Wednesday, 7 October 2009

Kenyataan Akhbar Dato' A Rahman Hassan : Pihak Pas Cuba Memfitnah Lagi



KENYATAAN AKHBAR

DATO’ A RAHMAN HASSAN


Saya ingin merujuk kepada WARTA BAGAN PINANG 3 terbitan Pakatan Rakyat di muka 2 yang di antaranya memaparkan gambar saya dengan tajukArtis turut bersama-sama himpunan PAKATAN RAKYAT”

Saya ingin menafikan dakwaan tersebut. Sebenarnya gambar itu diambil semasa saya, Dr Ismail Bakar dan Hj Ishak Abdullah, sedang dalam perjalanan menuju ke Dewan Penamaan Calun pada pagi 3hb Oktober baru-baru ini. Ramai peminat dan kenalan saya mengambil gambar bersama tetapi tidak menyangka gambar saya akan digunakan seperti ini yang amat mengelirukan. Saya amat terkejut bila diberitahu oleh sahabat saya bahawa gambar saya telah disalahgunakan oleh Pakatan Rakyat. Saya adalah ahli UMNO (No Ahli: 00007475) sejak awal lagi dan setakat ini belum pernah berhasrat untuk meninggalkannya kerana jasa-jasa UMNO yang terlalu banyak khususnya dalam menyelamatkan Bangsa, Agama dan Negara. UMNO juga talah memertabatkan Malaysia sehingga diiktiraf segbagai Negara contoh di kalangan Negara-Negara Islam.

Walaupun Negara ini sebuah Negara demokrasi di mana rakyatnya adalah bebas untuk memilih dan menyertai mana-mana parti politik, tapi saya telah memilih untuk menyertai dan menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Namun demikian saya tidak pula membenci atau memusuhi sesiapa sahaja yang berpendirian berbeza. Sebagai anak seni saya berpegang teguh kepada konsep ‘SENI UNTUK MASYARAKAT’.

3 comments:

PUTERA UMNO KUALA PILAH 7 October 2009 at 18:34  

Tak apalah Dato', kita faham. Kalau Dato' mengaku sokong PR, alamatnya miss soru memanjanglah. Zaman skrg ni kta byk belajar jadi lidah bercadang. Apa nak buat, dah nak hidup.

MAN5958 7 October 2009 at 19:40  

Wahai masyarakatku sekalian....

Soalan yang diajukan

1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....

2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....

3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?

4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?

5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?

6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah

1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor

Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.

Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.

Anonymous 7 October 2009 at 22:08  

Saudara MAN5958,
Saya cuma ingin ulas 2 soalan sdr.

Soalan 1 sdr amat merbahaya. Atas apa alasan sekalipun kita tidak boleh menghalalkan rasuah. kita perlu menghayati khutbah dari mimbar Masjid Negara jumaat lepas betapa pengamal rasuah merupakan pengkhianat negara. tidak ada kompromi dengan rasuah. Hadis nabi berulang2 dibaca: Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua2nya dalam neraka.

Soalan 6 juga boleh ditanya seperti berikut: di mana pengasas ulung Umno, Dato' Onn Jaafar dan juga Tunku Abdul Rahman di akhir hayat mereka?


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP