PRK N31: Buku bertemu ruas
1. Pepatah orang lama menyebut, "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak".
2. Kepada orang luar terutama penyokong komplot pembangkang yang datang ke Bagan Pinang, JANGAN SESEKALI BAWA BUDAYA SAMSENG ANDA KE TEMPAT KAMI!
3. Mungkin dalam siri PRK sebelum ni sama ada di Kelantan, Terengganu, Penang, komplot pembangkang boleh buat provokasi tanpa tindakan dari pihak BN.
4. Tapi silap besarlah di Negeri Sembilan.
5. Kepada Badrul gumuk pendek, jangan memfitnah dan buat tuduhan sesuka hati seperti orang tiada agama.
6. Ayat beramaran Badrul gumuk pendek, "Jangan salah cuba, jangan jolok sarang tebuan"...maka kami nak pulangkan kembali ayat yang sama dengan sedikit tambahan, "Dah lama hidup?"
7. Semua orang tahu bahawa komplot pembangkang sering memulakan provokasi dengan tujuan supaya polis terpaksa mengambil tindakan.
8. Apabila polis terpaksa bertindak, maka polis akan dituduh sebagai zalim dan kejam.
9. Maka bergentayangan berita di seluruh dunia yang kononnya menggambarkan betapa zalimnya kerajaan Malaysia.
10. Siapa yang ajar semua ini, mestilah Brader Anwar Bin Ibrahim.
11. Kenapa Rahim Noor tumbuk dia? Sebab dicarutnya Rahim Noor sebagai babi, anjing, puk****, etc.
12. Siapa yang mulakan provokasi?
13. Sekiranya anda ditekan secara melampau, adakah anda akan berdiam diri?
14. Sabar manusia ada batasnya.
15. Kalau datang cara baik, akan dilayan cara baik.
16. Negeri beradat ni banyak pantang larangnya.
17. Jangan nak buat drama teater sandiwara songsang komplot pembangkang di sini.
18. Tapi kalau berhajat juga nak tahu betapa hebatnya ruas, dipersilakan mencuba...
(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)
1 comments:
Amboi! inilah orang UMNO (bukan bn sebab orang MCA dan MIC tak macam tu), dia yang buat dia kata orang buat, Tak mengapa lah sebab Orang UMNO bukan tahu apa, mereka dilalaikan dengan sedikit keseronokan membuat mereka jahil politik. Insya Allah bila mereka sedar nanti yakni bila bertemu dengan kebenaran dan keadilan mereka akan tringat kejahilan silam dan menyesalinya. Ingatlah peristiwa ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Taif, apabila baginda dikasari dan malaikat menawarkan untuk menghancurkan Taif lalu Rasulullah menghalangnya dengan kata-kata mereka (yakni orang Taif) tidak tahu. Orang UMNO ini sama lah dengan Orang Taif itu. Mana tahu keturunan merekalah nanti akan menjadi pendukung kuat Islam. undilah PAS.
Post a Comment