SIAPA SAMSENG ?
Semasa hari pencalunan PRK Dun Bagan Pinang, Ahli MT UMNO Dato Azeez Rahim telah dipukul oleh 9 orang. Perbuatan keganasan PAS mendapat liputan meluas. Akhirnya mereka cuba menuduh Ahli UMNO terbabit mencari publisiti murahan.
Apabila semalam terdapat kekecohan di markas PAS (samada betul atau tidak) mereka membuat cerita dongeng bahawa UMNO mempunyai pasukan 'ala komando'.
PAS kini telah hilang arah dan tengelam punca akibat terlalu ghairah untuk menang dan kerana mereka telah mendapat 'signal' bahawa PAS akan kalah di DUN BAGAN PINANG. Akibat kekalahan ini, mereka telah bersedia dengan banyak alasan untuk digunakan bila berdepan dengan rakyat.
Rakyat kini lebih matang dan dapat menilai siapa yang betul dan siapa yang salah dan mereka juga telah memilih siapa yang perlu menjadi ADUN BAGAN PINANG. Apakah mereka akan memilih orang yang pernah kalah 3 kali dalam pilihanraya dan tidak ada pengalaman atau calun yang berwibawa seperti Tan Sri Isa Samad seorang yang pernah menjadi Menteri, Menteri Besar dan mempunyai 'testimonial' yang cukup hebat.
SOKONG DAN UNDILAH BARISAN NASIONAL .......
1 comments:
PAS ganas?
Post a Comment