Friday 9 October 2009

'Zulkefly umpama orang buangan'

ZULKEFLY Mohamad Omar, calon Pas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang disifatkan tidak mempunyai keistimewaan dan daya kepemimpinan dinamik yang boleh membantu membangunkan daerah peranginan itu.

Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang menewaskan Pesuruhjaya Pas negeri itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004, mengingatkan pengundi supaya jangan sesekali memperjudikan nasib memilihnya.

Jika pengundi di Lenggeng iaitu orang kampungnya sendiri menolaknya, adakah orang Bagan Pinang mahu mengambil orang buangan itu untuk menjadi pemimpin di kawasan ini? Lagipun, tidak semua ahli Pas di Lenggeng yang menyokongnya.

Dia bukan Pesuruhjaya Pas kawasan, malah ranting (cawangan) Pas di kampungnya bagaikan hidup segan mati tak mahu kerana tidak pernah mengadakan mesyuarat. Saya pun tidak tahu bagaimana pemimpin Pas boleh mengangkatnya sebagai Pesuruhjaya Pas negeri, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Taman Desa Pinang, di sini, malam kelmarin.

Ishak berkata, walaupun pernah tidak setuju dalam beberapa perkara ketika calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad menjadi Menteri Besar tetapi beliau mengakui Ketua Umno bahagian Telok Kemang itu antara pemimpin terbaik dan berjasa di negeri ini. - Berita Harian

0 comments:


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP