Thursday, 8 October 2009

KUGAN, TEOH, KEPALA LEMBU.....SALAH BN?


Selepas pembangkang beria-ia menjadikannya modal kempen, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam Rabu menjawab empat isu besar yang digembar-gemburkan parti lawan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Beliau mengambil kesempatan menjawab keempat-empat isu besar tersebut kerana sudah muak dengan sikap pembangkang yang terus menerus menaburkan fitnah dan cuba memburukkan kerajaan dalam isu-isu yang tiada kena mengena dengan Barisan Nasional (BN).

Apakah salah kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO dalam isu perarakan kepala lembu, kematian penjenayah A.Kugan serta kematian Teoh Beng Hock dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor?
Di depan lebih 2,000 penduduk serta pengundi di Taman Politeknik, Teluk Kemang, Muhyiddin menjelaskan, bukan Perdana Menteri atau timbalannya mahupun menteri mengarahkan perkara atau kejadian tersebut berlaku.
Katanya, perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil di Shah Alam berpunca kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dikuasai pembangkang.
"Isu itu berlaku di Selangor, di negeri yang dikuasai pembangkang, apa kena mengena dengan Barisan Nasional," tanya beliau.
Dalam insiden itu penduduk Seksyen 23 Shah Alam tidak bersetuju kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu memindahkan kuil ke kawasan majoriti penduduk Melayu dan beragama Islam.
Menurut Muhyiddin, kerajaan bertindak terhadap mereka terbabit perarakan itu kerana tidak mahu ianya mencetuskan ketegangan kaum yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.
Bagi kes kematian Kugan ketika dalam tahanan polis, Muhyiddin menjelaskan, lelaki itu ditahan kerana polis mempunyai bukti pembabitannya dalam kegiatan samseng.
Namun, semasa dalam tahanan dia telah mati dan polis sudah menjalankan siasatan terhadap punca kematiannya yang akhirnya seorang anggota polis dituduh ada kaitan dengan kematian penjenayah itu.
"Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan supaya Kugan dibunuh Menteri Dalam Negeri pun tak keluarkan arahan itu. Zalimlah saya jika saya beri arahan untuk dia dibunuh," ujar beliau.
Mengenai kes kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, beliau menjelaskan, sebelum ini pembangkang selalu menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) alat kerajaan.
“Kita tubuh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mereka menjalankan tugas dan mendakwa sesiapa sahaja terbabit rasuah,” katanya.
Menurut beliau, suruhanjaya ini adalah lantikan Yang di Pertuan Agong.

“Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, saya tak fikir SPRM buat begitu. Bagaimanapun, kita tubuh inkues untuk mengetahui punca sebenar kematian tersebut,” jelas beliau lagi.
Katanya, kerajaan mahupun pemimpin lain tidak mahu tragedi malang itu berlaku kepada keluarga mangsa.
“Kerajaan kita bertanggungjawab dengan ambil tindakan dengan benarkan inkues kerana tidak mahu kejadian itu menjejaskan institusi SPRM,”.
“Tetapi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan konco-konconya tuduh kita (kerajaan BN), Apakah ini salah kerajaan atau UMNO?” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pembangkang kini minta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tangguh pilihanraya Bagan Pinang kononnya daftar pengundi tidak betul.
Katanya, pilihanraya tidak boleh ditangguhkan malah pengundi pos akan mula membuang undi Khamis.

Ini semua jelasnya, menunjukkan pembangkang tertekan dan tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini.
Muhyiddin turut menjelaskan isu PKFZ yang dikatakan pembangkang sebagai kes pecah amanah dan rasuah yang besar.
“Ini bukan keputusan kerajaan..mungkin ada penyelewengan. Kita sudah tubuh jawatankuasa khas dengan banyak wakil untuk siasat perkara itu hingga ke lubang caci atau ke akar umbi,” tegas beliau.
Katanya, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau sesiapa sahaja cuba rosakkan negara dengan membawa mereka ke pengadilan.
Beliau percaya pembangkang yang kalah 4-0 dengan tuduhan-tuduhan di atas akan membuat cerita dan fitnah lain bagi memburukkan kerajaan termasuk Perdana Menteri.
Malah katanya, mengingatkan para pengundi bahawa menjelang dua hari sebelum pengundian Ahad ini, Anwar dan konco-konconya akan memperhebatkan dakyah mereka dengan membawa cerita bohong dan fitnah kepada pemimpin, kerajaan dan BN.
Sehubungan itu, Muhyiddin mahu pengundi di Bagan Pinang menolak pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan padahal kerajaan melakukan apa sahaja langkah terbaik bagi mengelak sebarang perkara buruk yang boleh menjejaskan imej negara.
Penjelasan beliau malam tadi barangkali mahu mematahkan pembohongan pembangkang terutama PAS yang meletakkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang selain kemungkinan isu itu terus diputarbelitkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar yang dijadual turun berkempen mulai Khamis.

5 comments:

Anonymous 8 October 2009 at 12:42  

BERITA YANG PASTI TAK AKAN KELUAR DI TV3/RTM/UTUSAN/B.HARIAN

Ganasnya Umno!
BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

MAN5958 8 October 2009 at 12:44  

Wahai masyarakatku sekalian....

Soalan yang diajukan

1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....

2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....

3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?

4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?

5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?

6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah

1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor

Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.

Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.

Cheguman 8 October 2009 at 13:36  

Kalau masuk kampung orang, kena lah jaga tatatertib dan adab susila. Negeri Sembilan tu negeri berbudaya. Jangan main redah belok kiri belok kanan ikut suka hati je.

Saya tak sokong sebarang keganasan namun eloklah dielakkan melakukan sesuatu yang dianggap kurang ajar. Tak boleh lah salahkan orang tempatan je.

Anonymous 9 October 2009 at 01:01  

Wahai rakyat negeri Sembilan..jangan biarkan negeri indah dan berkat ini seberikan seincipun kepada pemerintahan PR atau PAS!!
Akan rosak dan lingkuplah rakyat negeri ini seperti taksubnya orang2 Kelantan. mereka bukanm membawa budaya ataupun akhlak Islam tetapi membawa sifat kenegerian dan khawarij yang nyata!!

Anonymous 9 October 2009 at 01:10  

Cuba hayati dan perhatikan sikap Munafiq PAS..

Semasa Perak baru menubuhkah kerajaan, Sultan yang memilih Nizar-Al Monyet menjadi Menteri Besar. daripada kalangan yang lain Sultan fikirkan Nizarlah paling layak..mereka puak2 PAS ini memuji Sultan dan Mufti mengalahkan memuji nama Allah dan Rasul..

Sebaliknya..apabila tumbang pakatan haram mereka, cepat2 mereka tutup malu dengan tuduh UMNO yang rampas..punya celaka..sedangkan Anwar Al-Liwath lah yang mempromosikan untuk tubuh kerajaan persekutuan baru dengan membeli 31 org ahli parlimen??

Apalagi..panas baranlah dan mengamuklah Nizar Al-Monyet bersama konco2nya, dan ahli2 munafiq lain berguling2 atas jalan menentang Sultan dan Raja Muda.. Mereka caci hina di seluruh blog2, paper, sms dan pelbagai medium lagi Sultan, Mufti dan juga Dato Seri Najib..

Cuba kita fikirkan bagaimana jika mereka memerintah Malaysia, bagaimana tentera dan polis akan dipergunakan untuk menangkap pemimpin2 UMNO yang tidak lagi berkuasa, amt merbahaya wahai tuan2.. jangan benarkan sama sekali cita2 jahat mereka menjadi kerajaan paad PRU13 ini menjadi kenyataan..

Minta doalah dr sekarang semoga jangan jatuh Malaysia kepada puak mereka.. Kita cukup tahu apakah aktiviti Anwar di luar negara dengan linkages bersama Amerika, Yahudi dan DAP bersama tink tank Singapore yang bercita2 menawan Malaysia!!


Awaslah saudraku..jika UMNO ada kelemahan baikilah ia..jangan ahncurkan atau buang ia..UMNO tidak sejahat PAS DAP dan PKR yang mabuk kuasa, seleweng Islam dan ingin mengubah Malaysia jadi negara baru yang tiada lagi Islam dan Melayu sebagai tuan!..

Peliharalah Malaysia ini Ya Allah..AMINNNN!


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP