Anwar perlu jelas banyak lagi dakwaan
Oleh HERMAN HAMID
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja perlu menjelaskan isu akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tetapi juga beberapa dakwaan lain berhubung sumber kewangan beliau.
Bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Nor Adam berkata, ini termasuk penglibatan Anwar dalam pemberian tender bernilai berbilion ringgit secara rundingan terus kepada kontraktor tertentu seperti yang didakwa ramai pihak.
Menurutnya, dakwaan bahawa Anwar bertindak sedemikian sewaktu beliau berada dalam kerajaan lebih 10 tahun dahulu perlu dijelaskan sekarang termasuk kandungan akuan berkanun Abdul Murad yang masih menjadi tanda tanya.
''Ada tender berbilion ringgit dikatakan diagih kepada beberapa kontraktor tertentu melalui penglibatan beliau sehingga ramai melabel Anwar sebagai jaguh tender rundingan terus sewaktu berada dalam kerajaan.
''Selain itu, pertemuannya dengan ramai individu di luar negara turut menimbulkan banyak persoalan apakah pertemuan itu turut melibatkan urusan bagi mendapatkan dana.
''Sebab itu selain akuan berkanun Abdul Murad, ada banyak dakwaan lain yang turut perlu dijawab Anwar yang melibatkan sumber kewangan beliau yang dikatakan cukup besar,'' ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Lokman diminta mengulas hasrat Pergerakan Pemuda UMNO untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas Anwar.
Ini berhubung kenyataan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan yang mendakwa Penasihat PKR itu diketahui mempunyai sumber kewangan yang besar.
Dakwaan itu berdasarkan akuan berkanun yang dibuat Abdul Murad pada 1999 berhubung penglibatan Anwar dalam mengawal 20 akaun induk yang melibatkan jumlah besar wang.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed turut meminta Anwar menjelaskan perkara sebenar di sebalik akuan berkanun Abdul Murad seperti yang dibangkitkan Nallakarupan.
Mengulas tekanan yang dihadapi keluarga Mohd. Saiful Bukhari iaitu mangsa dalam kes liwat Anwar, Lokman berkata, isu itu sepatutnya tidak timbul dari awal lagi sekiranya Ketua Pembangkang itu menyahut seruan bersumpah dalam kes tuduhan liwat beliau yang pertama dahulu.
Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, jika Anwar dapat bersumpah mengikut cara Islam dalam kes tuduhan liwat beliau pada 1998, maka isu Mohd. Saiful pasti tidak akan timbul.
''Namun, seperti yang kita tahu baik kes yang pertama atau yang kedua, Anwar tetap enggan bersumpah mengikut cara Islam atas pelbagai alasan.
''Sekarang Mohd. Saiful terpaksa berdepan pelbagai tekanan kerana lumrah bagi orang macam Anwar untuk memanipulasi keadaan termasuk perjalanan mahkamah bagi manfaatnya.
''Ini bukan taktik baru bagi PKR. Macam-macam cara boleh manipulasi mahkamah untuk melengahkan kes. Ini semua orang tahu dan Anwar dilihat menggunakan sepenuhnya untuk melengahkan perbicaraan beliau bagi manfaat sendiri,'' jelasnya. - Utusan
5 comments:
harapkan lepas ni Ezam, hanafiah man, hamdan taha yg semuanya dah bersama UMNO, naik ke pentas dan dedahkan pada rakyat bgn pinang 'auta' anwar yg pernah mereka jaja dulu. rakyat mahukan kesahihan...mrk nak tahu lebih lg tentang pengkhianatan anwar.
Boringlah! Bila PRK aje, keluar lah cerita2 recycle mcm ni. Kenapa tak siasat habis2an dulu?? Aku nak muntah baca cerita2 mcm tu bila masa PRK. Tak ade ke cerita2 sensasi ekslusif yg terbaru???
muntah jela, yang ko sibuk kt sini pehal, ko bukan pengundi di bagan pinang pun.
dah la gedik, sama gedik macam Brader Anwar Bin Ibrahim aka BABI menyanyi dan menari atas pentas. oh azizah
Anwar perlu jelas kenapa dia suka main bontot anak Melayu? Kenapa dia suka bontot anak Melayu yang kulitnya cerah, ada tinggi seperti Azmin Ali, ada bini seperti Shamsidar.
Wahai masyarakatku sekalian....
Soalan yang diajukan
1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....
2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....
3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?
4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?
5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?
6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah
1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor
Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.
Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.
Post a Comment
Post a Comment