Selamat Mengundi : Pengundi pos mengundi hari ini
Pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang diketuai oleh Lt. Kol. Saifullizam Anuar (kanan) memeriksa beg undi pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang yang akan digunakan oleh anggota tentera untuk mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson, semalam.
PORT DICKSON 7 Okt. - Para pengundi Pos bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan membuang undi esok di Pusat Asas Latihan Tentera Darat (Pusasda) dan Ibu Pejabat polis Daerah Port Dickson di sini bermula pukul 8 pagi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebanyak 4,602 undi pos telah dikeluarkan untuk tujuan tersebut iaitu membabitkan 4,571 anggota tentera dan 31 anggota polis.
''Kita membuat keputusan untuk membuka satu saja pusat pengundian (untuk pengundi pos tentera) atas permintaan pihak tentera yang bertanggungjawab ke atas kem-kem ini. Kalau terlalu banyak susah hendak dikawal.
''Sehubungan ini kita kumpulkan semua sekali di Pusasda esok," katanya selepas meninjau proses pengeluaran dokumen undi pos yang turut dihadiri ejen calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson.
Wan Ahmad berkata, untuk proses undi pos esok hanya seorang wakil calon dibenarkan masuk bagi memantau proses pembuangan undi.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan ejen calon boleh memantau keseluruhan proses tanpa halangan.
Menjawab satu soalan beliau berkata, keputusan sama ada pembuangan undi pos akan dibuat dalam masa sehari atau dua hari bergantung kepada keadaan.
''Untuk undi pos ini juga tarikh terakhir untuk dipulangkan kepada SPR ialah pada 11 Oktober sebelum pukul 5 petang. Ini adalah khas untuk anggota tentera yang menjadi pengundi tetapi berada di luar Port Dickson," katanya.
Ujar beliau, sekiranya undi pos lewat diterima oleh SPR dalam tempoh masa yang ditetapkan ia akan dimasukkan ke dalam peti lain dan ia tidak akan dikira. - Utusan
9 comments:
selamat mengundi. jgn benarkan pepatah menyesal dulu pendapatan, menyesal kmudian tak berguna menajdikan igauan semua pengundi di Bagan Pinang.
Doa2lah undi pos tu dpt kat umno. Kalau tidak, umno boleh bungkus lagi.
silap tu, doa2lah undi tu dapat kat PAS, kalau hilang deposit malu gila2 PAS.
Kalau hilang deposit, aku cabar PAS bubar je parti tu, aku pun berhak kata rakyat menolak perjuangan Parti PAS!
jangan mimpilah PR yang x berdaftar nak memerintah kat N9
Semuga Allah swt memberi kemengan kepada UMNO. Semuga pengudi tentera tidak memberi undi kepada PAS di atas sebab PAS adalah penipu, suka manupulasi dan cakap fitnah. Allah swt akan tetap melindungi apa yang benar.
:) undi pos sudah tetap akan berpihak kepada BN... PAS takkan menang undi POS.. itu sudah pasti .. :)
Dengan tinggal beberapa hari lagi, Umno dijangka mengekalkan Dun Bagan Pinang dengan majoriti yang selesa.Menurut pemerhati, Pas jauh tertinggal di belakang terutamanya untuk undi Melayu, seperti pertandingan lumba lari antara arnab dan kura-kura. Dalam keadaan biasa dan realistik, arnab akan menang. Isu rasuah calon Umno tidak sedikit pun menggugatkan beliau yang dilihat mesra, mudah didekati,humble dan dermawang. Tahniah untuk bakal Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru...
Jawatan tak penting tetap menghayati perjuangan UMNO adalah matlamat UMNO. Harap UMNO bersama dan sentiasa bersama rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian
Kalau takde undi pos dah lama UMNO bungkus.. buktinya.. PRU yang lepas UMNO menang majoriti 2000+++. Undi pos dpt 3000++.. Maknanya Adun lepas tu pun adun POS...
Wahai masyarakatku sekalian....
Soalan yang diajukan
1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....
2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....
3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?
4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?
5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?
6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah
1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor
Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.
Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.
Post a Comment