Saturday 10 October 2009

Nak undi siapa?

BN merupakan parti yg terbaik untuk memperjuangkan hak semua rakyat Bagan Pinang khususnya dan Malaysia amnya kerana parti komponen BN sentiasa memahami dan menghormati agama, bangsa dan budaya masing-masing. Atas dasar yang sama juga Perlembagaan Malaysia digubal.

Tidak seperti komplot pembangkang yang munafik lagi hipokrit. Mana mungkin PAS yg kononnya ingin menubuhkan Negara islam bersekongkol dengan DAP yg menjawab dgn kata-kata "langkah mayat kami dulu".

DAP yg sama juga menyokong musuh negara iaitu chin peng, si pembunuh utk diterima masuk ke Negara ini.

PAS hipokrit

PAS begitu ghairah menuduh UMNO tidak Islamic. Dengan tuduhan rasuahnya, zalimnya malah tuduhan kafir juga dilemparkan pada UMNO. Tapi pada masa yang sama mereka bersekongkol dan berpeluk-pelukan dengan Bapak Penyalahguna Kuasa yang telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan, yang disahkan oleh mahkamah sebagai seorang peliwat.

PAS juga bekerjsama dengan DAP yang pastinya diterajui oleh orang yang mengikut takrif mereka sendiri sudah tentunya kafir.

Bagaimana mungkin PAS yang sebegini boleh dipercayai.

Saya masih ingat lagi Tun Mahathir dalam ucapan Presiden semasa Perhimpunan Agung UMNO (kalau tak silap ucapan Presiden yang terakhir sebelum beliau meletak jawatan) menamakan PAS sebagai musuh utama orang Melayu di negara ini. Pesanan Tun ini semakin jelas terbukti kebenarannya dengan perilaku PAS dewasa ini

Marriage made in hell

Ketidaksehaluan dan kecelaruan Pakatan Rakyat jelas terbukti apabila keengganan atau kegagalan mereka utk menggabungkan ketiga-tiga Parti PAS Keadilan dan DAP dibawah suatu parti gabungan rasmi. Seolah-olah mereka sendiri tahu komplot mereka ini hanya sementara dan bersifat luaran shj. Pada hakikatnya perbezaan sesama mereka terlalu jauh dan tidak boleh di'reconcile' secara hakiki.

Sedarlah wahai sdr-sdr ku semua, mengundi PAS akan hanya menguatkan DAP dan memecahkan perpaduan negara. Keamanan dan kemakmuran di BAgan Pinang akan diganti dengan kekecohan dan kemunduran jika PAS diundi. Lihat sahaja Selangor sekarang ni dan Perak seketika dulu.

Nak undi siapa?

Formula kerjasama BN sesama parti komponennya terbukti harmoni dan makmur sejak lebih 50 thn merdeka. Oleh itu undilah calon BN TS Isa Samad. Beliau pemimpin berasal dan berakar umbi di Bagan Pinang. Anak jati Bagan Pinang yg penuh pengalaman, rendah diri dan setia dgn perjuangan parti BN.

4 comments:

Pemburu Syahid 10 October 2009 at 11:50  

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.

Pemburu Syahid 10 October 2009 at 11:51  

MuakDgnUMNO 10 October 2009 at 12:08  

Tolaklah parti yg mencalonkan calon rasuah. Part ini akan menjual org melayu bila kuasa telah menguasai diri mereka. Emak sendiri mereka sanggup jual, apatah lagi bangsa sendiri.

Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP