islam.
Kata Khairy, dia pernah mencabar bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berdebat mengenai isu mampukah parti itu melaksanakan hudud di Malaysia.
"Husam pada sidang akhbar bersama saya kata boleh (laksanakan hudud di Malaysia)," ujarnya.
Namun selepas itu kata Khairy, pemimpin DAP, Karpal Singh mengatakan langkah mayatnya dulu jika mahu melaksanakan hudud dan diikuti oleh seorang lagi pemimpin parti itu Lim Guan Eng.
"Selepas itu Husam kata pas tak boleh buat (laksanakan hudud). Nampaknya Pas takut dengan DAP," katanya.
Tetapi dalam BN katanya, pemerintahan dilakukan mengikut perlembagaan yang mana kepentingan semua parti komponen diambil kira tanpa ada yang dipinggirkan. - Utusan
Read More
Posted by 1Agenda at 1:01:00 pm 6 comments
Pembohongan yg 'kantoi' : Pas gagal kemuka nama mangsa insiden 'pedang samurai'
PORT DICKSON 9 Okt. - Pakatan pembangkang gagal mengemukakan salinan polis berhubung dakwaan penyokongnya ditetak dan dipukul hingga cedera oleh seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO dalam insiden yang kononnya membabitkan 'pedang samurai' kelmarin.
Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Pas, Salahuddin Ayub pada sidang akhbar hariannya di Markas Induk Pas di sini hari ini, juga gagal mengemukakan nama lelaki yang kononnya cedera akibat ditetak itu.
Ketika mempertahankan tuduhan dan dakwaannya itu, beliau hanya mengemukakan salinan laporan polis salah seorang penyokong yang mendakwa keretanya telah dihalang oleh petugas Barisan Nasional (BN).
Laporan polis yang dikemukakan itu langsung tidak menyebut diserang menggunakan pedang samurai hingga cedera seperti yang didakwa Naib Presiden Pas itu.
Akibatnya, timbul kekeliruan di kalangan petugas media sehingga berlaku perang mulut pada sidang akhbar itu.
Salahuddin berkata, Pas telah membuat lima laporan dan salah satu daripada laporan itu mengandungi nama lelaki yang dipukul.
Bagaimanapun, Salahuddin gagal mengemukakan nama mangsa yang ditetak dengan parang tersebut.
Malah laman web Harakah sendiri tidak meletakkan nama lelaki itu dan beritanya telah ditarik dari laman itu hari ini, kecuali gambar seorang lelaki yang luka di bahagian kepala. - Utusan
Read More
Posted by 1Agenda at 12:17:00 pm 4 comments
SLOGAN anWAR JIKA JADI PERDANA MENTERI (naaa.....mungkin)
Posted by Detguaq at 12:03:00 pm 7 comments
Nak undi siapa?
BN merupakan parti yg terbaik untuk memperjuangkan hak semua rakyat Bagan Pinang khususnya dan Malaysia amnya kerana parti komponen BN sentiasa memahami dan menghormati agama, bangsa dan budaya masing-masing. Atas dasar yang sama juga Perlembagaan Malaysia digubal.
Tidak seperti komplot pembangkang yang munafik lagi hipokrit. Mana mungkin PAS yg kononnya ingin menubuhkan Negara islam bersekongkol dengan DAP yg menjawab dgn kata-kata "langkah mayat kami dulu".
DAP yg sama juga menyokong musuh negara iaitu chin peng, si pembunuh utk diterima masuk ke Negara ini.
PAS hipokrit
PAS begitu ghairah menuduh UMNO tidak Islamic. Dengan tuduhan rasuahnya, zalimnya malah tuduhan kafir juga dilemparkan pada UMNO. Tapi pada masa yang sama mereka bersekongkol dan berpeluk-pelukan dengan Bapak Penyalahguna Kuasa yang telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan, yang disahkan oleh mahkamah sebagai seorang peliwat.
PAS juga bekerjsama dengan DAP yang pastinya diterajui oleh orang yang mengikut takrif mereka sendiri sudah tentunya kafir.
Bagaimana mungkin PAS yang sebegini boleh dipercayai.
Saya masih ingat lagi Tun Mahathir dalam ucapan Presiden semasa Perhimpunan Agung UMNO (kalau tak silap ucapan Presiden yang terakhir sebelum beliau meletak jawatan) menamakan PAS sebagai musuh utama orang Melayu di negara ini. Pesanan Tun ini semakin jelas terbukti kebenarannya dengan perilaku PAS dewasa ini
Marriage made in hell
Ketidaksehaluan dan kecelaruan Pakatan Rakyat jelas terbukti apabila keengganan atau kegagalan mereka utk menggabungkan ketiga-tiga Parti PAS Keadilan dan DAP dibawah suatu parti gabungan rasmi. Seolah-olah mereka sendiri tahu komplot mereka ini hanya sementara dan bersifat luaran shj. Pada hakikatnya perbezaan sesama mereka terlalu jauh dan tidak boleh di'reconcile' secara hakiki.
Sedarlah wahai sdr-sdr ku semua, mengundi PAS akan hanya menguatkan DAP dan memecahkan perpaduan negara. Keamanan dan kemakmuran di BAgan Pinang akan diganti dengan kekecohan dan kemunduran jika PAS diundi. Lihat sahaja Selangor sekarang ni dan Perak seketika dulu.
Nak undi siapa?
Formula kerjasama BN sesama parti komponennya terbukti harmoni dan makmur sejak lebih 50 thn merdeka. Oleh itu undilah calon BN TS Isa Samad. Beliau pemimpin berasal dan berakar umbi di Bagan Pinang. Anak jati Bagan Pinang yg penuh pengalaman, rendah diri dan setia dgn perjuangan parti BN.
Read More
Posted by Pemuda Telok Kemang at 11:42:00 am 4 comments
N31 Bagan Pinang: Kembali ke pangkuan Umno.
Video dari house PK,bukti anak muda Bagan Pinang memberi sokongan padu kepada Calon Tan Sri Isa,mereka dahulunya adalah penyokong PAS dan PKR,telah pisau katakan sebelum ini,sebahagian dari mereka yang Pisau temui akan keluar dari pakatan haprak,inilah jawapannya,
video ini adalah sebahagian pemuda daripada 200 orang yang keluar dari pakatan haprak.
Alhamdulilah,allah membuka hati mereka untuk kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Pisau kata "Gelombang Biru makin menganas"
Read More
Posted by pisau at 10:53:00 am 7 comments
Labels: Bagan Pinang, lompat parti
Nafi secara bersumpah jika dakwaan Murad tidak benar!
Berita Harian, 1 November 1999
KUALA LUMPUR, Ahad - Jawatankuasa Petugas Menangani Fitnah dan Panel Peguam Umno meminta mereka yang menafikan menerima bantuan daripada akaun induk Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didedahkan oleh bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, supaya membuat penafian melalui akuan berkanun.
Ketua Urusetianya, Zawawi Zin, berkata langkah itu adalah tindakan pertama yang patut diambil bagi menunjukkan mereka sanggup menghadapi pendakwaan jenayah jika penafian itu nanti didapati benar. Beliau berkata, penafian melalui media massa saja tidak memadai kerana Abdul Murad membuat pendedahan itu melalui akuan berkanun, yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah.
"Oleh kerana dakwaan Abdul Murad itu dalam bentuk akuan berkanun, sesiapa yang menafikan pembabitan mereka melalui media dan akhbar, adalah tidak memadai.
"Mereka sepatutnya membuat penafian melalui akuan berkanun juga, dan kemudian mengedarkannya untuk pengetahuan umum sepertimana dilakukan oleh Abdul Murad," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khamis lalu, Abdul Murad membaca akuan berkanun itu pada satu sidang akhbar, yang mendakwa Anwar mewujudkan lebih 20 akuan induk RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya. Akuan berkanun, yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah pada 26 Oktober lalu, menyebut beberapa tokoh korporat, pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.
Antaranya ialah Ketua Pegawai Operasi Phileo Allied Berhad, Tong Kooi Ong; Timbalan Presiden Keadilan, Dr Chandra Muzaffar; Naib Presiden Keadilan, Marina Yusof; Tan Sri Abdullah Ahmad; Shamsidar Taharin, Azmin Ali; Angkatan Belia Islam Malaysia, Aliran dan Institut Kajian Dasar.
Bagaimanapun, Dr Chandra, Abdullah, Azmin, Abim dan Aliran menafikan dakwaan Abdul Murad itu. Akuan berkanun dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960, yang menyatakan sesiapa yang membuat akuan palsu boleh didakwa mengikut seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati sabit kesalahan di bawah seksyen-seksyen itu boleh didenda dan dipenjara sehingga tiga tahun.
Zawawi berkata, pihak berkenaan perlu membuat penafian melalui akuan berkanun dan mengedarkannya untuk pengetahuan umum seperti dilakukan Abdul Murad. "Setelah membuat akuan itu, baru mereka boleh mengambil tindakan mahkamah, sama ada dalam bentuk fitnah jenayah, saman malu atau sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata, orang ramai juga berhak meminta nama-nama dan pihak yang disebut dalam akuan berkanun itu supaya membuat pengakuan serupa dengan segera. Katanya, Abdul Murad tidak boleh menarik balik dakwaannya setelah menurunkan tandatangan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan akuan itu. "Kita pasti Abdul Murad sedar bahawa jika ada mana-mana bahagian dalam akuan berkanunnya didapati tidak benar, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan," tegasnya.
Read More
Posted by Taminsari at 9:39:00 am 6 comments
N31: Kenapa pangkah BN?
"Saya hidup selesa. Walaupun tak kaya atau dapat projek tapi rezeki tu hak Allah. Setiap makhluk ada rezeki masing-masing. Cuma sikap cemburu dan dengki terhadap kejayaan orang lain dah jadi lumrah dalam masyarakat Melayu. Sebab tu empayar Melaka jatuh." - Subki, Bagan Pinang.
"Takde masalah. Nak keluar pergi mana-mana, jam berapa pun tak kisah. Tak risau kena tembak ke, bom ke, kalau keluar rumah. Nak makan apa pun boleh. Takde kisah. BN dah buat elok pun dah cukup baik." - Rahmah, Bagan Pinang.
"Tadi saya dengar ceramah Pas dia kata BN ni zalim. Betul ke bang? Saya perati yang tukang ceramah tu pakai keta besar, ada rumah besar dan isteri pun ramai. Kalau nikmat yang dia dapat macam tu pun masih dikatakan BN zalim, yang lebih zalim dari tu tak tau la lagi macamana." - Atas Pagar, Bagan Pinang.
"Meniaga kalu cari makan pun tara problem. Sikit-sikit cukuplah apa mau tamak. Ini worang banyak dengki kasi huru hara. Tara bagus itu macam. Hidup orang India jauh lebih baik dari 50 tahun dulu juga. Ini BN juga punya kerja. Dulu tarak Pas datang bantu pun." - Subra, Bagan Pinang.
"Saya ni asal keluarga miskin je bang. Adik beradik 9 orang tapi alhamdulillah 5 berjaya masuk universiti dan sekarang dah bekerjaya. Kehidupan kami pun banyak dah berubah. Nak tak nak saya kena terima hakikat yang ini semua hasil pemikiran pemimpin kerajaan sejak dulu. Sebab tu kita kena jadi hamba Allah yang bersyukur. Kalau tak serupa macam iblis la perangai." - Razak, Bagan Pinang.
"Banyak tempat dah saya pergi termasuk ke luar negara tanpa halangan. Saya bebas buat apa yang saya suka. Banyak benda dah saya tengok. Saya bersyukur dilahirkan di Malaysia dan tidak menyesal dengan pilihan saya untuk sentiasa memilih BN. Ini pilihanraya yang ke-4 saya mengundi. Moga semuanya berjalan dengan baik." - Totok Umno, Bagan Pinang.
"Kalau pangkah Pas nanti tak dapat dah tengok AF, Mentor, Raja Lawak, Juara Lagu...bla...bla...bla." - Remaja Sengal, Bagan Pinang.
"Kereta saya dah ada, rumah dah ada, anak dah ada, isteri lagi 3 belum ada, tanah pun mampu beli sikit-sikit. Tak pernah dapat projek kerajaan tapi saya tetap boleh berjaya. Nak ke masjid senang, nak amal ibadat takde sapa halang, nak ke mana-mana pun bebas. Apa nak lagi? Kerajaan dah jalankan amanah pun kira bagus. Terkurang terlebih tu adatlah. Macam la puak sebelah sana tu perfect sangat." - Hazli, Bagan Pinang.
"Janji wa dapat cali makan itu sulah cukup bagut. Buat apa mau tukar kelajaan." - Chun, Bagan Pinang.
"Kerajaan BN yang menaikkan martabat dan maruah tentera sejak dulu. Bukannya Pas, bukannya PKR dan bukan juga DAP." - Col. (B) Shamsudin.
Che Din: Kau lak Islah, kenapa pangkah BN?
Islah: Sebab aku boleh kritik dan fitnah kerajaan dalam blog sesuka hati tanpa dikenakan sebarang tindakan. Boleh ceramah hentam kerajaan tiap-tiap malam tanpa perlu susah payah buat kerja, pastu boleh kutip duit dari orang ramai untuk masuk poket sendiri. Tapi sebab utama aku pangkah BN, hanyalah semata-mata nak bagi komplot pembangkang ni sakit hati. Kes kes kes..."
(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)
Read More
Posted by Batubater at 6:20:00 am 11 comments
PRK N31: Buku bertemu ruas
1. Pepatah orang lama menyebut, "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak".
2. Kepada orang luar terutama penyokong komplot pembangkang yang datang ke Bagan Pinang, JANGAN SESEKALI BAWA BUDAYA SAMSENG ANDA KE TEMPAT KAMI!
3. Mungkin dalam siri PRK sebelum ni sama ada di Kelantan, Terengganu, Penang, komplot pembangkang boleh buat provokasi tanpa tindakan dari pihak BN.
4. Tapi silap besarlah di Negeri Sembilan.
5. Kepada Badrul gumuk pendek, jangan memfitnah dan buat tuduhan sesuka hati seperti orang tiada agama.
6. Ayat beramaran Badrul gumuk pendek, "Jangan salah cuba, jangan jolok sarang tebuan"...maka kami nak pulangkan kembali ayat yang sama dengan sedikit tambahan, "Dah lama hidup?"
7. Semua orang tahu bahawa komplot pembangkang sering memulakan provokasi dengan tujuan supaya polis terpaksa mengambil tindakan.
8. Apabila polis terpaksa bertindak, maka polis akan dituduh sebagai zalim dan kejam.
9. Maka bergentayangan berita di seluruh dunia yang kononnya menggambarkan betapa zalimnya kerajaan Malaysia.
10. Siapa yang ajar semua ini, mestilah Brader Anwar Bin Ibrahim.
11. Kenapa Rahim Noor tumbuk dia? Sebab dicarutnya Rahim Noor sebagai babi, anjing, puk****, etc.
12. Siapa yang mulakan provokasi?
13. Sekiranya anda ditekan secara melampau, adakah anda akan berdiam diri?
14. Sabar manusia ada batasnya.
15. Kalau datang cara baik, akan dilayan cara baik.
16. Negeri beradat ni banyak pantang larangnya.
17. Jangan nak buat drama teater sandiwara songsang komplot pembangkang di sini.
18. Tapi kalau berhajat juga nak tahu betapa hebatnya ruas, dipersilakan mencuba...
(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)
Read More
Posted by Batubater at 6:11:00 am 1 comments
SIAPA SAMSENG ?
Semasa hari pencalunan PRK Dun Bagan Pinang, Ahli MT UMNO Dato Azeez Rahim telah dipukul oleh 9 orang. Perbuatan keganasan PAS mendapat liputan meluas. Akhirnya mereka cuba menuduh Ahli UMNO terbabit mencari publisiti murahan.
Apabila semalam terdapat kekecohan di markas PAS (samada betul atau tidak) mereka membuat cerita dongeng bahawa UMNO mempunyai pasukan 'ala komando'.
PAS kini telah hilang arah dan tengelam punca akibat terlalu ghairah untuk menang dan kerana mereka telah mendapat 'signal' bahawa PAS akan kalah di DUN BAGAN PINANG. Akibat kekalahan ini, mereka telah bersedia dengan banyak alasan untuk digunakan bila berdepan dengan rakyat.
Rakyat kini lebih matang dan dapat menilai siapa yang betul dan siapa yang salah dan mereka juga telah memilih siapa yang perlu menjadi ADUN BAGAN PINANG. Apakah mereka akan memilih orang yang pernah kalah 3 kali dalam pilihanraya dan tidak ada pengalaman atau calun yang berwibawa seperti Tan Sri Isa Samad seorang yang pernah menjadi Menteri, Menteri Besar dan mempunyai 'testimonial' yang cukup hebat.
SOKONG DAN UNDILAH BARISAN NASIONAL .......
Read More
Posted by Samurai Politik at 4:24:00 am 1 comments
Labels: BN, DUN BAGAN PINANG, UMNO
PENTAS PEMUDA!!! BUKTI SOKONGAN MUDA KE BN.
Program pentas pemuda yang sememangnya dinantikan oleh golongan muda dan belia di
Bagan Pinang telah berlangsung di dataran Kemang.Dihadiri lebih seribu orang yang keseluruhannya adalah orang temapatan dan pengundi di Bagan Pinang Ini.
Ceramah di mulakan dengan dari wakil Pemuda dari PPP,MIC,Pemuda BN Sarawak di hangatkan lagi dengan ceramah Dato Razali Ibrahim yang memanaskan pentas Pemuda!!
Yb Khairy juga tidak ketinggalan untuk menyuntik semangat kepada golongan muda agar memilih Barisan Nasional,antara isi kandungan ialah,beliau mencabar Anwar Ibrahim Menyaman Dato S.Nallakarupan kerana menuduh Anwar menerima duit tunai sebanyak RM60 juta dari syarikat Magnum(perjudian).
Ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengamitkan suasana Pentas dengan mendedahkan beberapa kepincangan pembangkang(Pakatan Rakyat)selain itu beliau turut yakin bahawa BN mampu menang dan Insyallah dengan majoriti lebih besar lagi..
Kemuncak ceramah ialah dari calon BN N31 Bagan Pinang Dato Seri Utama Tan Sri Isa Samad,
beliau dengan yakin dan penuh bersemangat menyatakan bahawa pengundi menunjukan tanda-tanda yang positif disepanjang program yang dihadiri dari awal kempen sehingga ke hari ini.Dengan tepuk sorak yang gemuruh disambut dengan gelak tawa Tan Sri Isa merungkap serangkap ayat iaitu"sama rata,sama rasa,depan belakang sama sahaja"
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan calon kita serta Ketua Pemuda Umno kita terpaksa melayan mereka yang berebut-rebut mahu bergambar bersama mereka.
Read More
Posted by Unknown at 4:08:00 am 3 comments
Kad Raya Deepavali: Langkah terkini pakatan untuk mengelirukan masyarakat India terhadap BN
1. Kad ini yang ditulis dalam bahasa Tamil mempunyai lambang tiga parti (dua lagi tak bertanding) adalah langkah terkini dan terdesak untuk mengaburi masyarakat India lebih-lebih lagi menjelang Deepavali.
2. Untuk makluman rakan-rakan, (setelah berbincang dengan rakan dari kaum India), didapati kad ini berunsur hasutan supaya menolak BN dan cuba menanamkan dalam minda penerimanya bahawa apa sahaja kerajaan BN lakukan adalah helah untuk memancing undi orang India, sedangkan orang India masih ketinggalan.
3. Hakikatnya hak masyarakat India di Malaysia tidak dinafikan, buktinya ramai dari kalangan mereka telah berjaya di bawah pemerintahan BN seperti Ananda Krishnan, Tony Fernandes dan ribuan jutawan India yang memiliki pusat membeli-belah, hartanah, restoran, firma guaman dan sebagainya(lihat Majalah Asiamoney).
4. "Masyarakat India di bawah Tan Sri Isa Samad terbela dan selamat tetapi masyarakat India di Kg. Buah Pala, Pulau Pinang sengsara macam nak kiamat" Siapa yang memerintah Pulau Pinang sekarang?....
5. Justeru, dakwaan masyarakat India dinafikan hak, dipinggirkan dalam pelbagai bidang adalah merupakan propaganda murahan pakatan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Read More
Posted by Khairi Jalalluddin at 3:31:00 am 2 comments
Friday, 9 October 2009
BACA PENGAKUAN IKHLAS INI!

Salam.Nak cerita sikit,
Pada tahun 1996 saya ke KL kerana menghantar anak yang ditawarkan belajar disekolah Sri Puteri Tkt. 1,
disitu saya berjumpa TS Isa Samad - masa tu beliau maseh MB Negeri Sembilan - mula2 saya tak berani tegur, biasalah orang kecil berjumpa orang besar.
Kebetulan masa kami didalam Dewan untuk mendengar taklimat, entah macam mana bila saya terpandang TS, beliau senyum kepada saya dan menunjukan dengan tapak tangannya kerusi kosong disebelahnya sebagai isyarat pelawa saya duduk disitu, kami duduk dibarisan belakang sekali.
Dipendekkan cerita, selesai semua, semasa menghantar anak masuk bilik Asrama, beliau TS Isa Samad mengajak saya berborak, ternyata beliau seorang peramah dan suka berjenaka, pendek kata kemesraan kami seolah2 dah kenal bertahun2.
Satu perkara yang maseh saya ingat sehingga kini adalah, beliau merasa mushkil dan kesunyian kerana orang tak mau berkunjong kerumahnaya.
Dlm perjalanan pulang saya men ceritakan kepada isteri akan kebaikan TS Isa, isteri saya sendiri terkejut bila saya katakan tadi tu yang berborak dengan saya adalah MB N.Sembilan.
Pendek kata sehingga hari ini saya maseh ingat akan kebaikan dan kemesraan beliau, jangankan begitu anak2 beliau sendiri mengikut cerita anak saya sangat mesra dengan semua rakan2 dan selalu
membeli makanan untuk dimakan bersama2 rakan2 didewan kantin.
Saya juga ada kawan2 dari Negeri Sembilan, mereka juga mengiakan akan kebaikan TS Isa Samad.
Adalah diharapkan semuga segala kebaikan beliau adalah ikhlas.
Sekian satu kenangan ringkas.
sumber parpukari
Read More
Posted by pisau at 11:23:00 pm 4 comments
Perbezaan PAS dan UMNO dalam pembangunan Islam
Hakikat Perjuangan
PAS :
1.menegak agama Allah dgn tubuh negara islam
2.berlandaskan perjuangkan hukum hudud.
3.medaulatkan islam untuk kepentingan dan sokongan politik
UMNO:
1.menegakkan,meumarahkan syiar islam di malaysia
2.menjalankan semua hukum islam hudud hanya peratusan kecil
3.mendaulat islam dan mempertahankan sebagai negara islam
4.memajukan bangsa yg akan mendaulatkan panji allah
JASA DALAM PERBANGUNAN ISLAM
UMNO:
1.menjaga kesucian masjid diseluruh negara
2.kelas fardu ain dan lantik guru KAFA disediakan
3.menghidupkan program penghayatan dan bimbingan
4.menubuhkan sekolah-sekolah agama yang sistematik
5.matapelajaran agama diterap dalam kurikulum
6.tubuh jabatan JAKIM,YADIM dll utk bangunkan islam
PAS:
1.membina masjid belum tahu lagi di kelantan dan kedah
2.memecat imam yang sedia ada bila memerintah
3.masjid dijadikan tempat politik parti dan fitnah
4.mengajar pelajar supaya benci membenci dengan tomahan
5.program penghayatan dipenuhi dengan hasutan dan mengumpat
Read More
Posted by pisau at 10:58:00 pm 4 comments
Strategi baru Komander PAS khawarij menggunakan SMS 'perang fisabilillah'

PAS khawarij semakin terdesak, kelam kabut, kekalahan sudah amat terasa sekali, PAS khawarij bukan takut menghadapi kekalahan, PAS khawarij sudah beratus kali menghadapi kekalahan dalam pilihan raya.
PAS khawarij sebenarnya takut menghadapi malu, malu dengan fitnah serta pembohongan yang semakin hari semakin terserlah, malu hendak hadapkan muka dengan masyarakat yang mereka tipu.
Apa tidaknya, habis semua tok-tok Imam, pak-pak Haji, pak-pak lebai, nenek-nenek, tok wan-tok wan, kecik besar kena tipu, kena bohong.
Amat memalukan lagi, mereka membawa fitnah, bercakap bohong dari aspek keagamaan, dalam surau-surau, dalam Masjid-Masjid, dengan hujah-hujah Al Quran dan Hadis, tukang ceramah pula semuanya bertaraf Al-Fadhil, Al Ustad, berjanggut, berjambang, berjubah dan berserban………
Yang paling PAS khawarij ini malu dan takut kalau kalah di Bagan Pinang apabila kemaluan mereka jatuh di atas kebongkakan, kesombongan, ketakburan mereka yang terlalu gah memenangi 7 kali PRK dalam kubu sendiri…………
‘Mano nak letak muko jang oiiiii’ kata orang Nogori.
Tak pe lah, memang muko dia orang dah pu ditampal dengan kulit babi, muko tak reti malu macam ketua penasihat dia orang, dah puas sodok bontot orang buat muka selamba je….
Ibarat sudah ‘terperosok ke dinding’ maka Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi yang meminta ahli-ahlinya untuk turun ke Bagan Pinang atas nama ‘jihad fi sabilillah’. Dalam bahsa mudahnya, mengajak Pemuda PAS khawarij datang ‘berperang’ di Bagan Pinang.
Satu strategi perang saikologi yang digunakan oleh Ketua Pemuda PAS khawarij. Sebenarnya Nasaruddin Tantawi terpaksa gunakan strategi begini dalam usahanya untuk memanggil lebih ramai pemuda-pemuda PAS khawarij datang ke Bagan Pinang.
Inilah jalan terakhir Nasaruddin Tantawi untuk menakut-nakutkan pengundi, sekurang-kurangnya dapat menghalang atau mengurangkan pengundi-pengundi kaum cina dan India yang menyokong UMNO-BN keluar mengundi.
Nasaruddin dan Salehuddin lebih sanggup melakukan perbuatan yang sangat merbahaya ini melalui penyebaran SMS seumpama itu sambil mendakwa penyokong-penyokong UMNO menyerang orang-orang PAS mengunakan pedang Samurai.
Semasa PRK DUN Permatang Pasir, Nasaruddin menjadi pakar dengan strategi memalukan calon UMNO-BN bersama dengan Mahfud Omar selaku pengarah pilihan raya PAS khawarij dengan isu isteri kedua Rohaizat, sehinggakan Rohaizat dan BN tersungkur ditangan pengundi-pengundi mereka yang jumud.
Tetapi, di DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub selaku pengarah pilihan raya juga cuba menggunakan isu rasuah (sebenarnya politik wang) dalam UMNO dan juga isu undi pos tidak mendapat sambutan, maka Nasaruddin yang kononnya komander perang jihat fisabillillah PAS khawarij menggunakan strategi begini yang akan memakan diri mereka sendiri………
Allah sebenarnya bukan sentiasa memakbulkan setiap perbuatan khianat mereka disamping itu juga pengundi-pengundi di Bagan Pinang bukan terlalu bodoh untuk mudah diperkotakkatik oleh kuncu-kuncu PAS khawarij.
Peluru berpandu yang mereka lepaskan telah berbalik dan meletup ke kubu mereka sendiri………

Read More
Posted by YANG GAMBI at 10:43:00 pm 1 comments
Beza Ideologi : Persoalan siapa jadi PM jika PR menang menyebabkan PR tidak didaftarkan
PORT DICKSON: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak yakin dengan keupayaan pakatan pembangkang bersatu walaupun gabungan beberapa parti di dalamnya didaftarkan di bawah satu nama dan berdaftar sebagai gabungan sah seperti Barisan Nasional (BN) .
Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan pembangkang bergabung hanya bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bersatu sedangkan masing-masing mempunyai dasar dan ideologi berbeza.
"Saya tidak tahu bagaimana Pas dan DAP dapat bekerjasama kerana Pas masih mengekalkan ideologi mereka untuk melaksanakan negara Islam manakala DAP tidak pernah bersetuju dengan idea itu. Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula ideologi mereka tidak jelas.
"Apa makna tubuh Pakatan Rakyat, tapi perlembangaan parti mereka masih tidak dipinda," katanya selepas menghadiri Majlis Profesionalisme warga pendidik daerah Port Dickson di sini, petang tadi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata jika pakatan mahu mendaftar sebagai satu nama ia adalah urusan dalaman mereka sama ada gabungan antara mereka hendak berpakat atau sepakat.
Sebaliknya, beliau berkata, BN sudah bergabung sejak berpuluh-puluh tahun lamanya dan gabungan yang ditunjukkan mewakili semua kaum.
Muhyiddin berkata, ia berbeza dengan BN yan bergabung atas nama muafakat dan bukan hanya untuk kemudahan politik saja. - Berita Harian
Read More
Posted by 1Agenda at 9:46:00 pm 6 comments
Nasruddin Mengelabah Puyuh.!
GEMPAR..!!! Gestapo PAS tidak menjadi.
Pertemuan Tokey dengan sumber malam tadi benar-benar mengiyakan kerja jahat PAS. Sumber Tokey seorang ahli PAS yang mengiringi pemimpinnya ke IPD Port Dickson telah membuka cerita berhubung insiden samurai di sebuah taman perumahan.
Nasruddin yang diketahui lantang melancarkan jihad mengelabah puyuh ketakutan kerana perbuatan gestapo depa sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Lubang sudah pecah.! Ini kerana pemimpin PAS secara umumnya gagal mengesahkan laporan Malaysiainsider dan Malaysiakini yang memperbesarkan insiden ini sehingga markas induk yang diceritakan juga gagal disahkan oleh Nasruddin.
Polis juga meminta supaya kesemua petugas yang terlibat termasuk individu yang ditetak untuk hadir membuat laporan bagi memudahkan penyiasatan dan tindakan segera akan diambil jika depa gagal berbuat demikian. Fitnah PAS kali ini sudah masuk perangkap.
Sumber juga memberitahu mimik muka Nasruddin berubah takut kerana pihak Polis akan membuat laporan keatas penyebaran maklumat dalam internet dan SMS yang disebarkan olehnya yang menyeru ahli meramaikan Bagan Pinang dan tindakan akan dikenakan jika dia gagal.
Sebelum beredar, sumber memberitahu pasti Nasruddin tidak akan mengarahkan anak buahnya membuat laporan dan Tokey berpendapat gestapo PAS tidak menjadi.

Read More
Posted by pisau at 9:12:00 pm 4 comments
TIADA LAGI KHEMAH PAS DI TAMAN INTAN PERDANA
Kini tiada lagi khemah sebagai markas PAS diTaman Perdana kerana khemah yang didirikan itu tidak didirikan mengikut prosedur dan undang-undang. Dan sebenarnya kedatangan mereka amat tidak dialu-alukan disini. Kalau dahulu memanglah ada segelintir penduduk yang simpati. Tetapi semenjak duamenjak ini segala simpati terhadap PAS telah terkikis dari hati penduduk kerana sikap talam duamuka PAS terhadap tentera dan bekas tentera. Dibelakang tentera, mereka dicemuh dan dihina terutama isu Chin Peng, manakala dihadapan tentera dan bekas perajurit mereka bermuka-muka sekadar untuk menagih undi.
Percayalah wahai pengundi DUN Bagan Pinang, kemenangan pembangkang hanya memberi keuntungan kepada individu melalui elaun wakil rakyat dan sudah tentu tiada keupayaan untuk pembangkang berkhidmat kepada rakyat Bagan Pinang. Manakala kemenangan kepada calon UMNO/BN bererti tradisi berkhidmat untuk rakyat bukan sahaja di Bagan Pinang dan seluruh negara dapat diteruskan.
PENCAPAIAN BAGAN PINANG DIDAHULUKAN
Read More
Posted by Detguaq at 9:07:00 pm 3 comments
'Zulkefly umpama orang buangan'
ZULKEFLY Mohamad Omar, calon Pas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang disifatkan tidak mempunyai keistimewaan dan daya kepemimpinan dinamik yang boleh membantu membangunkan daerah peranginan itu.
Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang menewaskan Pesuruhjaya Pas negeri itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004, mengingatkan pengundi supaya jangan sesekali memperjudikan nasib memilihnya.
Jika pengundi di Lenggeng iaitu orang kampungnya sendiri menolaknya, adakah orang Bagan Pinang mahu mengambil orang buangan itu untuk menjadi pemimpin di kawasan ini? Lagipun, tidak semua ahli Pas di Lenggeng yang menyokongnya.
Dia bukan Pesuruhjaya Pas kawasan, malah ranting (cawangan) Pas di kampungnya bagaikan hidup segan mati tak mahu kerana tidak pernah mengadakan mesyuarat. Saya pun tidak tahu bagaimana pemimpin Pas boleh mengangkatnya sebagai Pesuruhjaya Pas negeri, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Taman Desa Pinang, di sini, malam kelmarin.
Ishak berkata, walaupun pernah tidak setuju dalam beberapa perkara ketika calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad menjadi Menteri Besar tetapi beliau mengakui Ketua Umno bahagian Telok Kemang itu antara pemimpin terbaik dan berjasa di negeri ini. - Berita Harian
Read More
Posted by 1Agenda at 8:26:00 pm 0 comments
Penyokong PAS serang penduduk Bagan Pinang kerana minta alih kenderaan depan rumahnya...
Ia adalah satu-satunya jalan utama tepi pantai antara kedua tempat.
Punca semata-mata kerana PAS membuka markas besarnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang di tepi jalan di Batu 3.
Diseberang jalan itu ialah Hotel Avillion dan tidak jauh dari situ ialah Masjid Bagan Pinang.
Perbuatan para ahli dan penyokong parti itu meletakan kenderaan mereka sepanjang jalan di situ dan juga kegiatan perniagaan ala pasar malam yang dibuka di situ tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyebabkan berlaku kesesakan itu.
Ia dijangka menjadi lebih buruk pada Jumaat malam dan Sabtu malam bilamana semakin ramai penyokong PAS dan juga BN bertumpu ke Port Dickson.Begitu juga kedatangan orangramai ke kawasan peranginan ini pada hujung minggu.
Seorang penduduk tempatan yang ditemui merungut melihat kesesakan lalulintas yang berpunca kerana markas besar PAS itu.
Katanya mereka tidak peduli langsung kesusahan yang perlu dilalui oleh ribuan orang yang lalulang di jalan utama yang penting itu.
“Inilah wajah parti yang guna nama Islam untuk politik...bila contohnya pihak majlis perbandaran bertindak mereka terus akan dakwa kerajaan zalim dan segala dakwaan buruk lain,”katanya.
Menurutnya apa salahnya mereka buat markas itu di tempat lain dan tidak menyusahkan para pengguna jalan.
Katanya mereka sentiasa bercakaap tentang undang-undang dan kerajaan tak betul tetapi mereka sendiri tidak pernah pedulikan tentang undang-undang dan berniaga di tepi jalan itu sesuka hati.
Sementara itu perbuatan ahli dan penyokong PAS meletakan kenderaan mereka sesuka hati di merata tempat mencetuskan insiden pergaduhan kecil di situ.
Ia berlaku pada jam 9.30 malam semasa kesesakan lalulintas itu memuncak.
Seorang penduduk tempatan Alias Haji Ali telah diserang oleh enam orang penyokong PAS bila beliau meminta mereka mengalihkan kereta di depan rumahnya yang terletak dekat Masjid Bagan Pinang.
Bekas anggota komando berusia 55 tahun itu memberitahu beliau tidak dapat mengeluarkan keretanya kerana terhalang oleh kenderaan penyokong PAS itu.
Mulanya salah seorang dari mereka jadi marah dan menyerangnya.Kemudiannya lima yang lain ikut menyerangnya.
Pihak polis terpaksa bertindak segera mengawal keadaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Kejadian yang berlaku tidak jauh dari Bilik Gerakan kecil BN Bagan Pinang telah membuatkan para petugas dan penyokong BN di situ jadi marah.
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang kebetulan berada di bilik gerakan itu segera meminta mereka bersabar dan tidak bertindak balas.
Beliau turut kesal dengan tindakan penyokong PAS itu menyerang Alias.Katanya kejadian itu tidak sepatutnya berlaku.
Alias yang memberitahu beliau mengalami lebam akibat serangan itu berkata PAS hanya bercakap tentang Islam tetapi inilah perangai ahli dan penyokongnya.
“Sudahlah berniaga tepi jalan ikut suka hati..kita pula jadi salah kerana tegur dan minta alih kenderaan yang diletak di depan rumah kita,”katanya.
~Agendadaily
Read More
Posted by ROSHATIKA at 3:09:00 pm 12 comments
WAWANCARA DENGAN SAKSI UTAMA DITAMAN ABDUL SAMAD
Aku sempat berwawancara dengan salah seorang yang berada ditempat kejadian dari awal sehingga berakhir kejadian. Manakala video kejadian juga telah berjaya membuktikan kejadian sebenar.
Nampaknya segala ilmu dunia hitam dalam PKR seperti demonstrasi jalanan, provokasi diluar batas dan fitnah terang-terangan telah berjaya diserap ilmunya oleh ahli PAS dan ramai yang layak menerima ijazah seni lakon dari AKADEMI SENKILAKON ANVAR. Begitu juga ilmu kesamsengan dari Universiti DAP. Walaupun kursus yang mereka hadiri begitu singkat atau kursus jangkapendek, tetapi ahli-ahli pAS kini dapat mengamalkan ilmu dari DAP tanpa kekok!
Seterusnya disini
Read More
Posted by Detguaq at 1:47:00 pm 25 comments
DS Mohamad Hassan : BN bersedia menghadapi PRK Bagan Pinang
Posted by Unknown at 12:33:00 pm 8 comments
Bagan Pinang : Dato Razali minta mangsa pukul tampilkan diri
Posted by Unknown at 12:04:00 pm 1 comments
Penyebaran SMS boleh timbulkan ketegangan
PORT DICKSON 8 Okt. - Penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan untuk melancarkan jihad terhadap UMNO boleh mencetuskan ketegangan.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, penyebaran SMS seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan suasana bahaya.
Malah Razali turut menafikan sekeras-kerasnya insiden serangan menggunakan pedang Samurai seperti yang didakwa Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub.
Beliau turut meminta mangsa yang cedera sekiranya betul untuk bersemuka dengannya.
"Beritahu saya dan saya sendiri akan bersemuka dengan mangsa. Saya lakukan ini atas dasar tanggungjawab. Kalau saya nafikan pun mereka boleh kata macam-macam.
"Kalau betul beliau cedera, datang berjumpa dengan saya bagaimanapun setakat ini saya tidak menerima laporan polis mengenainya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Razali turut mengesahkan, beliau telah dihubungi oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan perkara itu dan meminta kedua-dua parti yang bertanding supaya tidak mencetuskan keadaan yang boleh huru-hara.
Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan semua jentera pilihan raya terutamanya jentera Pemuda UMNO mempertingkatkan disiplin dan berkempen secara berhemah.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan itu juga memperlihatkan pemimpin Pemuda Pas yang dilihat gemar untuk mencemarkan kempen pilihan raya selain tidak berdisiplin ketika berkempen.
"Ini bukan budaya kita hendak bergaduh dan mengisytiharkan perang. Saya telah memberitahu kepada pemimpin Pas supaya mengawal disiplin ahli-ahli mereka.
"Mana boleh dalam pilihan raya ini kita melancarkan perang sedemikian sedangkan kita adalah saudara seagama. Saya anggap perkara seperti ini tidak sepatutnya timbul," katanya. - Utusan
Read More
Posted by 1Agenda at 4:35:00 am 12 comments
Pas lancar perang psikologi
PORT DICKSON 8 Okt. - Terdesak dengan kempen dan ceramah yang tidak mendapat sambutan, Pas hari ini melancarkan perang psikologi apabila mendakwa pasukan 'ala komando' Pergerakan Pemuda UMNO menyerang markas induk Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini.
Pasukan itu kononnya dikatakan telah menyerang markas Pas itu pada pukul 3.30 pagi ini termasuk menyerang ahli pemuda parti itu dengan pedang Samurai dan batang besi.
Naib Presiden yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Pas,
Salehuddin Ayub mendakwa, itu merupakan tindakan UMNO untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu dengan menggunakan kekerasan termasuk membabitkan khidmat samseng.
Selain itu beliau mendakwa terdapat beberapa insiden pergaduhan di samping kejadian mengepung markas pembangkang yang didakwa dilakukan oleh Pemuda UMNO.
"Setidak-tidaknya ada tiga markas Pas termasuk markas induk diserang oleh pasukan 'ala komando' oleh Pemuda UMNO pada pukul 3.30 pagi tadi. Niat mereka datang ke sini adalah cuba untuk mencetuskan huru hara dan provokasi.
"Lebih menyedihkan ada di kalangan ahli Pemuda Pas di serang dengan pedang Samurai dan batang besi dan perkara ini amat menyedihkan hati kami," katanya pada sidang akhbar di markas Pas di sini hari ini.
Untuk itu kata Salehuddin, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis mengenai insiden berkenaan bagi tujuan siasatan.
Bagaimanapun Salehuddin menyifatkan tindakan polis untuk membantu meredakan kedua-dua insiden berkenaan dianggap lembap. - Utusan
Read More
Posted by 1Agenda at 4:25:00 am 10 comments
Ugutan 'JIHAD' Pas adalah ugutan untuk menakutkan Pengundi
Melihat kepada kekalutan semasa, jangan katakan pengundi, saya pun takut. Takut dan bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Jika ini juga dirasakan oleh pengundi yang bakal mengundi pada 11hb nanti, pasti peratus yang keluar akan berkurangan.
Rasionalnya mudah, Pas sudah merasakan bahang kekalahan dan ikhtiar terakhir mereka adalah untuk meamstikan peratus keluar mengundi kurang. Strategi ini akan memberi sedikit peluang kepada mereka.
Saya ingin menyarankan kepada semua pengundi agar keluar mengundi pada hari tersebut dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat.
Pihak Kementerian yang bertanggungjawab terutama PDRM sudah pastinya akan mengerahkan semua anggotanya termasuk FRU mengawal bagi memastikan keselamatan semua yang terlibat baik pengundi mahupun petugas, terjamin.
Permintaan kepada YB Dato' Seri Hishamuddin, pastikan kawalan ketat kepada semua kawasan-kawasan 'panas' agar tidak berlaku pergaduhan dan kesan tidak baik kepada peratusan keluar mengundi nanti.
Rakyat Bagan Pinang oerlu yakin dengan kebolehan dan kecekapan pihak berkuasa mengawal apa juga bentuk ugutan yang bermaksud menakutkan pengundi dari keluar membuang undi tidak berlaku lagi.
Jangkamasa terakhir iaitu harin ini dan esok amat kritikal bagi memberi keyakinan kepada pengundi akan tahap keselamatan yang akan mereka dapat pada hari mengundi.
Akhirnya, kepada semua yang bakal mengundi, undilah dengan bijak kerana undi anda kali ini adalah untuk pBagan Pinang selama beberapa tahun ini. Kekalkan tradisi Bagan Pinang iaitu RAKYAT-PARTI-KERAJAAN agar suara rakyat dapat disampaikan kepada Kerajaan.
Ini hanya berjaya dicapai jika semuanya mengundi Calon BN Tan Sri Isa Samad. Tan Sri Isa telah buktikan kepada Rakayt Teluk Kemang kewibawaannya sebagai Pemimpin dan dekatnya belaiu dengan rakyat di sin memang tidak boleh dinafikan hatta dari Pas sendiri.
Selamat Mengundi dan Undilah Barisan Nasional.
Read More
Posted by 1Agenda at 3:41:00 am 4 comments
Bagan Pinang : Penduduk tempatan berang dengan para pejuang 'JIHAD' PAS
Posted by Unknown at 2:36:00 am 2 comments
Sembang-sembang bersama usahawan dan Ngo Disekitar Bagan Pinang
Read More
Posted by Unknown at 1:58:00 am 3 comments
N31 Bagan Pinang : Dr Novandri Tawar Diri Rawat 'Mangsa Tetak' Bagan Pinang.
Dr Novandri Hasan Basri
Di dalam keterangan beliau, Idris mendakwa :-
"Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi."
Sila perhatikan kedua-dua foto dengan teliti di bawah yang dijadikan 'bukti' tentang 'keganasan' parti Barisan Nasional dan penulis akan menerangkan dari sudut perubatan.


Pada mulanya penulis terkejut dengan 'tahap kecederaan' yang di alami oleh 'mangsa' keganasan parti UMNO.
Tetapi, simpati penulis bertukar dan penulis tergelak pula!
Selama pengalaman penulis sebagai seorang doktor selama 16 tahun, inilah yang pertama sekali penulis pernah lihat betapa 'tahap kecederaan mangsa' tersebut tidak logik dan tidak sama dengan kerosakan tisu-tisu badan seseorang itu!
Foto yang pertama sungguh mencurigakan kerana :-
1. 2 kesan hirisan di baju tidak memberikan sebarang kesan luka kepada badan si 'mangsa'.
2. Penulis tidak percaya dengan tompok-tompok darah di kedua-dua kesan koyak tersebut kerana tompok-tompok darah itu tidak memenuhi kedua-dua kesan koyak itu.
3. Logikkah tompok darah tanpa luka di badan si mangsa?
Sebagai seorang doktor, penulis membuat kesimpulan bahawa 2 kesan koyak dan 2 tompok darah di belakang si 'mangsa' itu tidak bersangkut paut atau mempunyai unsur-unsur pembohongan.
Jika merujuk kepada foto kedua, kita akan lihat 2 set luka dan pengaliran darah ke bawah muka kerana graviti.
1. Set luka yang pertama ialah kening kiri si 'mangsa' dan satu lagi ialah di frontal head beliau.
2. Yang menghairankan penulis ialah si 'mangsa' ini turut mempunyai 2 set darah yang berlainan warna darah!
3. Darah yang mengalir daripada kening kiri beliau berwarna merah gelap.
4. Manakala darah yang mengalir daripada frontal head beliau berwarna merah terang.
5. Tidak ada di dalam dunia ini seorang manusia mempunyai 2 set warna darah yang berlainan kecuali jika darah tersebut dari salur arteri atau pun salur vein!
6. Tetapi jika merujuk kepada foto tersebut, luka di frontal head tersebut tidak mungkin hanya melukakan salur arteri sahaja.
7. Mungkin ada yang mengatakan bahawa pancaran cahaya dek flash kamera yang menyebabkan warna darah tersebut berlainan tetapi jika kita perhatikan dengan teliti, perbezaan warna darah bukan kerana cahaya flash kamera tetapi bergantung kepada set-set luka tersebut iaitu sama ada dari kening atau frontal head.
Penulis menyimpulkan bahawa foto no. 2 juga amat mencurigakan dan mungkin mempunyai unsur-unsur pembohongan.
Mungkin si 'mangsa' itu telah mendapatkan rawatan tetapi seperti kes seperti 'mangsa tetak' akan melibatkan kes polis, maka si 'mangsa' sepatutnya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Kita tentu ingat kes liwat Anwar Ibrahim yang mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi tetapi dirujuk ke Hospital kerajaan kerana kes tersebut akan melibatkan kes polis.
Tetapi yang menambah kecurigaan penulis ialah si 'mangsa' tersebut tidak membuat laporan polis tetapi mensensasikan luka-luka beliau kepada media pro-PAS.
Penulis mensyorkan kepada si 'mangsa' supaya berani menampilkan diri agar 'luka-luka' beliau diteliti dan diberikan rawatan.
Apa pun, di sini penulis menawarkan diri untuk merawat luka-luka si 'mangsa' ! Lagi pun penulis sedang berada di Bagan Pinang sekarang sehingga 11 hb ini.
Dan jika si 'mangsa' berbohong dan cuba mencederakan diri sendiri agar tampak real, jangan takut kerana kita akan tahu usia luka tersebut!
Read More
Posted by Teropong Duri at 1:34:00 am 14 comments
Lintas Langsung Kekecohan di Masjid Bagan Pinang
sila klik refresh untuk update
berita akan diupdate dari masa kesemasa.
berharap keadaan menjadi tenang selepas ini.
update :1.25am
seorang warga mas penduduk bagan pinang di pukul oleh pengganas PAS kerana mengotorkan masjid,di Taman Rusa berlaku pergaduhan antara pengganas pas dan umno.
update: 1.03am
sebentar tadi ceramah fitnah pakatan haprak di markas dewan ulamak PAS Bagan Pinang,Cikgu Bard PKR telah membuat fitnah,beliau berkata telah mendapat maklumat dari bilik kebal UMNO ,kononnya semasa mesyuarat MT di command center,umno tahu akan kalah,dan menyeru kepada pemuda umno keluar membuat kecoh,dan sebelum itu pemuda semua di sajikan dengan minuman beer,beliau membuat fitnah menyatakan pemuda umno keluar dalam keadaan mabuk dan membuat kacau di bagan pinang.
untuk pengetahuan anda,ini adalah fitnah semata mata, semlm mana ada mesyuarat MT di command center, sudah la menuduh mereka disajikan dengan beer malah beliau membuat kenyataan menghasut agar menimbulkan kebencian yang menterjermahkan lagi keganasan.
update:
12.58am
mengikut sumber yang boleh dipercaya:tantawi mengumpulkan penyokong nya seramai 300 orang di glory beach resort ,dan dikhabarkan 3-4 ribu org pengganas pas dari kelantan akan tiba untuk ber"jihad" di bagan pinang
update:pengganas PAS yang membuat kecoh
update:penyokong pengganas haprak berkopiah
sila klik refresh untuk update gambar
update
update gambar di tempat kejadian sedang diupload.
update 11.50pmpenduduk bagan pinang dijangka bertindak jika PAS tidak kosongkan kawasan yg menjadi laluan utama di sekitar masjid bagan pinang
Pisau akan update gambar dan video selepas ini.
update 11.20pm
tempoh 40 minit org kg bagi supaya kosongkan gerai dah nak habis...hampir 300 pemuda sdg menunggu arahanupdate 11.19pm
panas kat dpn msjid belakang pinang ni..org kampung dan pemuda dah mula nak memberontakLintas langsung dari Masjid Bagan Pinang 11.00pm.
laporan dari saudara Rafi Awang KechikRead More
Posted by pisau at 1:00:00 am 18 comments