Friday, 9 October 2009

Nasruddin Mengelabah Puyuh.!

GEMPAR..!!! Gestapo PAS tidak menjadi.
Pertemuan Tokey dengan sumber malam tadi benar-benar mengiyakan kerja jahat PAS. Sumber Tokey seorang ahli PAS yang mengiringi pemimpinnya ke IPD Port Dickson telah membuka cerita berhubung insiden samurai di sebuah taman perumahan.

Petang kelmarin, Ketua Militan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, Abd Wahid Endut, Hj Ramli Ismail dan Asmuni Awi telah dipanggil untuk memberi keterangan. Dalam petemuan itu, depa gagal untuk mengesahkan punca sebenar insiden itu dan paling melucukan adalah kedengkelan pemimpin PAS yang menunding jari sesama mereka ketika diajukan persoalan siapa lelaki yang ditetak itu.

Nasruddin yang diketahui lantang melancarkan jihad mengelabah puyuh ketakutan kerana perbuatan gestapo depa sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Lubang sudah pecah.! Ini kerana pemimpin PAS secara umumnya gagal mengesahkan laporan Malaysiainsider dan Malaysiakini yang memperbesarkan insiden ini sehingga markas induk yang diceritakan juga gagal disahkan oleh Nasruddin.

Polis juga meminta supaya kesemua petugas yang terlibat termasuk individu yang ditetak untuk hadir membuat laporan bagi memudahkan penyiasatan dan tindakan segera akan diambil jika depa gagal berbuat demikian. Fitnah PAS kali ini sudah masuk perangkap.

Sumber juga memberitahu mimik muka Nasruddin berubah takut kerana pihak Polis akan membuat laporan keatas penyebaran maklumat dalam internet dan SMS yang disebarkan olehnya yang menyeru ahli meramaikan Bagan Pinang dan tindakan akan dikenakan jika dia gagal.

Sebelum beredar, sumber memberitahu pasti Nasruddin tidak akan mengarahkan anak buahnya membuat laporan dan Tokey berpendapat gestapo PAS tidak menjadi.


4 comments:

Fokus 1 MALAYSIA 9 October 2009 at 21:39  

ponen kot

PUTERA UMNO KUALA PILAH 9 October 2009 at 21:48  

Selepas dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin kanan Umno, PAS hari ini mendedahkan aduan polis oleh seorang penyokongnya yang mendakwa dipukul sekumpulan penyokong BN dalam insiden di markas Pemuda PAS di Bagan Pinang, awal pagi semalam.

Aduan tersebut, yang dikeluarkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, menyebut empat petugas PAS dihalang semasa menaiki kereta dan dipukul oleh sekumpulan penyokong BN.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi, berdasarkan maklumat aduan polis yang dibuat Abu Said Elias, insiden itu bermula apabila markas berkenaan diserang oleh penyokong parti lawan.

Beliau menuju ke markas di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson bersama tiga rakannya setelah menerima panggilan daripada seorang lagi rakannya yang mengatakan bilik gerakan tersebut diserang oleh penyokong BN, laporan polis itu dipetik.

"Saya bersama tiga orang kawan saya iaitu Mohammad Azwan, Mohd Aafiffuddin dan Ahmad Izzuddin menuju ke lokasi disebutkan menggunakan kereta," kata Abu Said dalam aduannya.

Tambahnya, berdasarkan aduan tersebut yang dibuat kira-kira setengah jam selepas kejadian, keempat-empat mereka telah dihalang oleh sekumpulan penyokong BN sebelum sampai ke lokasi berkenaan.

"Dalam keadaan tidak terkawal, saya dan rakan-rakan telah dipukul oleh kumpulan tersebut dan menyebabkan beberapa bahagian badan kami semua sakit," kata Abu Said.

Mengulas aduan berkenaan, Salahuddin berkata kejadian berkenaan benar-benar berlaku dan menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhenti mengeluarkan kenyataan yang dapat mempengaruhi siasatan polis.

"Selepas kejadian itu, terus kita buat laporan polis.

"Jadi janganlah menteri dalam negeri bersandiwara juga dan menganggap perkara itu tidak penting dan mempermain-mainkan seolah-olah tidak wujud kejadian itu," katanya dalam sidang media harian di markas induk jentera pilihan raya PAS DUN Bagan Pinang.

"Kita minta supaya pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya."

Hishammuddin dilaporkan berkata beliau mengetahui pihak yang melakukan provokasi tersebut dan "mereka kemudian menuduh pihak lain (BN) dan juga polis, sedangkan kejadian yang berlaku disebabkan tindakan mereka (PAS) sendiri."

Jelas Salahuddin lagi, mangsa-mangsa berkenaan membuat sekurang-kurangnya lima laporan polis selepas kejadian dan aduan-aduan polis itu akan didedahkan secara berperingkat-peringkat.

"Paling tidak, kita ada lima laporan polis yang dibuat. Maknanya polis mesti buat bertindak atas laporan itu," katanya, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Ditanya mengapa PAS tidak mendedahkan kesemua bukti berkenaan hari ini, Salahuddin berkata isu itu akan digunakan berterusan sepanjang tempoh kempen, yang hanya tinggal kira-kira 36 jam.

Beliau enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa isu serangan oleh penyokong BN hanyalah propaganda PAS untuk meraih simpati dan menakut-nakutkan pengundi.

Sumber: http://malaysiakini.com/news/114628

Pemuda Bagan 10 October 2009 at 00:11  

Tak pasal-pasal Pemuda Pulau Pinang pulak naik nama..

BoTak 10 October 2009 at 02:06  

http://tomok123.blogspot.com/2009/10/pembohongan-terbongkar.html

bosan la aku... dok menipu je.. ahahah... menggelabah nasaruddin.. senjata makan tuan...


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP