Friday 16 October 2009

1 Malaysia di Bagan Pinang

Alhamdulillah Bagan Pinang kembali aman sentosa. Pengundi telah bersuara dengan jelas dan lantang sekaligus menghantar isyarat pada PAS dan PKR bahawa Bagan Pinang bukan tempat untuk mereka pengaruhi dengan taktik pengganas ala gerilya mereka.

Violence is the last refuge of the incompetent. And the people of bagan Pinang khususnya dan telok kemang amnya just don't believe in violence.

Demografi di bagan Pinang yg berbilang kaum bolehlah dianggap spt model kecil utk negara Malaysia (cuma peratusan penduduk India dan cina terbalik-yg mana India lebih ramai). Keputusan prk di bagan Pinang jelas menunjukkan formula 1 Malaysia yg didukung oleh BN lah yg boleh diterima oleh segenap golongan masyarakat.


Read More

Wednesday 14 October 2009

BN Kekal Di Bagan Pinang


Read More

Monday 12 October 2009

PRK N31 – PAS Kalah Tetapi PKR Yang Meroyan..!

Kisah ini berlaku semalam ketika hampir kepada waktu pengumuman keputusan PRK DUN Bagan Pinang……

Ada serombongan sahabat sahabat UMNO seramai tiga orang didalam sebuah kereta singgah di stesen petrol Petronas Port Dickson untuk mengisi minyak sebelum berangkat pulang ke Lembah Klang.

Sebaik sahaja tiba di Petronas salah seorang daripada mereka ini pula terserempak dengan rakan sepejabatnya yang dikenal pasti seorang “penjilat Tegar” PKR yang turut berada di Port Dickson untuk menyokong calon PAS dalam kempen PRK Bagan Pinang.

Mereka pun bersalaman dan bertanya khabar, dimana sahabat ini tadi telah “bergurau dan mengusik” rakannya si penjilat tegar PKR dengan kata kata “…Tahniahlah.., PAS menang lagi, besar pulak majoritinya kali ni....”

Tanpa disangka-sangka, rakan sepejabatnya itu hilang pertimbangan dan terlalu emosi cuba menyerang sahabat ini, mujurlah sempat dileraikan oleh sahabat sahabat yang lain… Tetapi si penjilat tegar PKR itu mahu terus menyerang dan mencabar sahabat tadi untuk “bertumbuk” dengan kata kata “.… Kau nak cari gaduh ker..? Marilah aku tunggu…”

Demikianlah didikan dan tunjuk ajar yang dapat diwarisi oleh penjilat penjilat fahaman Anwarisme, mereka hanya akan menerima hakikat sekiranya sesuatu keputusan itu memihak kepada mereka sahaja...!

Sahabat tadi menceritakan bahawa beliau amat terkejut dan kecewa dengan reaksi rakan sepejabatnya itu kerana sungguhpun berbeza idealisme politik tetapi sepanjang waktu dipejabat beliaulah yang banyak membantu rakannya itu….

Tahniah diucapkan kepada pengundi pengundi DUN Bangan Pinang yang telah secara beramai ramai kembali menyakini UMNO-BN, semoga disinilah bermulanya titik tolak kebangkitan sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak!

SYABAS RAKAN RAKAN BLOGGERS PRK N31
Timbalan PM merangkap Timbalan Pengerusi BN bagi PRK N31 DUN Bagan Pinang, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mendapat taklimat oleh rakan rakan Bloggers yang beroperasi di Command Centre DUN Bagan Pinang


Read More

Sunday 11 October 2009

ALHAMDULILLAH!!! ALLAH MENGURNIAKAN KEMENANGAN KEPADA BARISAN NASIONAL

“Sesungguhnya Qurnia Itu Di Tangan ALLAH, ALLAH Memberikan Qurnia-Nya Kepada Sesiapa Yang Dikehendaki-Nya dan ALLAH Maha Luas (Qurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui”, Surah Al-Imran Ayat 73.


Read More

BN kekalkan kerusi DUN Bagan Pinang

11/10/2009 8:18pm

BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.


Read More

RAKYAT SOKONG UMNO & BN - YB Ahmad Maslan

Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang dengan jelas membuktikan bahawa rakyat menerima Barisan Nasional.

Kejayaan Besar BN di Bagan Pinang adalah disebabkan oleh 5 faktor berikut :



1. Rakyat menerima semula BN & kepimpinan PM & TPM dengan gagasan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

2. Tan Sri Isa Samad adalah calon yang dikenali, mesra rakyat, banyak jasa ,anak tempatan yang menjadi hero di kampung sendiri, Bagan Pinang

3. Kerja kuat, teratur semua jentera UMNO & BN dengan p[impinan TPM / MB / TS Isa / jentera tempatan / jentera angkat / jentera sayap dan lain-lain.

4. Gelagat buruk gerombolan pembangkang bermula pada hari penamaan calun hingga jam 5 petang tadi tidak diterima oleh sesiapa pun.

5. Pasukan tentera / undi pos yang berterima kasih atas segala kebajikan & menafaat yang diperolehi dalam Angkatan Tentera Malaysia termasuk pengumuman bandar Port Dickson menjadi Bandar Tentera oleh Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia menerima kemenangan dengan rasa syukur, tanpa sombong dan bongkak & dengan tawaduk akan meneruskan khidmat untuk rakyat.

(Kenyataan Rasmi YBD Ahmad b. Maslan - Ketua Penerangan UMNO Malaysia)


Read More

Keputusan tidak rasmi: BN menang dengan majoriti 5,435

11/10/2009 7:44pm


PORT DICKSON 11 Okt. - Keputusan tidak rasmi: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menang pada pilihan kecil DUN Bagan Pinang dengan memperoleh 5,435 undi.

Mohd. Isa memperoleh 8,013 undi manakala calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar memperoleh 2,578 undi.


Read More

Isa Samad peroleh 6,761 undi setakat ini!

PORT DICKSON 11 Okt. - Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sedang mendahului dengan majoriti 4,747 undi pada proses pengiraan undi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Sehingga proses pengiraan dihentikan sementara untuk sembahyang Maghrib, BN mendapat 6,761 undi manakala Pas mendapat 2,014 undi. Perbezaan undi 54.1 peratus. - Utusan


Read More

KEMENANGAN LUAR BIASA BN DIBAGAN PINANG???

BN MENANG BESAR DIBAGAN PINANG

Posted by Detguaq Sunday, October 11, 2009


ALHAMDULILLAH!!!

Sehingga saat ini bertalu-talu sms masuk untuk memaklumkan keputusan tidak rasmi mengenai kemenangan besar BN. Ada yang memberitahu secara rambang bahawa kemenangan kali ini adalah kemenangan besar. Manakala ada yang memberi secara bernombor. Ada yang sebut majoriti melebihi 4000 undi. Ada yang mendakwa sudah melebihi 5000 undi. Namun bagi Peti Undi Teluk Kemang, aku dimaklumkan undi BN adalah 1,109 manakala undi PAS hanya 563. Maklumat ini adalah dari bilik undi Teluk Kemang. Bermakna majoriti untuk peti undi ini bertambah lebih dari 500 undi berbanding hanya 50 undi pada PRU 12 yang lepas.

Lain-lain maklumat akan aku siarkan berperingkat-peringkat.


**DETGUAQ- PELANTAQ HUJAH.



Read More

BN MENANG DENGAN MEJORITI BESAR!!!!


kEPUTUSAN TIDAK RASMI :

BN menang majoriti 3000 lebih (unofficial)


Read More

Seramai 81.65 peratus keluar mengundi!

PORT DICKSON 11 Okt. - Semua pusat mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah ditutup pada pukul 5 petang dengan 81.65 peratus keluar mengundi. Keseluruhan 11,157 pengundi keluar mengundi.- UM

Proses pengiraan undi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sedang dibuat di lapan pusat peti undi ketika.

Peti undi pertama tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), di sini dijangka akan tiba pada bila-bila masa.

Semua proses pembuangan undi berakhir pukul 5 petang selepas kelapan-lapan pusat pengundian ditutup.


Read More

MILITAN PAS MENGANAS DI BAGAN PINANG


Read More

Militan PAS bertindak liar di Telok Kemang...








Read More

NIZAR KUDIK: PAS KENA ANGIN AHMAR DI BGN PINANG

Pas di Bagan Pinang seolah-olah lumpuh bagaikan terkena angin ahmar. Dr Lo' Lo' telah hilang akal dan strateginya semua tak menjadi.

Terbaru ialah malam tadi Dr Lo Lo telah menyebarkan khabar angin kononnya hasil bantahan Salehudin Ayub PRK Bagan Pinang di tunda ke 13 Otober 2009 Selasa depan. Ini dilakukan dalam kempen rumah ke rumah di beberapa taman perumahan, terutamanya Taman Intan, PD.

Inilah penipuan saat-saat akhir yang digunakan oleh Dr Penipu, Bahaya sungguh doktor macam ni. TM menasihat kepada ahli Pas jangan jangan lah pergi ke klinik doktor penipu ini ,takut dia bagi salah ubat. Dr Lo Lo adalah doktor perubatan, yang sekarang ini tahap 4 dalam perubatan ongkology. Dah tahap tu banyak-banyak lah bertaubat , usah ler bawa cerita merepek-repek.

Wahai muslimut Pas Wilayah Persukutuan, Ape ke hee nyer. boss mikemer...macam itu ker seorang pemimpin muslimat Islam.







Read More

Sekitar Peti Undi Bagan Pinang


update 9.10am:Peti Undi Bagan Pinang,keadaan hujan .






Read More

Sekitar Peti Undi Telok Kemang







Read More

Bagan Pinang dan kisah mahu menang...

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Isa Samad atau Zulkefly Mohd. Omar (Pas), siapakah yang akan menjadi pilihan pengundi pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan?

Penentuan mengenainya akan diketahui malam ini. Berdasarkan banyak maklum balas dan melalui pengamatan Awang meninjau beberapa hari kempen pilihan raya kecil itu, tidak sukar meramalkan keputusannya.

Di atas kertas bekas Menteri Besar itu dijangka menang. Ternyata sambutan para pengundi semua kaum terhadap Isa jauh lebih baik di sebalik tekanan, provokasi dan pelbagai manipulasi pembangkang.

Pembawaan beliau yang sentiasa merendah diri, ceria dan tidak melatah dalam menghadapi serangan pembangkang, mencerahkan lagi peluang.

Selain itu, populariti beliau di kalangan penduduk Port Dickson dan faktor jentera BN pimpinan Muhyiddin Yassin yang bekerja keras dan lebih teratur, dijangka memberi kelebihan.

Persoalannya bertambahkah majoriti undi BN? Awang percaya peluang BN cukup cerah lebih-lebih lagi jika peratusan keluar mengundi adalah tinggi. Tetapi kemungkinan majoriti undi BN merosot juga tidak boleh ditolak seandainya manipulasi pembangkang pada saat-saat akhir akan memberi impak kepada pengundi. Dengan menyedari BN mempunyai kelebihan, strategi pembangkang ialah mengurangkan peratusan keluar mengundi terutama di kawasan ramai penyokong BN.

Maka tidak hairanlah jika beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai taktik dan muslihat dilakukan bagi mewujudkan suasana tegang yang akhirnya menakutkan pengundi untuk keluar mengundi. Berjayakah strategi itu? Awang yakin para pengundi di Bagan Pinang tidak mudah terperangkap muslihat sedemikian.

Pada Awang, keputusan pilihan raya adalah suatu hal tetapi tingkah laku parti yang bertanding, juga suatu hal yang perlu dinilai. Sampai bila masyarakat terpaksa dihadapkan dengan insiden keganasan ketika penamaan calon dan memaki hamun serta pelbagai fitnah semasa kempen, yang mencerminkan kerendahan budaya politik.

Hanya kerana mahu menang, pemimpin bukan Islam PKR sewenang-wenangnya mempergunakan ayat al-Quran. Kerana mahu menang juga, pemimpin parti berlabel Islam merelakan diri hadir majlis ceramah yang dihidangkan arak untuk hadirin bukan Islam.

Lebih dahsyat, disebabkan ghairah mahu menang, Pas sanggup melancarkan jihad bertujuan memprovokasi penyokongnya supaya bertindak agresif. Awang geleng kepala kerana begitu mudah sekali konsep jihad disalahgunakan.

Begitu juga dengan tabiat menabur janji -janji kosong oleh seorang pemimpin utama pembangkang. Setakat ini tiada satu pun janjinya sejak pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil lalu, ditunaikan. Senaraikan semua janji yang dibuat termasuk di negeri yang pembangkang menang dan kira berapa yang dilaksanakan, jawapannya pasti mengejutkan.

Banyak lagi petunjuk budaya politik yang membimbangkan dan kesemua itu mesti dihentikan. Para pengundi di Bagan Pinang mempunyai peluang terbaik untuk berbuat demikian dalam mencorakkan semula budaya politik yang lebih sihat dan selamat untuk masa depan rakyat. Kemenangan sebenar ialah apabila kita memperlihatkan keyakinan menolak ekstremisme. - Utusan


Read More

Jangan timbulkan ketegangan pada hari mengundi - Muhyiddin

PORT DICKSON 10 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua penyokong parti sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Pas menghormati undang-undang negara ketika proses pembuangan undi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang esok.

Timbalan Perdana Menteri meminta para penyokong kedua-dua parti bertanding tidak menimbulkan huru-hara atau ketakutan kepada pengundi.

''Saya beri jaminan di kalangan jentera kita di peringkat BN, kita akan patuh dengan arahan pihak berkuasa keselamatan. Itu jaminan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan 1Malaysia di Pantai Batu 3, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, BN tidak akan memulakan sebarang provokasi yang mampu menjejaskan keselamatan sepanjang pilihan raya kecil ini berlangsung.

''Jaminan ini penting supaya pengundi rasa selamat, lebih-lebih lagi selepas mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kini tersebar luas. Khabarnya Pas bawa kabilah untuk menyokong usaha mereka supaya menimbulkan ketegangan," jelasnya.

Beliau turut berharap pengundi di Bagan Pinang membuat pilihan bijak dan boleh membezakan antara yang betul dan salah.

Mengenai hari mengundi esok, Muhyiddin meminta semua jentera parti memastikan pengundi di kawasan masing-masing keluar awal pagi.

''Walaupun kempen tidak berlaku tetapi urusan untuk memastikan proses pengundian berjalan esok adalah sesuatu yang paling mustahak. Kita hendak pastikan seramai mungkin pengundi di Bagan Pinang ini keluar mengundi esok.

''Jentera yang disediakan di peringkat parti sudah lengkap dan mereka sedia memberikan bantuan dan membawa pengundi di tempat pembuangan undi.

''Apa sahaja keperluan mereka, akan kita sediakan untuk memudahkan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya. - Utusan


Read More

Keselamatan pengundi terjamin

PORT DICKSON 10 Okt. - Pengundi di Bagan Pinang diminta keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu esok tanpa perlu ada rasa takut dan bimbang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak berkuasa terutama polis akan melakukan pemantauan bagi memastikan keselamatan pengundi terjamin.

Katanya, polis juga akan melakukan pemantauan secara dekat beberapa lokasi mengundi yang dikenal pasti.

"Yang penting rakyat di Bagan Pinang dapat memenuhi tanggungjawab mereka sebagai pengundi dengan rasa selamat dan dalam keadaan selesa tanpa digugat oleh mana-mana pihak.

''Ini merupakan satu tanggungjawab yang telah diletakkan ke atas bahu pihak polis. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga akan memainkan peranan mereka. Saya memang tegas tentang pekara ini dan saya sendiri juga akan turut memantau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Kompleks Sukan Rakan Muda, Teluk Kemang di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, peraih undi serta penyokong kedua-dua belah parti dilarang sama sekali untuk berkumpul di kawasan mengundi bagi mengelakkan sebarang pertembungan.

''Perkara ini telah dipersetujui bersama dengan pihak SPR bahawa penyokong kedua-dua belah pihak tidak dibenarkan untuk berkumpul di depan tempat undi sejak di Manek Urai lagi.

''Itu akan kita tekankan kerana di situlah mungkin boleh menjadi pertembungan antara peraih undi. Ini bagi mengatasi berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini pada hari mengundi," kata beliau.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan dakwaan Pemuda Pas dicederakan beberapa hari lalu serta penyebaran khimat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur provokasi, beliau berkata, semua itu adalah satu pembohongan ekoran tiada laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan tersebut.

''Sekiranya pekara itu benar sejak awal lagi mereka telah membuat laporan polis, namun saya difahamkan sehingga hari ini tiada siapa yang tampil untuk memberikan keterangan dan laporan dibuat.

''Ini menunjukkan insiden itu tidak berlaku. Ingin saya nyatakan kalau susah sangat, saya sendiri boleh bawa mereka buat laporan polis," katanya yang turut mempersoalkan motif penyebaran tuduhan itu. - Utusan


Read More

Nyahkan PAS dari Bagan Pinang


Read More

PAS GANAS!!!!!!


Read More

MILITAN-MILITAN BUAS

Melihat aksi mereka menyebabkan kita perlu berfikir hala tuju poltik yang sebenarnya diMalaysia. Patutkah perkara ini dibiarkan? Mana perginya adat dan tatasusila Melayu dan ketimuran kita? Apakah budaya politik yang mahu mereka terapkan?

Untungkah jika 'atmosphere' ini berterusan?..............

Gambar-gambar kebuasan mereka dapat anda hayati disini


Read More

PETUGAS UMNO DIPUKUL OLEH SAMSENG PAS

Sungguh meneyedihkan bila kempen yang sepatutnya berjalan dengan aman kini dicemari oleh insiden-insiden yang sengaja dirancang dan dicetuskan oleh mereka yang tidak berani betarung secara 'gentleman'. Sila saksikan gambar-gambar ini


Read More

MILITAN HIJAU BERTINDAK GANAS DI BAGAN PINANG



Read More

PAS FOR ALL PART 4

Anda boleh jengah disini.

Anda tentu boleh menilai sendiri kemana halatuju PAS jika mereka dapat menguasai politik dan seterusnya kerajaan. Tetapi boleh ke? Secara logiknya mereka tidak pernah meletakkan calon mereka diseluruh negara dan secara logiknya mereka sehingga kini terpaksa berpaut kepada parti-parti yang tidak sehaluan pendekatan dan ideologi politik merekA. NA'UZUBILLAH!!!!!


Read More

PAS FOR ALL PART 3

Anda boleh jenguk disini


Read More

PAS FOR ALL PART 2

Anda boleh lihat disini


Read More

PAS FOR ALL PART 1

Sila lawati disini


Read More

Petugas BN dipukul Melitan PAS








Read More

Gempar 150 ahli PKR sertai Barisan Nasional







150 ahli PKR sertai Barisan Nasional, 3 Cawangan Dibubarkan...



Read More

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP