Saturday 10 October 2009

Provokasi Pas!

> Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal Malaysian Insider dan Harakah Daily diminta beri keterangan tentang dakwaan mengelirukan kononnya penyokong parti itu cedera diserang ahli UMNO.

> Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, gambar mangsa yang ditunjukkan Salahuddin dan disiarkan dalam portal berbeza dengan orang yang membuat laporan polis.

> Tiada siapa yang tampil membuat laporan polis mengatakan cedera teruk ditetak ‘pedang samurai’.

> Salahuddin semalam gagal tunjukkan bukti salinan laporan polis atau nama lelaki yang ‘cedera’ ditetak.

> Ia hanya satu salinan laporan polis seorang penyokong Pas yang mendakwa keretanya dihalang oleh petugas BN.

> Laman web Harakah sendiri telah menarik balik berita itu.

5 comments:

Pemburu Syahid 10 October 2009 at 14:23  

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.

Pemburu Syahid 10 October 2009 at 14:24  

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.

Anonymous 10 October 2009 at 14:35  

wei..pemburu syaitan..engo tak ada kerja lain ke..yang Pas melantak kayu balak di kelantan sampai dogol kawasan bukit tu kerja siapa...mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih..boleh belah!!!!

Shuq Immortal 10 October 2009 at 15:28  

http://tomok123.blogspot.com/2009/10/kenapa-harus-kita-bersengketa.html

Ape la kau ni Pemburu Syahid..
cuba lah kau elok2 sket... kita ni sesama islam...

Juragan Malawati 10 October 2009 at 15:50  

Polis meminta Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal berita Malaysian Insider dan Harakah Daily tampil memberi keterangan berhubung dakwaan yang mengelirukan kononnya penyokong parti itu dikasari dan diserang oleh ahli UMNO hingga cedera.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam blog berkenaan Salahuddin telah memegang sekeping gambar berkaitan kejadian itu dengan gambaran kecederaan yang teruk ke atas mangsa.

Tetapi kata beliau, gambar mangsa cedera yang ditunjukkan oleh Salahuddin dan disiarkan dalam kedua-dua portal berita itu berbeza dengan orang yang dilaporkan kepada polis.

''Pihak polis telah pun membuat siasatan awal dan setakat ini tiada siapa yang datang mengatakan beliau telah dipukul begitu teruk keadaannya.

''Polis ada menerima laporan dan membuka siasatan dan pihak polis sendiri telah menghantar mangsa ke hospital dan beliau telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Tak ada kesan darah pun. Hanya lebam-lebam saja. Orang itu juga orang lain, bukan yang dalam gambar itu.

"Nama yang disebut sama tetapi gambar memang berbeza. Kalau betul orang itu ada, datanglah buat laporan," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal (Martek) PDRM di sini hari ini.

Osman berkata, kenyataan yang dibuat itu mengelirukan orang ramai dan mereka terdorong untuk mempercayainya.

Katanya, polis telah berhubung dengan Salahuddin tetapi sehingga hari ini pemimpin Pas itu gagal berbuat demikian.

Polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 111 Kanun Perkara Jenayah.

Beliau juga mengesahkan gambar yang disiar oleh Harakah Daily itu tidak sama dengan individu yang terlibat, hanya nama sahaja yang sama.

Osman turut menyelar tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengelirukan orang ramai dan mencetuskan keadaan huru-hara.

''Polis akan mengesan individu yang memulakan SMS ini dan akan mengambil tindakan. Perbuatan ini tidak bertanggungjawab dan mengelirukan orang ramai," katanya.

Pada sidang akhbar sama, polis memberi amaran supaya mana-mana parti tidak membina struktur seperti khemah yang digunakan untuk meraih undi.

''Kita akan ambil tindakan jika ada pihak yang cuba menakutkan pengundi pada 11 Oktober ini dan menghalang mana-mana pengundi yang layak.

''Pihak polis akan memeriksa kenderaan yang memasuki laluan di Bagan Pinang ini dan menahan mana-mana pihak yang membawa senjata berbahaya," kata Osman.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zaki Masroh berkata, pihaknya menerima 66 laporan sepanjang pilihan raya kecil ini berlangsung.

''Daripada jumlah itu, 22 sedang disiasat dan tiada tangkapan dibuat. Baki 44 laporan itu, polis sedang meneliti dan ada yang tidak diambil tindakan contohnya bendera hilang tetapi kemudian ditemui semula," katanya.

Beliau memberitahu, tiada kes yang dilaporkan itu disiasat di bawah Akta Hasutan tetapi di bawah Akta Pilihan Raya 1954 dan Akta Mesin Cetak.

''Daripada 22 laporan itu, 10 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya di Seremban untuk mendapatkan nasihat," jelasnya.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP