Memilih Boneka DAP atau Bekas Menteri Besar Yang Berjasa!
Sepanjang kempen di bagan Pinang ini nanti kita akan mendengar propaganda Pas mengenai calon Barisan nasional, Tan Sri Isa samad sebagai seorang yang korup dan perasuah. Hakikatnya sepanjang pentadbirannya Tan Sri Isa tidak pernah disabitkan sebarang dakwaan rasuah atau salah guna kuasa ke atas diri beliau.
Kesalahan beliau dalam etika kempen UMNO merupakan kesalahan politik tanpa sesen pun membabitkan dana awam. Pas usahlah bercakap soal Islam jika sampai hari ini mereka masih mengagung-agungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja telah bersalah kes corruption, malah sedang mempunyai kes jenayah kerana meliwat pembantu peribadinya.
Jika Pas benar jujur dan ikhlas bukankah mereka sepatutnya meminta Anwar Ibrahim berundur daripada memegang sebarang jawatan dalam Pakatan rakyat sehingga kesnya selesai?
Mangsa Anwar telah bersumpah dengan al-Quran di dalam masjid, namun pas tetap mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu kerana Anwar memberi mereka kuasa dan wang. Jadilah pas hanyalah seperti kata Barat, holier-than-thou atau kata orang Melayu, kokok berderai tapi ekor penuh tahi.
Jika Anwar telah menjalani hukuman dan kemudian diangkat oleh Pas menjadi Ketua Pembangkang dan pemimpin nombor satu Pakatan, mengapa pula Tan Sri Isa yang hanya bersalah terhadap etika berkempen parti tidak boleh diterima sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri?
Pas juga tanpa segan silu terus memilih Mohamad sabu sebagai pemimpin kanan mereka biarpun nyata sekali Mat sabu ini ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Malah Isteri oerang tersebut juga telah menjadi isterinya hari ini sekaligus membuktikan wujud hubungan cinta mereka pada masa ditangkap dahulu.
Sedangkan kesalahan Tan Sri Isa hanyalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh pembantu beliau sahaja. Itu pun dengan niat menolong ahli UMNO yang meminta pertolongan.
Pas juga perlu menjelaskan kepada orang Melayu mengapa mereka masih menerima Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sedangkan Menteri Besar tersebut jelas melanggar ajaran Islam apabila menyalahguna wang anak syarikat kerajaan negeri untuk membeli lembu korban peribadi kepada Parlimen Tun Razak.
Pas begitu hebat bercakap soal Islam di kalangan pengikutnya tetapi hakikatnya di Pulau Pinang, Perak (semasa Nizar menjadi MB) dan Selangor, bukan sahaja perjuangan Islam Pas tidak nampak, malah ia lebih teruk daripada sewaktu Barisan Nasional dahulu.
Apakah tarbiah dan dakwah Pas di Selangor yang berjaya? Sehingga hari ini hampir 1000 orang Melayu Selangor telah menyertai DAP. Apakah ini perjuangan Islam Pas? Pegawai-pegawai melayu sekarang hanya mengikut telunjuk dan sergahan pemimpin bukan Melayu DAP.
Ada juga Ahli parlimen Pas sekarang ini menjadi suara bukan Islam untuk meraih undi sehinggakan menjatuhkan maruah Islam sendiri. Pas sudah meuar-uarkan kononnya calonnya di Bagan Pinang, Dr. Zulkifley sebagai bakal Menteri Besar Negeri Sembilan senadainya menang dan Pakatan menang dalam pilihan raya umum ke 13 atau pun berlaku lompat parti. Apakah akan muncul seorang lagi bonek DAP menjadi menteri Besar di negeri Sembilan?
Walau apaun keburukan Tan Sri Isa, beliau telah menjalani hukuman yang setimpal termasuk kehilangan kerusi Parlimen dan jawatan menteri. Apakah beliau tidak berhak peluang kedua? Apakah kesalahan sekecil itu menafikan jasa-jasa beliau kepada Negeri Sembilan dan penduduk Bagah Pinang sendiri selama lebih 25 tahun khidmatnya sebagai ahli politik?
Apakah kita lebih rela menyingkirkan seorang pemimpin rakyat dan telah terbukti kemampuannya hanya kerana sedikit kesalahan untuk diganti dengan seorang mengaku alim tetapi bakal menjadi boneka parti DAP? Orang Islam di Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah merasai pengkhianatan Pas ini. Apakah pengundi Bagan Pinang mahu mengulangi kesilapan yang sama?
Jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar. Hari ini orang melayu menang sorak di Selangor tetapi kampung telah tergadai. Siapa percaya orang Melayu Selangor hari ini terpaksa mengemis kepada parti cauvinis Cina bernama DAP? Mengapa ini berlaku? Kerana kepercayaan orang melayu beri kepada Pas telah dikhianati.
Beserban dan berjubah belum tentu menjaga kepentingan Islam dan bangsa Melayu. Hari ini terbukti serban dan jubah sudah dibakulsampahkan oleh Pas kerana wag dan kuasa. MasyaAllah.
MyKMU
11 comments:
Isa tu korap. umno silap besar pilih dia. Mcmlah umno dah kering calon. Ramai lagi calon yg berwibawa ttp tenggelam sbb tak pandai tabur duit. Mungkin isa lingkup nanti. Skrg ni terpaksa berlakon sbb nak jaga soru. nanti miss.
Bila lagi umno nak berubah... kenapa calonkan pemimpin yg mahkamah umno sendiri dah dapati rasuah.. kenapa mesti takut dengan ugutan kena boikot... sepatutnya gunakan Bagan Pinang utk buktikan seluruh umat Melayu malaysia yg umno dalam proses pembersihan dengan mencalonkan pemimpin yg bersih dan amanah ataupun memang kita tak ada calon yang bersih cekap dan amanah... kenapa mesti bagi ruang pembangkang utk mainkan isu yg mudah... calon rasuah, tak amanah... kenapa tak belajar dari permatang pasir... kalau kalah bagan pinang pun DUN Negeri Sembilan tak jatuh kat pembangkang.. tapi dengan calon yg saja bersih dan berwibawa rakyat nampak umno mahu berubah... matlamat utama adalah PRU13.. apakah umno/bn masih relevent selepas itu...
nak pilih calon yang rasuah ke atau calon yang bersih?
Dun 31 Bagan Pinang kenapa tak tulis nak pilih calon yang rasuah ke atau calon yang bersih?
Bagaimana pula dgn bekas banduan yang telah dihukum oleh mahkamah? Malah menjadi pujaan hati ahlul pembangkang? Beliau ialah difuckto B A B I!!!!
kita cakap pasal umno bukan pembangkang atau orang lain.. itu lah masalahnya bila kita tidak mahu menerima kelemahan sendiri dan baiki... sebaliknya berselindung di sebalik kelemahan orang untuk melindungi kelemahan sendiri yg dah tenat dan akhirnya makan diri... kita mahu umno diterima bukan setakat selepas bagan pinang tapi utk umno terus relevant dan di terima rakyat terutama umat melayu islam... jangan lah mencarut tak tentu pasal.. berfikiran terbuka dan ber mujahadah diri... .. ini bukan lagi zaman tun razak atapun hussein onn.. darah melayu darah umno.. berilah pandangangan yg menbina dan beretika ... ingat rakyat sekarang dah pandai memilih yg mana intan yang mana kaca.
ni aku nk komen sikit..nape ya aku tengok umno ni guna perkataan kurang elok kat blog..x leh ke tulis secara berhemah..kdg2 aku terkejut tengok tulisan kat sini..budi bahasalah sikit kan..
pasal isa semua org tahu ape dia buat kat bagan pinang ni..jgn lupa bagan pinang ni dh berubah disebabkan mb hassan bukan isa samad..
RAMAI ORANG SUKA DENGAN BONEKA..
TETAPI RAMAI ORANG TAK SUKA PERASUAH..JADI PILIH LAH BONEKA..KAH..KAH..KAH
Hadis nabi yang sahih: 'pemberi dan penerima rasuah kedua2nya dihumban ke neraka'.
Umno juga adalah boneka MCA,MIC,Gerakan. Masa Umno tengah kuat dan banyak kerusi :
1. kenapa Umno beri Gerakan jadi KM P.Pinang sedangkan kerusi Umno lebih banyak?
2. kenapa tak hapuskan judi -toto,magnum,no. ekor dll; arak, bir berleluasa dijual?
3. kenapa tak buat 1 sistem sekolah kebangsaan?
jawapannya kerana Umno diperkudakan tauke2 cina yang banyak beri 'sumbangan' a.k.a rasuah. di depan perhimpunan Umno, berdegar2,berapi2 berucap anti-rasuah, di belakang, dok terima 'derma'/'sumbangan'/rasuah drp tauke2 besar dlm bentuk wang,barang2 dan sedekah seks.
UMNO pilih pemimpin yang mereka dakwa dan tangkap kerana rasuah...kalau dah melibatkan rasuah mesti melibatkan duit...kalau tak pakai dana awam..pakai dana toke cina pun bole, dana poket sendiri pun ade...
ayo..ini org UMNO sudah hukum kaw2 punyo lepas tu ambik...nasib baiklah Tok Isa nie jenis takde hal punye..tapi siaplah..kalau kalah SIAPLAH WAHAI TOK ISA N BAHAGIAN TELUK KEMANG DAN UMNO...
Wahai masyarakatku sekalian....
Soalan yang
1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....
2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....
3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?
4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?
5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?
6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah
1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor
Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.
Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.
Post a Comment