Friday, 9 October 2009

Pas lancar perang psikologi

PORT DICKSON 8 Okt. - Terdesak dengan kempen dan ceramah yang tidak mendapat sambutan, Pas hari ini melancarkan perang psikologi apabila mendakwa pasukan 'ala komando' Pergerakan Pemuda UMNO menyerang markas induk Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini.

Pasukan itu kononnya dikatakan telah menyerang markas Pas itu pada pukul 3.30 pagi ini termasuk menyerang ahli pemuda parti itu dengan pedang Samurai dan batang besi.

Naib Presiden yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Pas,

Salehuddin Ayub mendakwa, itu merupakan tindakan UMNO untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu dengan menggunakan kekerasan termasuk membabitkan khidmat samseng.

Selain itu beliau mendakwa terdapat beberapa insiden pergaduhan di samping kejadian mengepung markas pembangkang yang didakwa dilakukan oleh Pemuda UMNO.

"Setidak-tidaknya ada tiga markas Pas termasuk markas induk diserang oleh pasukan 'ala komando' oleh Pemuda UMNO pada pukul 3.30 pagi tadi. Niat mereka datang ke sini adalah cuba untuk mencetuskan huru hara dan provokasi.

"Lebih menyedihkan ada di kalangan ahli Pemuda Pas di serang dengan pedang Samurai dan batang besi dan perkara ini amat menyedihkan hati kami," katanya pada sidang akhbar di markas Pas di sini hari ini.

Untuk itu kata Salehuddin, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis mengenai insiden berkenaan bagi tujuan siasatan.

Bagaimanapun Salehuddin menyifatkan tindakan polis untuk membantu meredakan kedua-dua insiden berkenaan dianggap lembap. - Utusan

10 comments:

Anonymous 9 October 2009 at 08:07  

PAS pun ada kaki rasuah. Macam PKR pun ada kaki bontot. Kan PAS untuk semua.
PASial
PASesat
PASyaitan
PASamseng

Anonymous 9 October 2009 at 09:06  

nak tgu apa Anwar bawak hari ni kat N31. Bom apa agaknya di bawak, atau hanya bawak telo jea...

Anonymous 9 October 2009 at 09:08  

Anwar datang cari pemuda Melayu yang kulti cerah dan tinggi senderhana nak asap dan jampi bontot nak bawa balik jadi bacuh kopi

halim tuah 9 October 2009 at 09:30  

Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.


Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu Sabky Yusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir.

Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung.

"Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson.

Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.


Beliau menegaskan lagi jaminan Pemuda PAS untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika dikenakan tindakan kerana mengundi calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pada Ahad ini.

"Setakat ini, kita terima maklumat, ada tentera yang menerima risalah, yang kita edarkan di sekitar kem, dipanggil dan diambil namanya," jelasnya.

Dengan penuh yakin, Nasrudin berkata, dewan itu kini mampu mengesan sebarang manipulasi undi pos sekiranya berlaku dan tidak akan teragak-agak menyaman pihak yang terbabit.

"Kita kini sejengkal di depan dan sejengkal di belakang," tambahnya.

Pembuangan undi pos, selama tiga hari, bermula pagi ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Kira-kira 2,000 anggota pasukan keselamatan dilaporkan berbuat demikian hari ini (foto fail - pembuangan undi pos pada Mac 2008).

Sebanyak 4,571 tentera termasuk dalam sejumlah besar pemilih pos (4,620 orang) daripada keseluruhan 13,664 yang layak membuang undi di Bagan Pinang.

Zulkefly bersaing dalam pertarungan dua penjuru dengan calon BN Tan Sri Isa Samad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan.

myartch 9 October 2009 at 14:50  

Oh ye ke.... kira rasuah erk bila buat janji macam tu.... tapi itu hari Anwar cakap dapat air free mcm kat Selangor kalau undi pembangkang... apa... itu pun kira rasuah jugaklah ye.... bongok punya worang......

Anonymous 9 October 2009 at 15:06  

eh tu ok lagi...
pas lg hebat..
rasuah dengan syurga..lg hebat..
blam sempat amal ibadat dihisab dia org dah tau sure dapat masuk syurga...kes tu SPRM x nak siasat ker?

myartch 9 October 2009 at 15:16  

A'a.... SPRM sepatutnya siasat PAS ni.... mana aci janji Syurga... itu macam kwn kita si Ah Chong sama itu Sivaraju bley masuk Syurga jugaklah..... wah... bertuah penduduk estet Sua Betong... kompom masuk syurga... tapi diaorg nak ke masuk syurga Islam...?

Anonymous 9 October 2009 at 15:22  

kau nie myartch,kalau dia blh buat fatwa mcm tu maksudnya dia tu dah taraf2 wali lah...
syurga hanya ada 1...
ahli pas yang islam adalah 500 000 org (katakanlah),so banyak lg space kosong,so yang selebihnya tu dia nak spare kan untuk org dap dan keadilan..untung dia org kan..

BoTak 9 October 2009 at 15:40  

ekau ni biar boto halim.. mano bondo e? den tggu sampai kosudah xgak ado rakaman e..
ekau ni asyik tabur fintah yo.. tak takut Tuhan ko?

http://tomok123.blogspot.com/2009/10/si-kebal-yang-ghaib.html

myartch 9 October 2009 at 16:08  

itulah pe'el PAS ni BoTak.... byk sgt berguru ngan si ANWAR...


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP