Tuesday, 6 October 2009

Pas hilang 'ghairah'

Rekod tiga kali kalah Zulkefly kelebihan terbaik buat BN

KEMPEN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sudah masuk hari keempat. Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan pencabarnya, Zulkefly Omar dari Pas semakin sibuk. Begitu juga dengan jentera kedua-dua parti, sehingga saban waktu ada saja majlis diadakan dalam usaha meraih sokongan.

Malam kelmarin, lebih 3,000 penduduk Taman PD Utama dan dari kawasan sekitar menghadiri Majlis Sentuhan Mesra Aidilfitri Bersama Pemimpin yang dihadiri Isa. Seperti biasa, beliau yang sentiasa peramah, ringkas dan bersahaja menyebabkan 'orang pangkal' (akar umbi) mudah mendekatinya. Ucapannya pula mudah difahami tetapi kadang kala pedas, berani serta sinis.

Ketika di PD Utama, Isa muncul di pentas tidak lebih lima minit tetapi berjaya melontarkan mesej ringkas.

Beliau juga sempat membidas kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang mempertikaikan pembangunan Port Dickson ketika era beliau sebagai Menteri Besar. "Lebih baik beliau bertanya kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, apakah pembangunan yang sudah beliau laksanakan di Kelantan," katanya.

Majlis yang dihadiri Isa disusun Bilik Gerakan Utama DUN Bagan Pinang. Beliau sentiasa hadir pada majlis yang dianjurkan. Setiap majlis diadakan selang dua atau tiga jam sekali antara jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Sebelah malam, Isa menghadiri sekurang-kurangnya tiga lagi majlis yang turut dihadiri pemimpin kanan BN terutama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut berkampung di Bagan Pinang.

Siri kempen calon Pas kurang sambutan. Nik Aziz yang tidak hadir untuk ceramah di Bagan Pinang malam kelmarin dan diganti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang, gagal menarik ramai hadirin.

Selain beberapa kejadian kekasaran pada hari penamaan calon, suasana kempen adalah terkawal. BN tertumpu kepada peringatan mempertahankan perpaduan yang dianggap Muhyiddin benteng terakhir dalam kehidupan harmoni rakyat negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula meminta rakyat menghargai perpaduan dikecapi sekarang kerana banyak negara yang merdeka tetapi rakyatnya tidak menikmati kehidupan sempurna sebaliknya merempat tinggal dalam kotak serta bawah jambatan.

Pada masa ini, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di negeri itu. Dalam pilihan raya kali ini, BN mempunyai kelebihan kerana rekod membuktikan, Negeri Sembilan bukan untuk Pas. Rakyat khususnya orang Melayu menolak parti itu untuk menjadi wakil mereka di Parlimen atau DUN. Buktinya, dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Pas bertanding 13 kerusi tetapi hanya menang satu DUN Paroi. Pas juga gagal di tiga Parlimen yang ditandingi Jelebu, Jempol dan Tampin. Zulkefly turut menguatkan lagi bukti kegagalan Pas di negeri itu apabila pernah bertanding tiga kali tetapi tewas semuanya. Terbaru, beliau tewas kepada Mustapha Salim (BN) ketika bertanding di DUN Lenggeng dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Saingan sengit itu menyebabkan timbul isu undi pos yang didakwa Pas sebagai tidak telus. Ia kemudian dijadikan modal untuk mereka mempersoalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kempen. Besar kemungkinan, jika keputusan tidak memihak kepada calon mereka, Pas akan menggunakannya sebagai alasan kekalahan. - Berita Harian

14 comments:

Salam Persaudaraan 6 October 2009 at 09:21  

Aku peratikan org PAS ni kuat semangat. Dia org tau nak menang kat BP sgt susah sbb undi pos dah ada dlm poket lebih 4k. Sb tu dia org kerja kuat nak rayu undi kita.Kalau mamat tentera berubah angin, umno boleh bungkus. Mcm Ketua Penerangan UMNO cakap aftermatch PRK Permatang Pasir, biar ribut atau hujan, PAS akan tetap mengundi berbanding dgn org umno yg manja. Kalau panas terik sikit pun tak nak mengundi. Si Maslan tu cakap itu punca umno kalah dulu. Skrg ni umno kena kerja keras sikit. Suap mulut org umno byk sampai kenyang. kalau org umno sentiasa kenyang, dia org akan undi umno. kalau nak lawan org PAS man-to-man, kita akan kalah.

Anonymous 6 October 2009 at 09:31  

Allah swt akan tunjuk jalan sebenarnya kepada Ahli PAS ke pangkalan jalan. Kalau umat Islam mengikut Alquran dan Alsunnah maka umat Islam tidak akan sesat seperti ahli PAS. Ahli PAS sekarang main bedal tak tau beza antara yang benar dan sesat. Dulu PAS membangun bersama DAP sekarang PAS membangun bersama DAP. Kerana PAS ingin kuasa politik sanggup membiarkan Islam di pijak. Siapa tolak Islam dan siapa sesat?

Anonymous 6 October 2009 at 10:16  

Siapa tolak islam? den nak jawab..

Mana islam hadarinya?Nak sebat si Kartika tu pun ramai pemimpin UMNO yang bising..Kalau betul2 pejuangkan islam buatlah elok2..Banyak lagi cth dlm Malaysia nie, yang UMNO cakap tak serupa bikin...Negara Islam? cuba check sape cakap UMNO kan? buat elok2..kalau tak elok org cakap..dan bile org cakap tu dgr..

Soal sesat atau tak bukan hak sape2..bukan hak ekau UMNO atau PAS...kalau kite amalkan kemungkaran, dan tidak amanah dll dan mengamalkan undang2 rimba(ikut sendiri punyo undang2)..itu mungkin blh cakaplah...

UMNO membangun dengan MIC dan MCA..apo ekau nak cakap?10 juta tau kek PKFZ..ni suratkhabar yang cakap..ekau nak cakap apo plak..duit palsu ko...

Kalau nak lawan berdebat dan hujah, mampus diorang tak leh lawan...ade lawyer UMNO tapi ntahlah..kene gamBI kot..

tak kisahlah DAP ke MCA ke..depa tu cina..ekau sebut DAP jo...MCA tu org asli ko

adf55650 6 October 2009 at 10:43  

BN dah kalah 7-0. Itu yg buat bn kebulur sgt2 nak menang tu. Calon yg kotor pun dipilihnya. Kesian kat bn, dah jadi dinasour dah. Layak di disimpan aje di muzium je.

Jeffry 6 October 2009 at 11:22  

SLM BRO..GHAIRAH KE TIDAK KE, YG PASTI UMNO AKAN KENA BALON JUGAK NANTI..YEZZEKK!!

Lawyer Garang 6 October 2009 at 11:30  

GHAIRAH -- worg yg plg aku suka skli. Terliur aku dibuatnya dgn umno ni. Dia berjaya hilangkan ghairah PAS. Can't wait for 2night.

Pemuda UMNO Kesang Tua 6 October 2009 at 11:36  

Sedar tidak orang PAS/PR nie....fakta mana dia ikut aku pun tak tahu...setahu akau hanya 1 PRK saja parlimen Kuala Terengganu kerusi BN dan baru dirampas oleh PAS. Bagaimana dngn Batang Ai..? PRK lain itu semua tempas PR... aku ingin lihat jikalau ada PRK dinegeri Melaka,Johor,Pahang,Sabah dan Perlis..? Adakah kamu terfikir PR boleh menang di negeri tersebut. Rakyat dinegeri telah sedar lebih-lebih lagi 40% pengudi atas pagar dimana PR hanya mementingkan diri sendiri. Dan pandai bercakap tetapi goyah diakhir garisan.

Ukur baju badan sendiri sebelum kita mengaitkan sesuatu ISU. Kembalilah ke basic islam Ad-din sebelum mengupas sesuatu ISU. Kaji dan belahlah Ad-Din itu sebenarnya..?

Waallahuallam

Anonymous 6 October 2009 at 13:09  

Seandainya PAS menang PRU13. PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan. Kerana ketua pembangkang kini adalah kaki bontot. DI takdir PAS menang, Islam bukan asas pentadbiran kerana PAS boneka kepada DAP. Terbukti di Negeri Perak

DOYOK 6 October 2009 at 14:20  

Org umno pun jgn la ghairah sangt..yakin sngt ke bleh menang kt BP?

Anonymous 6 October 2009 at 14:57  

PAS kena terima realiti bahawa PAS tak boleh memerintah nanti negara hancur. Itu lah sebab PM akan di beri kepada Anwar. Kenapa tak di berikan Hadi Awang. Kerana Hadi kurang kemampuan asyik nak jumpa 3 bini nanti negara boleh jadi lingkup macam Gus Dur tidur sepanjang hari penat asyik nak servis 3 bini

iceman 6 October 2009 at 16:15  

mca or mic and dap memang sama bro tapi beranikah mereka ini mempersendakan islam adn melayu adakah umno duduk dan tegok jer mcm pas duk melanguk bler gobala cakap jumpa nabi dalm mimpi?????buat elok2 teringat pulak pasal katernya klu menang nak tutup kilang arak...pastu tukar konsep penjualan arak yang diguna pakai bn...tapi hasil tetap menipu dengan kata self control...menipu lagi menipu lagi kat kg buah pala..klu menang kg ini akan kekal laaa nie yang berjanji jenguk pun tak nak...tipu undi orang india...mempergunakan kaum india bler perlu?dah tak perlu jumpa pun tak nak...janji tu tunaikan jangan duk pandai tabur jer...klu tak janjiorang tak tuntula.pasal dah janji orang tuntut

blasah 6 October 2009 at 22:59  

iceman, ko baru lahir tahun lepas ke ? atau buat lupa penghinaan samy velu pd quran ? atau ko memang pekak ? samy tu pun berguru dgn pemimpin umno jugak...

Anonymous 7 October 2009 at 08:15  

emosi, emosi.. kita dicucuk dan disuap supaya beremosi, marah, dendam antara satu sama lain. apa untung, puas hati ke, rasa dah menang ke ? gadai maruah agama semata-mata untuk kusa politik.

Oghe Kelate 7 October 2009 at 11:22  

Jngn terlalu emosional... just fikirlah apa yang dah berlaku.. jngn terlalu taksub pada PAS,PKR dan DAP. Aku dulu adalah pengikut sentiasa DSAI tetapi bnyk agenda yang tak boleh aku terima pakai demi untuk PR yang idea dari saudara Anwar Ibrahim. Terlalu bahaya. Aku juga yg membawa PKR kuat satu ketika di DUN Bemban ,Melaka dimana saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dilahirkan di Kampung Kesang Tua.(Sam). Allhamdullilah aku sedar cepat demi aku ingin memperjuangkan bangsa dan agama aku. Percayalah dlm PR, penyokong PR akan memberi kelebihan kepada MT DAP dan PKR saja. PAS jngn bermimpi untuk memegang apa2 portfolio yg penting di setiap jajahan PR(PKR,PAS dan DAP) kecuali Saudara Anwar tidak dapat mengganggu-gugat Kelantan dan Kedah disbbkan PAS terlalu ramai di DUN.

Aku tidak menyalahkan org PAS tetapi aku pelik kenapa pemimpin PAS masih tidak dapat memikir apa kehendak sebenarnya Anwar Ibrahim.

Pengikut PAS jngn emosional berfikirlah apa yang berlaku kepada saudara islam kita di Selangor, Penang dan Perak satu ketika.

Dan pengikut PAS jngn terkejut jika PAS Selangor akan keluar dr Pakatan Rakyat. Jngnlah kita membenarkan agama kita dihina dan dicaci seperti mana yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Pertahankanlah jngn kita mudah diperkotak-katikkan demi mencapai agenda saudara Anwar Ibrahim yng bercita-cita menjadi P.M. Berfikirlah seperti Saudara Azman Ketua Pemuda PAS Gombak dan Datuk Dr Hassan Ali. Waallahuallam....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP