Pas Bagan Pinang: Syarikat-syarikat Kepunyaan Zulkefly Omar
Maklumat ni den dapek dari sumber-sumber rasmi.
Calun PAS, Zulkefly Omar punya saham dalam syarikat ALLMAX PENINSULA SDN BHD dan Pengarah syarikat L&R ENTERPRISE SDN BHD serta MARCO GOODWILL SDN BHD. Jumlah pemilikan dalam satu-satu syarikat berjumlah RM15,000, RM499,000 dan RM700,000.
Buat setakat ini, syarikat tidak aktif.
Apo yang nak diniago dek Zul? Apo yang tak jadi diniago? Kalau tak aktif, apo yang ado dalam compeni? Cash ko?
Apo yang dimasukkan sebagai jumlah pemilikan? Ikut harga par, adakah nilai pelaburan Zul sampai berjumlah total RM1,214,000? Banyak tu.
Kalau bukan harga par sesaham, berapo nilai sebeno? Lebih atau kurang. Kalau kurang, kesianlah. Kalau lebih, syukur Alhamdulillah. Ado Melayu kayo.
Maaf kami sibuk pasal harta peribadi Zul. Kalau PAS sibuk pasal Isa Samad, kami kenalah sibuk juga. Kami pun belajar dari PAS pasal hal-hal ketelusan ... hehehe.
Nak tanyo ekau jugo, kalau Zul ado butir-butir harta. Kami bukan apo, cuak tengok orang PAS pakai kereto bosa-bosa. Baru memerintah sekojap dah bosa2 kereta orang PAS. Dato Ahmad Awang yang dulu bankrup dah dalam sekejap Ngeh dan Nga memerintah Perak sudah kayo dan pakai Mercedes. Katonyo Cino boghi.
Ketelusan jugo boleh selamatkan PAS ...
3 comments:
PAS pun dah kaya. Ahli PAS dah pakai Merc, BMW, Murano dan pakaian pun buatan khas gunakan jahitan tangan. Lihatlah semasa pilhanraya, ahli PAS bukan datang dengan bas dan tinggal pun di hotel tepi pantai. Jadi tak hairan ahli PAS merasa dan menikmati kekayaan perjuangan BN selama ini. Siapa untung? Siapa rugi kalau undi PAS?
Jngn terlalu emosional... just fikirlah apa yang dah berlaku.. jngn terlalu taksub pada PAS,PKR dan DAP. Aku dulu adalah pengikut sentiasa DSAI tetapi bnyk agenda yang tak boleh aku terima pakai demi untuk PR yang idea dari saudara Anwar Ibrahim. Terlalu bahaya. Aku juga yg membawa PKR kuat satu ketika di DUN Bemban ,Melaka dimana saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dilahirkan di Kampung Kesang Tua.(Sam). Allhamdullilah aku sedar cepat demi aku ingin memperjuangkan bangsa dan agama aku. Percayalah dlm PR, penyokong PR akan memberi kelebihan kepada MT DAP dan PKR saja. PAS jngn bermimpi untuk memegang apa2 portfolio yg penting di setiap jajahan PR(PKR,PAS dan DAP) kecuali Saudara Anwar tidak dapat mengganggu-gugat Kelantan dan Kedah disbbkan PAS terlalu ramai di DUN.
Aku tidak menyalahkan org PAS tetapi aku pelik kenapa pemimpin PAS masih tidak dapat memikir apa kehendak sebenarnya Anwar Ibrahim.
Pengikut PAS jngn emosional berfikirlah apa yang berlaku kepada saudara islam kita di Selangor, Penang dan Perak satu ketika.
Dan pengikut PAS jngn terkejut jika PAS Selangor akan keluar dr Pakatan Rakyat. Jngnlah kita membenarkan agama kita dihina dan dicaci seperti mana yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Pertahankanlah jngn kita mudah diperkotak-katikkan demi mencapai agenda saudara Anwar Ibrahim yng bercita-cita menjadi P.M. Berfikirlah seperti Saudara Azman Ketua Pemuda PAS Gombak dan Datuk Dr Hassan Ali. Waallahuallam....
mengapa kita perlu mengikut rentak irama PAS,Pls la JGN SENTUH SOAL PRIBADI calun.kita punya maruah.
Post a Comment