Nafi secara bersumpah jika dakwaan Murad tidak benar!
Berita Harian, 1 November 1999
KUALA LUMPUR, Ahad - Jawatankuasa Petugas Menangani Fitnah dan Panel Peguam Umno meminta mereka yang menafikan menerima bantuan daripada akaun induk Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didedahkan oleh bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, supaya membuat penafian melalui akuan berkanun.
Ketua Urusetianya, Zawawi Zin, berkata langkah itu adalah tindakan pertama yang patut diambil bagi menunjukkan mereka sanggup menghadapi pendakwaan jenayah jika penafian itu nanti didapati benar. Beliau berkata, penafian melalui media massa saja tidak memadai kerana Abdul Murad membuat pendedahan itu melalui akuan berkanun, yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah.
"Oleh kerana dakwaan Abdul Murad itu dalam bentuk akuan berkanun, sesiapa yang menafikan pembabitan mereka melalui media dan akhbar, adalah tidak memadai.
"Mereka sepatutnya membuat penafian melalui akuan berkanun juga, dan kemudian mengedarkannya untuk pengetahuan umum sepertimana dilakukan oleh Abdul Murad," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khamis lalu, Abdul Murad membaca akuan berkanun itu pada satu sidang akhbar, yang mendakwa Anwar mewujudkan lebih 20 akuan induk RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya. Akuan berkanun, yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah pada 26 Oktober lalu, menyebut beberapa tokoh korporat, pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.
Antaranya ialah Ketua Pegawai Operasi Phileo Allied Berhad, Tong Kooi Ong; Timbalan Presiden Keadilan, Dr Chandra Muzaffar; Naib Presiden Keadilan, Marina Yusof; Tan Sri Abdullah Ahmad; Shamsidar Taharin, Azmin Ali; Angkatan Belia Islam Malaysia, Aliran dan Institut Kajian Dasar.
Bagaimanapun, Dr Chandra, Abdullah, Azmin, Abim dan Aliran menafikan dakwaan Abdul Murad itu. Akuan berkanun dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960, yang menyatakan sesiapa yang membuat akuan palsu boleh didakwa mengikut seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati sabit kesalahan di bawah seksyen-seksyen itu boleh didenda dan dipenjara sehingga tiga tahun.
Zawawi berkata, pihak berkenaan perlu membuat penafian melalui akuan berkanun dan mengedarkannya untuk pengetahuan umum seperti dilakukan Abdul Murad. "Setelah membuat akuan itu, baru mereka boleh mengambil tindakan mahkamah, sama ada dalam bentuk fitnah jenayah, saman malu atau sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata, orang ramai juga berhak meminta nama-nama dan pihak yang disebut dalam akuan berkanun itu supaya membuat pengakuan serupa dengan segera. Katanya, Abdul Murad tidak boleh menarik balik dakwaannya setelah menurunkan tandatangan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan akuan itu. "Kita pasti Abdul Murad sedar bahawa jika ada mana-mana bahagian dalam akuan berkanunnya didapati tidak benar, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan," tegasnya.
6 comments:
Berani ke si Nuar ni bersumpah syarie..... sedangkan dalam kes liwat dia sampai sekarang tak berani......, inilah manusia yang telah dapat ajaran dari ulama yahudi.....
saudara saudari pembaca, terimalah hakikat bahawa pak sheikh kita nie adalah ejen CIA..manusia munafik yang disebutkan didalam alquran nulkarim..didepan mata kita yang hadir dalam bentuk manusia bernama Anwar yang berbangsa melayu..semestinya dia adalh pm pakatan laknatullah sekiranya dapat merampas negara ini dari bn..tepuk dada tanya lah hati
PEMBANGKANG CARI JALAN TOLAK PENGAKUAN MURAD
Pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion, bukanlah mudah direka-reka. Dalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan.
Sebagaimana dinyatakan dalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau mereka-reka dakwaan berkenaan.
Setakat ini pun penafian mengenai dakwaannya sudah pun dibuat oleh mereka yang terbabit. Beliau juga terdedah kepada tindakan mahkamah oleh individu yang dibabitkan dalam pengakuannya itu. Ini bermakna kebenaran dakwaan Abdul Murad memerlukan penyiasatan rapi. Jika Badan Pencegah Rasuah (BPR) mula menjalankan siasatannya, BPR tidak boleh dianggap sebagai memihak.
Setakat ini, dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi saja yang dapat menentukan segala-galanya.
Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan.
Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.
Rakyat akan mempersoalkan BPR jika tidak ada siasatan segera dijalankan. Rakyat seharusnya boleh membezakan antara dakwaan rasuah yang dibuat oleh sesetengah pihak bermotif politik dengan dakwaan yang dilakukan oleh orang yang terbabit secara langsung dalam urusan dana berkenaan. Abdul Murad mengaku beliau menerima beberapa arahan daripada Anwar untuk menyelesaikan masalah beberapa individu sebagaimana disebut dalam akuannya. Berbeza dengan dakwaan pihak tertentu lain yang hanya membuat dakwaan tetapi mendapat maklumat daripada sumber yang tidak jelas.
Ini menyebabkan BPR tidak mempunyai asas yang kuat untuk menjalankan siasatan, apatah lagi jika tuduhan-tuduhan dibuat atas pentas politik.
bersambung..
sambungan...
Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.
Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat,sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.
Disebabkan ini adalah perkembangan dan maklumat baru, parti-parti pembangkang juga tentunya mahukan siasatan dijalankan segera. Tidak perlulah mempertahankan mana-mana individu sekiranya mereka sendiri mahu menuntut keadilan. Sebelum mempertahankan individu yang didakwa Abdul Murad itu, adalah lebih baik mereka mengikuti perkembangan siasatan tanpa perlu mengeluarkan kenyataan berbau politik. Ini adalah soal undang-undang yang perlu diselesaikan mengikut undang-undang.
MALANGNYA, SEBAIK SAJA PENDEDAHAN ABDUL MURAD ITU, SUDAH KEDENGARAN PIHAK TERBABIT MENGATAKAN SEGALA-GALANYA DIRANCANG OLEH KERAJAAN. KENYATAAN SEPERTI INI ADALAH "JALAN KELUAR" UNTUK MENCEMUH KERAJAAN. MEREKA SEOLAH-OLAH MENGAJAK RAKYAT SUPAYA JANGAN PERCAYA KEPADA PENGAKUAN ABDUL MURAD ITU.
MEREKA SEOLAH-OLAH TIDAK MAHU MEMBERI PELUANG KEPADA ABDUL MURAD UNTUK MEMBUKTIKAN KENYATAANNYA. TINDAKAN MEREKA TERBABIT ADALAH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN SENGAJA TIDAK MAHU KEADILAN DILAKSANAKAN DI NEGARA INI. APA PUN, PERKEMBANGAN INI AMAT MENARIK KERANA IA MAMPU MEMBETULKAN KEKUSUTAN YANG BERLAKU SEBELUM INI TERUTAMANYA MENGENAI KEBENARAN KENYATAAN ABDUL MURAD ITU.
Salam perjuangan
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.
Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.
Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.
Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.
Post a Comment