Saturday 26 September 2009

Awas !!! ada 'mata-mata PAS' dalam kem Tentera dan balai Polis


PAS mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai ‘mata-mata’ parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Begitulah kata-kata Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS, yang juga mendakwa individu-individu berkenaan termasuk pegawai tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.

Pelik ada, hairan ada, lucu ada, nak tergelak pun ada dengan perangai-perangai pemimpin munafik PAS Khawarij ini dalam saat-saat menghadapi PRK Bagan Pinang akan datang.

Dalam masa pakar fitnah PRK, Mahfud PAS Khawarij sedang tercari-cari isu fitnah, pemimpin-pemimpin Pemuda PAS Khawarij mengeluarkan pelbagai-bagai kenyataan untuk menafikan kemenangan UMNO-BN di DUN Bagan Pinang.

PAS Khawarij ini seolah-olah sudah merasakan kekalahan di Bagan Pinang, jadi awal-awal lagi telah mencari alasan kekalahan mereka dari pengundi-pengundi POS.

PAS Khawarij memang jenis muka tidak malu, mereka inilah yang banyak menghina anggota-anggotaPolis dan Tentera dengan perbagai cacian termasuk perkataan ‘anjing suruhan’, pengamal rasuah dan macam-macam lagi.

Tetapi apabila untuk memancing undi, ada pula pihak-pihak PAS Khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis ini mendakwa mempunyai ‘mata-mata’ dan penyokong dari kalangan anggota Polis dan Tentera.

Kalau benarlah seperti yang di dakwa oleh PAS Khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis ini, kawan rasa anggota Polis dan Tentera yang berkenaan memang tidak ada harga dan maruah diri, selaku anggota yang dilatih bersemangat juang, berdisplin, taat setia dan tegas dalam menjalankan perintah, mereka juga ada maruah diri. Apakah mereka ini sedia menjual maruah diri dengan mengundi PAS Khawarij setelah dihina dan dicerca ?

Sebagai seorang anggota Polis atau Tentera, mereka telah diserap nilai-nilai setia dan menurut perintah, mereka adalah tulang belakang kepada kerajaan dan Negara. Kesetiaan mereka kepada pemimpin Negara dan pemerintah tidak boleh diganggu gugat oleh anasir-anasir yang membuat mereka belot kepada kesetiaan mereka.

Pengundi-pengundi DUN Bagan Pinang bukan sahaja dari Polis dan Tentera sebenarnya bukan dari golongan yang jumud pemikiran, mereka sudah banyak menyaksikan bagaimana pengkhianatan-pengkhianatan bangsa, agama dan Negara yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS Khawarij dan PKR pengkhianat, apabila menjadi barua kepada DAP komunis ini. InsyaAllah UMNO-BN akan mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang……..



Read More

Friday 25 September 2009

PRK N31 : BN PUNYA RAMAI CALON

Pemerhati , penganalisis dan veteran Umno seperti Tun Dr Mahathir telah pun memberikan pendirian masing-masing terhadap bakal calon BN. Tan Sri Isa Samad adalah calon favorite yang disebut-sebut untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Pro dan kontra tetap ada.

TM ingin menyatakan bahawa Umno atau BN tidak ketandusan calon di N31. BN sebagai parti yang memerintah mempunyai ramai kakitangan awam yang cukup berkaliber dan cukup syarat untuk dicalonkan sebagai wakil BN. Mereka tidak perlu aktif sebagai ahli Umno atau mana-mana parti dalam komponen BN.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Taib Mahmud cukup arif dalam soal ini. Sejak mengambil alih pentadbiran Sarawak sejak tahun 80an beliau telah memilih ramai kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan dari anak Sarawak untuk bertanding dalam PRU samada peringkat Parlimen mahupun peringkat DUN.

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Taib Mahmud memerlukan cerdik pandai yang boleh mentadbir negeri dengan baik. Sudah tentu mereka yang terpilih itu adalah yang telah berjaya dalam pendidikan dan kerjaya mereka: dan mereka ini tidak aktif atau tidak melibatkan diri secara serius dalam parti terutamanya PPB kerana tugas mereka adalah lebih tertumpu kepada pelajaran dan kerjaya mereka. Bagaimana pun mereka tidak menghadapi masalah dalam parti politik kerana mereka diterima baik oleh parti yang mereka wakili.

Dr Leo Toyad (Muhammad) ada lah contoh yang baik yang TM kenali. Beliau ada doktor perubatan dan ketika namanya dipilih untuk menjadi calon ahli parlimen kawasan Mukah, beliau baru saja menyambung tugas sebagai doktor perubatan (pakar ongkology) selepas membuat Sarjana. Pada PRU tahun 1985, Taib Mahmud telah memilih beliau untuk kerusi Perlimen Mukah dan sehingga hari ini sudah 5 penggal beliau berkhidmat. Bersih, cekap dan amanah itulah pegangan beliau.

Hari ini Dr Muhammad Leo Toyad adalah orang nombor 2 dalam parti PPB. Insyallah jika sampai ketentuan Allah Dr Muhammad Leo akan menjadi Ketua Menteri Sarawak. Ramai lagi ahli wakil rakyat di Sarawak yang datang dari kakitangan kerajaan.

Negeri Sembilan juga tidak ketandusan tokoh. Port Dickson adalah bandar tentera. Maka Perdana Menteri DS Najib yang amat dekat dengan tentera kerana pernah menjadi Menteri Pertahanan yang berjaya satu ketika dahulu, boleh memilih salah seorang pegawai kanan tentera sebagai calon Dun 31.

Seandainya telahan TM menjadi kenyataan, Anwar XXX dan Nik Aziz XXX akan terjun Sungai Bagan Pinang.


Read More

Thursday 24 September 2009

ISA.....YES OR NO?

Cerita tentang calon BN yang bakal diletakkan di PRK DUN Bagan Pinang nampaknya terus panas, lebih-lebih lagi selepas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa perlu memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk diletakkan bertanding di situ.

Kenyataan Mahathir itu dah tentulah ada kaitannya dengan ura-ura menamakan bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang pernah disabitkan oleh parti dengan politik wang sebagai calon.

Seperti biasa, ada pendapat yang berbelah bagi dalam hal ini. Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang awal-awal lagi tampil mempertahankan keputusan UMNO Bahagian itu menamakan Isa sebagai calon pilihan mereka.

Beberapa pemimpin di peringkat pusat, termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Noh Omar pula berpendapat, calon yang bersih sahaja tidak cukup untuk menjamin kemenangan kerana apa yang lebih penting ialah kepimpinan dan penerimaan masyarakat setempat.

Lain pula halnya dengan seorang lagi Ahli MT, Datuk Saifuddin Abdullah yang senada dengan Mahathir. Kata Saifuddin, langkah memilih calon yang bersih akan membuktikan UMNO serius membina imej baru yang lebih berintegriti.

Tapi dalam banyak-banyak, pendapat Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan mungkin paling menarik untuk diperhatikan.

Kata Ahmad, seorang pemimpin yang pernah bersalah akibat politik wang masih boleh diberikan peluang jika benar-benar insaf di atas perbuatan tersebut di samping telah menunjukkan kesetiaan kepada UMNO.

Dalam konteks jangka panjang, pandangan Mahathir dan mereka yang senada dengannya memang perlu dijadikan sandaran.

Tapi dalam soal kerusi Bagan Pinang, kepentingan jangka pendek harus diseiringkan. Sebab itu calon yang diletakkan mestilah menepati kemahuan setempat dan calon itu, sekiranya terpilih harus memastikan dia menjadi manusia yang baik, suci dan bersih.

Soal dia pernah melakukan kesalahan adalah perkara yang lain. Seperti kata Ahmad Maslan, yang penting ialah dia menginsafi kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi serta mempamerkan taat setia kepada parti.

Isa telah didapati bersalah dan telah pun dihukum oleh parti atas kesalahannya. Dia juga menjalani hukumannya dengan patuh. Jadi menutup terus peluang kepadanya bukanlah sesuatu yang wajar. Dia tidak boleh dihukum berterusan. Islam tidak menganjurkan tindakan seperti itu. Masyarakat juga akan menjadi sangat bercelaru kalau setiap pesalah yang telah dihukum dan telah insaf terus disisihkan.

Sesungguhnya, integriti tidak boleh dibina hanya dengan satu tiang, tetapi mestilah oleh banyak tiang. Dan kesediaan memberikan kemaafan haruslah dijadikan salah satu daripada tiang itu…

http://depa-kata.blogspot.com/2009/09/isa-yes-or-no.html



Read More

Wednesday 23 September 2009

Bersatulah

Beberapa hari sebelum raya Demang memenuhi undangan KJfc untuk berbuka puasa bersama Ketua Pemuda Umno yang menjadi idola mereka. Demang tiba tepat ketika waktu berbuka bersama isteri setelah merentas lebuhraya selama satu jam lebih.
Nampaknya impian kami untuk melihat satu ‘jamuan mewah’ tidak menjadi kenyataan kerana majlis atas inisiatif Bro Jinggo dan anak buahnya itu diadakan secara sederhana.

Dalam sesi dialog yang diadakan secara terbuka selepas itu hadirin diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan apa sahaja persoalan dan dijawab terus oleh KJ.

Banyaklah persoalan dikemukakan dan dijawab satu persatu oleh beliau. Antaranya beliau menafikan secara bersumpah mempunyai pegangan ke atas Air Asia, terminal baru penerbangan tambang murah, dan dakwaan pengambil alihan Petronas.

Demang pernah bersemuka dengan Mukhriz dan ini kali pertama berdepan dengan KJ. Demang nampak kedua-dua tokoh muda itu merupakan aset yang amat bernilai pada negara jika diganding dengan baik. Terpulang kepada para penyokong masing-masing untuk menerima antara satu sama lain. Jika mahu melihat penguasaan orang Islam dalam politik negara ditamatkan, maka bolehlah teruskan persengketaan. Ia akan bermula di Bagan Pinang.

Demang serius. Jika tidak betul-betul, kerusi DUN Bagan Pinang diserahkan oleh pengundi kepada PAS, maka pembangkang akan mempunyai 16 kerusi. Seterusnya Anwar yang licik itu akan mendapatkan dua adun MCA dan MIC bagi mencukupkan kuota seterusnya menubuhkan kerajaan baru di negeri beradat Perpatih itu.

Maka kita akan melihat kedudukan kuasa politik di NS dikuasai DAP dengan 10 kerusi, PKR 4, PAS 2, BEBAS 2.

Manakala jika mengikut pecahan kaum; Cina 12, India 2, Melayu 2.

Ataupun jika mengikut pecahan agama; Budha 12, Hindu 2, Islam 2.

Bak kata Nabil, ”lu pikir la sendiri”

Demang Lebar Daun


Read More

Mengapa Tan Sri Isa tidak boleh jadi calon?

Hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang telah ditetapkan pada 3-10-2009. Setakat ini persoalan yang bermain-main di minda warga BN Bagan Pinang siapakah calon BN yang akan diletakkan untuk bertanding di Bagan Pinang.

Barisan kepimpinan UMNO Telok Kemang telah mengambil resolusi untuk menghantar satu nama sahaja iaitu nama Tan Sri Mohd Isa Hj Abd Samad . Tan Sri Muhyiddin pula kata beri 2 atau 3 nama lain untuk dipertimbangkan. Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata" Jangan letakkan Tan Sri Isa kerana dia telah didapati bersalah oleh UMNO dalam kes politik wang. Meletakkan beliau menunjukkan UMNO tidak serius dalam membanteras politik wang".

Sebenarnya banyak spekulasi yang ada dalam isu pemilihan calon ini.Ada yang mengatakan wujud pihak dalam UMNO sendiri yang tidak mahu melihat Tan Sri Mohd Isa mempunyai platform untuk naik semula dalam politik.Ada yang mengatakan TanSri Mohd Isa tidak mempunyai profil calon yang bersih. Kata mereka apa yang berlaku di Permatang Pasir harus dijadikan teladan.

KERISMUDA berpandangan antara pemimpin di Telok Kemang yang paling banyak mengetahui masalah dan keadaan masyarakat adalah TanSri Mohd Isa sendiri. Selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar NSDK kawasan Telok Kemang adalah cukup terjaga.

Benar, beliau pernah di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO. Namun beliau menerimanya sebagai "gentleman" dan menjalani hukuman beliau. Semasa menjalani hukuman beliau tidak pernah putus asa atau berhenti dari membantu UMNO/BN dalam kempen Pilihanraya. Beliau tidak pernah terjun dari kapal UMNO macam Pak Brahim Ali. Beliau beristiqamah dan redha apa yang berlaku.Atas ketabahan beliau tersebut , hukuman penggantungan keahlian ditarik balik dan kini beliau adalah ahli dan pemimpin UMNO yang mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat selaras dengan Perlembagaan UMNO sendiri.

Apa yang berlaku pada diri Tan Sri tidak ada kena mengena dan tidak akan memberi kesan kepada hal ehwal masyarakat di Bagan Pinang pun sekiranya beliau terpilih selaku calon wakil rakyat. Malah dengan pengalaman beliau yang luas, beliau dijangka berupaya untuk membantu rakyat di Bagan Pinang.

KERISMUDA faham. Keputusan siapa calon yang akan bertanding terletak di tangan Majlis Tertinggi. Sekiranya Tan Sri Mohd Isa tidak terpilih sekalipun KERISMUDA percaya beliau tidak akan kecewa atau putus asa macam pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. (tengok je le contoh di Bahagian Seremban masa PRU-12 yang lalu).Tetapi jangan kita bawa persoalan dan persepsi tentang beliau didapati bersalah sebagai alasan untuk mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi calon. Itu tidak adil bagi Tan Sri Mohd Isa. Semua itu adalah proses disiplin parti bukannya undang-undang dan beliau telahpun secara akur menjalani proses tindakan disiplin tersebut. UMNO dewasa ini kelihatan seolah-olah terlalu takut terhadap apa yang kononnya persepsi masyarakat sedangkan persepsi yang dikatakan itu kadang-kadang langsung tidak wujud pun. KERISMUDA berharap agar Majlis Tertinggi membuat keputusan yang sewajarnya dalam perkara ini.

Apapun,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban akan turun membantu rakan-rakan di sana waimma siapapun diletakkan sebagai calon wakil rakyat BN kelak!



(Sumber: http://pemudaseremban.blogspot.com/)


Read More

Monday 21 September 2009

Selamat datang kek Port Dickson untuk berkempen!

Sebahagian bosarnyo yang poie Port Dickson sotiap hujung minggu adalah pelancong tempatan yang tak suko memboratkan otak untuk berfikir mengonai sejarah tempatan. Mereka sebonarnyo poie Port Dickson untuk berehat dan menonangkan fikiran. Mereka mahu tido dongan leno dongan porut yang konyang. Antara perkaro yang selalu dirungutkan oleh orang luar ketika bermalam kek Port Dickson iolah tiado tompek makan yang sesuai pado waktu malam. Walaupun tinggal kek hotel-hotel yang mempunyoi restoran-restorannyo yang sendiri, satu kebiasaan pelancong baik tempatan atau luar ialah mencari gorai-gorai makan kek luar yang berkonsep terbuko untuk merasoi hembusan angin laut Selat Melako. Kek bawah ni ado beberapo link untuk kemudahan tuan-tuan dan puan-puan yang hendak berkempen kek Bagan Pinang. Click ajo kek mano link yang berkonan kek hati...


Senarai tompek menginap di sekitar Port Dickson

Hotel 5-4 Bintang

Hotel 3-2 Bintang

Budjet Hotel

Club House


Senarai tompek makan yang sodap di sekitar Port Dickson

Tompek makan yang best


Map kalau sosat kek Port Dickson nanti


View Larger Map


Read More

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP