Saturday 10 October 2009

Pembohongan yg 'kantoi' : Pas gagal kemuka nama mangsa insiden 'pedang samurai'

PORT DICKSON 9 Okt. - Pakatan pembangkang gagal mengemukakan salinan polis berhubung dakwaan penyokongnya ditetak dan dipukul hingga cedera oleh seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO dalam insiden yang kononnya membabitkan 'pedang samurai' kelmarin.

Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Pas, Salahuddin Ayub pada sidang akhbar hariannya di Markas Induk Pas di sini hari ini, juga gagal mengemukakan nama lelaki yang kononnya cedera akibat ditetak itu.

Ketika mempertahankan tuduhan dan dakwaannya itu, beliau hanya mengemukakan salinan laporan polis salah seorang penyokong yang mendakwa keretanya telah dihalang oleh petugas Barisan Nasional (BN).

Laporan polis yang dikemukakan itu langsung tidak menyebut diserang menggunakan pedang samurai hingga cedera seperti yang didakwa Naib Presiden Pas itu.

Akibatnya, timbul kekeliruan di kalangan petugas media sehingga berlaku perang mulut pada sidang akhbar itu.

Salahuddin berkata, Pas telah membuat lima laporan dan salah satu daripada laporan itu mengandungi nama lelaki yang dipukul.

Bagaimanapun, Salahuddin gagal mengemukakan nama mangsa yang ditetak dengan parang tersebut.

Malah laman web Harakah sendiri tidak meletakkan nama lelaki itu dan beritanya telah ditarik dari laman itu hari ini, kecuali gambar seorang lelaki yang luka di bahagian kepala. - Utusan

4 comments:

1Agenda 10 October 2009 at 13:00  

ALLAH bersama org2 yg benar. SESUNGGUHNYA MEMECAH BELAHKAN SESAMA UMAT APALAGI PERBUATAN MENCERCA, MEMAKI HAMUN DAN YG TERBARU IAITU MENFITNAH, AMATLAH DIMURKAI ALLAH. SESIAPA YG MENFITNAH SAMA SEPERTI MEMAKAN BANGKAI SAUDARANYA SENDIR1

Pemburu Syahid 10 October 2009 at 14:14  

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.

Perwira 10 October 2009 at 19:10  

PEMBOHONG AMAT SANGAT (PAS)jadi kita tak perlu takjub, tak perlu Hairan, Tak perlu gundah gulana dengan mereka jika mereka sering berbohong dan menabur fitnah,
Haji-Haji markoko dan lebai-lebai mangkuk dalam PAS yang melaksanakan matlamat menghalalkan cara, demi survival politik mereka. selamat berjuang buat semua parti yang bertanding tapi jangan tipu kami. Betul kata arwah ayah saya jangan masuk politik kerana politik ni penuh penyakit dan wabak.... apapun aku sebagai pasukan keselamatan telahpun mengundi BN kerana jelak dengan kerenah PAS.. Agi idup agi ngelaban

Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP