N.31 BAGAN PINANG – Calon PAS lancar ‘MANIFESTO’
‘Nak tegolak ado, nak muntah ado, nak tekinciet pun ado’ kata sahabat-sahabat dari Negeri Sembilan, bila terdengar setiap kali ada Pilihan Raya Kecil adalah calon-calon PAS khawarij ini buat manifesto untuk memancing undi.
Manifesto kelentong ‘Kerajaan Kebajikan’ yang ‘pakatan’ PAS, DAP dan PKR buat dalam PRU12 sehingga memperoleh kemenangan di lima buah negeri, macam mana ? Sudahkah ditunaikan ?
Apa jadi dengan manifesto kelentong ‘Kerajaan Kebajikan’ di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan ?
Agak-agak kawanlah, mungkin manifesto Anwar Al jub sahaja yang menampakkan kejayaan, ia itu ‘sama rasa, sama rata’, ‘berbagi-bagi rasa’ , itu pun hanya kepada golongan-golongan yang seangkatan dengan Anwar Al jub sahaja…………
Kalau Anwar Al jub jadi PM, kawan rasa filem “BRUNO’ tentu dah berbulan-bulan ditayangkan dalam pawagam di Malaysia.
Berbalik kepada manifesto calon PAS di Bagan Pinang, ini kawan salin 100% dari blog pro PAS khawarij untuk tatapan semua ;
October 5, 2009
MANIFESTI CALON PAKATAN RAKYAT N31 BAGAN PINANG - KLIK
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.
2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.
3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.
4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.
5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.
6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.
7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.
8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
BERSAMA KEHENDAK RAKYAT
Zulkefly Mohamad Omar
Persoalannya, apakah selama ini wakil rakyat-wakil rakyat ‘pakatan’ di Telok Kemang dari 3 ADUN dan 1 Parlimen tidak pernah memperjuangkan apaapa yang tercatat dalam manifesto (dia tulis manifesti) calon ?
Apa kerja mereka buat sebagai wakil rakyat ?
Kawan rasa, pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang bijak menilai janji-janji minafik puak-puak PAS, sejauh mana mereka dapat menunaikan janji mereka, sedangkan manifesto ‘Kerajaan Kebajikan’ di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam PRU 12 masih beku, sejuk begitu sahaja.
Apa yang jelas kita lihat hanya ‘kebajikan’ untuk poket wakil-wakil rakyat mereka sahaja yang terlalu lebih dilaksanakan. Lihat sahajalah apa sudah jadi dengan janji-janji Anwar Al jub kepada pengundi-pengundi DUN Permatang Pasir, Anwar Aj jub menjanjikan akan melantik Salleh Man Pengerui MUIP jika menang, akhirnya siapa yang mereka pilih ?
Pengundi-pengundi Bagan Pinang wajib menolak calon munafik dari PAS khawarij ini……………..
9 comments:
Den harap sgt agar PAS jgn ikut jojak Isa samad Kaki Pendek tu (Bapak JE). Kokuatan dio hanyolah pado taburan wang ringgit ajo. Kalau wang ringgit tak ado, usah harap org BP nak pandang dio tu.
Sebuah NGO menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan bukti bergambar ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk penyokong PAS.... Baca lagi:--> http://malaysiakini.com/news/114308
anon 16:03
Ekau percayo cakap malaysiakini.com tu? hahah, orang bangang macam ekau yo suko dongar citor bangang portal tajaan yahudi tu..
Ekau nak sibuk apo? Orang ramai dan para pemberito yang ado maso kejadian dah serahkan gambar kek polis dah...
Ekau tak payah sibuk-sibuk jadi lawyer kek sini, biar polis yo buek kojo.. semuo yang ado kek situ ado mato,semuo nampak.
ekau sajo yang buto dan bangang.
Kalu ada bukti video pun, RM 1000 jer?
Koman2 RM 1,000,000 DAN tender balak di Ulu Kelantan..
amacam?
Apo lai... YB Pakatan yang Parlimen Teluk Komang si Kamarul yang pogang pastu yang PD plak sapo ontah tapi dari Pakatan jugo. Lagi sorg lagi pun samo. Suko korek idong ajo! Sonang bonar jadi YB Pakatan. Tak payah buat kojo.
Bila ada orang kampung tanyo:
Orang kampung: YB parit dah tersumbek. Sosak dah tuh. Bilo nak keluar peruntukan yang ado?
YB Pakatan: Ekau mintak ajo dokek BN.
Hahaha. Sonang bonar la ekau! Den pun nak jadi calon Pakatan. Ado offer ko?
Kerabu Bersuaroooo dah jadi Lembuuuu bersuaroooo. Hehehe. Jangan marah ye Kerabu...Den gurau ajo...
Memang betul !!! mana janji NEGARA KEBAJIKAN ? mana janji semasa menifesto ? Berapa banyak yang dah ditunaikan ? Tolong puak2 " PR BANGANG " pi check....sampai sekarang pun masih kena tipu....sekali, dua kena tipu adatlah ...tapi kalau hari2 kena tipu akai sah taruk kat juborlah agaknya....memang tulah ALJUB hendak....
Jngn terlalu emosional... just fikirlah apa yang dah berlaku.. jngn terlalu taksub pada PAS,PKR dan DAP. Aku dulu adalah pengikut sentiasa DSAI tetapi bnyk agenda yang tak boleh aku terima pakai demi untuk PR yang idea dari saudara Anwar Ibrahim. Terlalu bahaya. Aku juga yg membawa PKR kuat satu ketika di DUN Bemban ,Melaka dimana saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dilahirkan di Kampung Kesang Tua.(Sam). Allhamdullilah aku sedar cepat demi aku ingin memperjuangkan bangsa dan agama aku. Percayalah dlm PR, penyokong PR akan memberi kelebihan kepada MT DAP dan PKR saja. PAS jngn bermimpi untuk memegang apa2 portfolio yg penting di setiap jajahan PR(PKR,PAS dan DAP) kecuali Saudara Anwar tidak dapat mengganggu-gugat Kelantan dan Kedah disbbkan PAS terlalu ramai di DUN.
Aku tidak menyalahkan org PAS tetapi aku pelik kenapa pemimpin PAS masih tidak dapat memikir apa kehendak sebenarnya Anwar Ibrahim.
Pengikut PAS jngn emosional berfikirlah apa yang berlaku kepada saudara islam kita di Selangor, Penang dan Perak satu ketika.
Dan pengikut PAS jngn terkejut jika PAS Selangor akan keluar dr Pakatan Rakyat. Jngnlah kita membenarkan agama kita dihina dan dicaci seperti mana yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Pertahankanlah jngn kita mudah diperkotak-katikkan demi mencapai agenda saudara Anwar Ibrahim yng bercita-cita menjadi P.M. Berfikirlah seperti Saudara Azman Ketua Pemuda PAS Gombak dan Datuk Dr Hassan Ali. Waallahuallam....
Ahli PAS pun dah kaya. Dah pakai Merc, BMW dan pakaian pun tempah. PAS pun dah kahwin banyak bini dan cerai bayar RM3juta dari hasil balak. PAS asyik berceremah, kahwin cerai, fitnah kepada sesiapa tak sokong PAS. DAP & PKR kaki bontot pun PAS sanjung punya gila. Tak kira dari mana datang, sokong PAS semua nya halal.
Post a Comment