Saturday, 10 October 2009

N31: Kenapa pangkah BN?

"Saya hidup selesa. Walaupun tak kaya atau dapat projek tapi rezeki tu hak Allah. Setiap makhluk ada rezeki masing-masing. Cuma sikap cemburu dan dengki terhadap kejayaan orang lain dah jadi lumrah dalam masyarakat Melayu. Sebab tu empayar Melaka jatuh." - Subki, Bagan Pinang.

"Takde masalah. Nak keluar pergi mana-mana, jam berapa pun tak kisah. Tak risau kena tembak ke, bom ke, kalau keluar rumah. Nak makan apa pun boleh. Takde kisah. BN dah buat elok pun dah cukup baik." - Rahmah, Bagan Pinang.

"Tadi saya dengar ceramah Pas dia kata BN ni zalim. Betul ke bang? Saya perati yang tukang ceramah tu pakai keta besar, ada rumah besar dan isteri pun ramai. Kalau nikmat yang dia dapat macam tu pun masih dikatakan BN zalim, yang lebih zalim dari tu tak tau la lagi macamana." - Atas Pagar, Bagan Pinang.

"Meniaga kalu cari makan pun tara problem. Sikit-sikit cukuplah apa mau tamak. Ini worang banyak dengki kasi huru hara. Tara bagus itu macam. Hidup orang India jauh lebih baik dari 50 tahun dulu juga. Ini BN juga punya kerja. Dulu tarak Pas datang bantu pun." - Subra, Bagan Pinang.

"Saya ni asal keluarga miskin je bang. Adik beradik 9 orang tapi alhamdulillah 5 berjaya masuk universiti dan sekarang dah bekerjaya. Kehidupan kami pun banyak dah berubah. Nak tak nak saya kena terima hakikat yang ini semua hasil pemikiran pemimpin kerajaan sejak dulu. Sebab tu kita kena jadi hamba Allah yang bersyukur. Kalau tak serupa macam iblis la perangai." - Razak, Bagan Pinang.

"Banyak tempat dah saya pergi termasuk ke luar negara tanpa halangan. Saya bebas buat apa yang saya suka. Banyak benda dah saya tengok. Saya bersyukur dilahirkan di Malaysia dan tidak menyesal dengan pilihan saya untuk sentiasa memilih BN. Ini pilihanraya yang ke-4 saya mengundi. Moga semuanya berjalan dengan baik." - Totok Umno, Bagan Pinang.

"Kalau pangkah Pas nanti tak dapat dah tengok AF, Mentor, Raja Lawak, Juara Lagu...bla...bla...bla." - Remaja Sengal, Bagan Pinang.

"Kereta saya dah ada, rumah dah ada, anak dah ada, isteri lagi 3 belum ada, tanah pun mampu beli sikit-sikit. Tak pernah dapat projek kerajaan tapi saya tetap boleh berjaya. Nak ke masjid senang, nak amal ibadat takde sapa halang, nak ke mana-mana pun bebas. Apa nak lagi? Kerajaan dah jalankan amanah pun kira bagus. Terkurang terlebih tu adatlah. Macam la puak sebelah sana tu perfect sangat." - Hazli, Bagan Pinang.

"Janji wa dapat cali makan itu sulah cukup bagut. Buat apa mau tukar kelajaan." - Chun, Bagan Pinang.

"Kerajaan BN yang menaikkan martabat dan maruah tentera sejak dulu. Bukannya Pas, bukannya PKR dan bukan juga DAP." - Col. (B) Shamsudin.

Che Din: Kau lak Islah, kenapa pangkah BN?

Islah: Sebab aku boleh kritik dan fitnah kerajaan dalam blog sesuka hati tanpa dikenakan sebarang tindakan. Boleh ceramah hentam kerajaan tiap-tiap malam tanpa perlu susah payah buat kerja, pastu boleh kutip duit dari orang ramai untuk masuk poket sendiri. Tapi sebab utama aku pangkah BN, hanyalah semata-mata nak bagi komplot pembangkang ni sakit hati. Kes kes kes..."

(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)

11 comments:

Anonymous 10 October 2009 at 07:01  

kah kah kah.. sendiri tulis, sendiri bubuh nama, pandirlah kau.

Anonymous 10 October 2009 at 07:05  

taktik tu belajar drp org ML yg bubuh nama entah sapa2 kat testimoni utk tunjukkan produk depa bagus.

Undilah Barisan Nasional, Tolak Pakatan Haram 10 October 2009 at 08:11  

HIDUP UMNO
HIDUP BN

Dollah 10 October 2009 at 08:33  

HIDUP UMNO!...
HIDUP RASUAH!...

SENDIRI TULIS THEN SENDIRI ULAS. KELAKARNYA...

Batubater 10 October 2009 at 09:00  

bukan sendiri tulis sendiri ulas la dol...ini kan artikel menyindir pakatan reban kah kah kah

Anonymous 10 October 2009 at 09:07  

cik anon 07:01 ni mesti sekolah dekat PASTI sebab tu artikel sindir tak dapat bezakan...ciannnn satu lagi produk oleh PAS

YANG GAMBI 10 October 2009 at 09:55  

Apa nak kira sangat dengan tukang komen yang sudah dibodohkan oleh tok-tok guru PAS & PKR ni....... mereka semua dah terminum air kencing tok guru, anwar dan lim..... mana boleh di ubat lagi, biarlah mereka dengan kebodohan mereka......

Pemburu Syahid 10 October 2009 at 11:09  

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.

Anonymous 10 October 2009 at 11:32  

jika anda sayg kn ISLAM, anda tolak hamPAS yg menipu ttg penubuhan negara ISLAM

jika anda saygkn pemimpin ISLAM, anda tolak hamPAS yg pemimpinnye kecut di tengking karpal singh

jika anda saygkn ISLAM, anda tolak hamPAS yg PENIPU kate UMNO kafir sbb kerjasama dgn agama lain tp diorg sendiri skg yg join DAPig yg nyata bencikn ISLAM

kpd anda yg akan buang undi Ahad t, kite TOLAK hamPAS yg munaffik ini, hamPAS yg nyata sesat & pergunakn agama suci ISLAM ini utk kepentingan parti & org2 tertentu dlm parti. Undilh UMNO yg nyata mentakbir blandaskn Al Quran & sunnah. Undilh UMNO utk kesejahteraan dunia akhirat.

HIDUP UMNO
HIDUP Barisan National

1 Malaysia-1 Israel 10 October 2009 at 11:51  

kalau tiada UMNO tiada la rasuah

Anonymous 11 October 2009 at 03:20  

Aku mesti pangkah BN... kalau tak nanti tak de rasuah, arak pun diharamkan.. maksiat pun susah nak buat... disko? silap-silap satu negeri ada satu jer.. siap check IC lagi.. Islam ke tidak... sekarang ni sape-sape pun boleh masuk... bawah umur pun boleh... Dosa aku baru terkumpul sebakul jer... tak cukup untuk masuk NERAKA... So tolonglah UNDI BN... supaya kita boleh terus menambahkan DOSA...


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP