Friday, 9 October 2009

Penyebaran SMS boleh timbulkan ketegangan

PORT DICKSON 8 Okt. - Penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan untuk melancarkan jihad terhadap UMNO boleh mencetuskan ketegangan.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, penyebaran SMS seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan suasana bahaya.

Malah Razali turut menafikan sekeras-kerasnya insiden serangan menggunakan pedang Samurai seperti yang didakwa Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub.

Beliau turut meminta mangsa yang cedera sekiranya betul untuk bersemuka dengannya.

"Beritahu saya dan saya sendiri akan bersemuka dengan mangsa. Saya lakukan ini atas dasar tanggungjawab. Kalau saya nafikan pun mereka boleh kata macam-macam.

"Kalau betul beliau cedera, datang berjumpa dengan saya bagaimanapun setakat ini saya tidak menerima laporan polis mengenainya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Razali turut mengesahkan, beliau telah dihubungi oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan perkara itu dan meminta kedua-dua parti yang bertanding supaya tidak mencetuskan keadaan yang boleh huru-hara.

Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan semua jentera pilihan raya terutamanya jentera Pemuda UMNO mempertingkatkan disiplin dan berkempen secara berhemah.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan itu juga memperlihatkan pemimpin Pemuda Pas yang dilihat gemar untuk mencemarkan kempen pilihan raya selain tidak berdisiplin ketika berkempen.

"Ini bukan budaya kita hendak bergaduh dan mengisytiharkan perang. Saya telah memberitahu kepada pemimpin Pas supaya mengawal disiplin ahli-ahli mereka.

"Mana boleh dalam pilihan raya ini kita melancarkan perang sedemikian sedangkan kita adalah saudara seagama. Saya anggap perkara seperti ini tidak sepatutnya timbul," katanya. - Utusan

12 comments:

Anonymous 9 October 2009 at 06:54  

kah kah kah.. di Ipoh ada samseng songkok tinggi, kira boleh tahan la

di Shah Alam ada samseng kepala lembu.. kah kah kah

di Teluk kemang ada apa hah? jawab aku ada samseng kepala babi.. kah kah kah.

halim tuah 9 October 2009 at 07:57  

PAS BERJUANG CARA REVOLUSI IRAN
Semasa Revolusi Iran tahun 1979 dan ketika pembentukan Kerajaan Revolusi Iran tahun 1980’an, ramai dari kalangan tokoh-tokoh PAS melawat Iran termasuk TG Hadi Awang, TG Nik Aziz, bahkan hampir kesemua tokoh kepimpinan PAS melawat Iran. Anak TG Nik Aziz kemudiannya dihantar menuntut di Qom Iran, juga termasuk ramai pelajar dari sekolah-sekolah Agama kelolaan PAS dihantar ke Iran.

PAS yang selama ini tidak menyokong MAZHAB SYI’AH, telah kemudiannya mengiktirafnya sebagai salah satu mazhab yang diterima oleh Dunia Islam selain AHLIL SUNNAH WAL JAMA’AH. Bahkan fahaman SYI’AH telah diserapkan ke dalam PAS, termasuk juga meniru teknik dan cara perjuangan Revolusi Iran. Kita dapati cara perjuangan PAS adalah ala revolusi dan sering terlibat dengan demonstrasi, bersikap kasar serta mencaci maki tokoh-tokoh pemimpin bukan PAS.
http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ

Anonymous 9 October 2009 at 08:06  

PAS pun ada kaki rasuah. Macam PKR pun ada kaki bontot. Kan PAS untuk semua.
PASial
PASesat
PASyaitan
PASamseng

Anonymous 9 October 2009 at 08:46  

Kah Kah Kah Kah Kah. Samseng kepala bai. lawak lah ko ni anon

Anonymous 9 October 2009 at 09:06  

PAS ada samseng ikut kepala bontot

PUTERA UMNO KUALA PILAH 9 October 2009 at 09:28  

Tiga penyokong PAS cedera dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan lelaki, dipercayai penyokong BN, berpunca daripada "perang poster" di Si Rusa, dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal pagi ini.

Seorang petugas PAS Ammeran Mad berkata beliau melihat kira-kira 50 orang penyokong BN, termasuk yang bersenjatakan parang, menyerang pekerja-pekerja parti PAS dalam kejadian pada kira-kira jam 1-2 pagi itu.

Selain bilik gerakan PAS di Si Rusa, tiga lagi bilik gerakan parti berkenaan diserang oleh kumpulan yang didakwa sebagai anggota Pemuda Umno, Ammeran memberitahu Malaysiakini ketika ditemui di hospital Port Dickson tengah hari ini.

Beliau, yang berada di tempat kejadian di markas induk Pemuda PAS, ke hospital untuk menziarahi ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 20 hingga 30 tahun tetapi dimaklumkan mereka hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar jam 6.45 pagi ini.

Ammeran, seorang penduduk tempatan, berkata kumpulan yang terdiri daripada individu tidak dikenali itu pada mulanya mendakwa pekerja parti PAS berkenaan telah menurunkan bendera BN di kawasan berkenaan.

Ketiga-tiga mangsa, antara mereka yang bersemuka dengan kumpulan berkenaan, bagaimanapun menafikan berbuat demikian.


Kumpulan berkenaan kemudian bertindak liar dan mula memukul penyokong PAS serta memecahkan cemin kenderaan di bilik gerakan tersebut.

Ammeran juga berkata, tiga lagi bilik gerakan peti undi dalam kawasan berkenaan turut diserang oleh kumpulan sama dalam kejadian antara jam 2 hinggga 5 pagi ini.

Ketiga-tiga penyokong PAS yang cedera itu dikenali sebagai Muhd Zulhairi Zainuddin, 20, Shamsul Bakri, 30 dan Muhd Nazaruddin Md Isa, 23.

Muhd Zulhairi dan Shamsul Bakri berasal dari Johor, manakala Muhd Nazaruddin dari Kedah.

Akhbar rasmi parti itu Harakahdaily.net melaporkan, selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.


Ramai lagi petugas PAS dipukul, lapor akhbar web itu lagi, malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Foto-foto yang diterbitkan akhbar itu menunjukkan seorang petugas, yang tidak dinamakan, berdarah di kepala dan baju merahnya koyak di bahagian belakang, dilaporkan akibat ditetak dalam serangan tersebut.

Pemuda PAS berhasrat membuat aduan polis jam 6 petang ini di balai polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga.

"Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," ketua dewan itu Nasaruddin Hassan dipetik berkata.

Anonymous 9 October 2009 at 10:28  

ye ker?
kena tetak?
kenapa x luka?
ish hebatnya...kebal kot...

myartch 9 October 2009 at 14:46  

Orang PAS memang kebal.... lagi2 sejak dia menuntut ilmu dgn PKR... Tapi kebal2 pas xleh lawan kebal DAP... Sultan dan Raja pun diaorg selamba je kutuk....(KEBAL UNDANG2)

Anonymous 9 October 2009 at 15:08  

datuk razali jgn bimbang..
kalau betul perkara tu berlaku..kami anak jati bagan pinang akan mempertahankan kampung kami hingga titisan darah terakhir...

Anonymous 9 October 2009 at 15:57  

Hati2..jgn termakan provokasi jahat PAS supaya jadi rusuhan dan tertangguh pilihanraya..

UMNO kena bersabar dan bijak..gunakan gerak saraf..kepetahan hujah melawan fitnah jahat mereka..awas jgn tertipu dgn taktik mereka.. Insya Allah UMNO akan menang besar..!!

myartch 9 October 2009 at 16:05  

UMNO pasti menang.... HIDUP MELAYU..........

Anonymous 9 October 2009 at 17:19  

ini baru real... kena tetak lagi... ada sorang budak mamak nak mampus tu... tak kena apa2 tapi macam pondan sial... siap bungkus leher dengan kulit babi rasanya...


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP