Peniaga Yakin Isa mampu perjuangkan nasib dan masa depan mereka
|
|
PORT DICKSON 6 Okt. - Para peniaga di Pasar Teluk Kemang di sini yakin hanya calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mampu memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.
Menurut mereka, di sebalik kemajuan dan pembangunan yang dikecapi penduduk di sini, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian terutama oleh wakil rakyat yang dipilih.
Fatimah Lassim, 58, yang telah berniaga di situ sejak lebih 30 tahun lalu berkata, banyak yang perlu diperbaiki di pasar ini lebih-lebih lagi soal menaik taraf tempat berniaga.
''Ruang niaga di sini sudah uzur dan banyak yang rosak. Saya berharap, ini mendapat perhatian kerajaan segera untuk memberi wajah baru kepada Pasar Teluk Kemang ini," katanya.
Dia yang nyata gembira dengan kehadiran Mohd. Isa turut mempelawa calon BN ini duduk seketika digerainya yang menjual nasi lemak dan kuih muih, sambil mengadu mengenai masalah yang dihadapinya sejak sekian lama.
''Tong sampah diletakkan terlalu dekat dengan gerai saya. Orang nak makan pun tak selesa. Kalau boleh, alihkanlah.
''Lagi satu, kalau dah jadi wakil rakyat, jangan lupa jenguk kami di pasar ini. Selalulah turun padang," katanya kepada Mohd. Isa sambil disambut penuh keriangan peniaga di situ.
Kata Fatimah, longkang yang berlubang juga perlukan perhatian kerajaan untuk dibaiki segera.
Sementara itu, Kamal Hisham Md. Nor, 35, penjual santan dan kelapa parut di situ sejak beberapa tahun lalu berkata, pasar itu sudah terlalu lama dan sampai masanya untuk didirikan bangunan yang lebih selesa.
Kata Kamal, kalau hujan lebat, tempat dia berniaga itu akan dimasuki air, longkang tersumbat dan ada ketikanya bekalan elektrik terganggu.
Peniaga ikan, Kang Ah Kau, 63, dan isterinya, Yoke Choo, 60, memberitahu dia berniaga di situ sejak 20 tahun lalu dan gembira dengan perhatian yang diberikan kerajaan.
''Memanglah ruang dalam pasar kecil dan sempit, tetapi saya percaya ia akan diberi perhatian.
''Kalau boleh sediakan ruang letak kereta lebih luas, tidaklah terlalu rapat dengan gerai," kata Ah Kau.
Isterinya pula ketika ditanya adakah mengenali calon BN, Yoke Choo berkata, dia mengenali Mohd. Isa sebagai bekas Menteri Besar.
''Dia baik dan mesra kepada semua. Kami kenal dia sebagai pemimpin berkebolehan," kata Yoke Choo.
Dalam pada itu, Mohd. Isa yang ditemui pemberita menjelaskan, masalah yang dibangkit oleh peniaga di pasar itu tentunya mendapat perhatian pihak berkuasa.
''Pasar ini sudah lama, tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk membaiki kerosakan," katanya.
Pasar Teluk Kemang menempatkan lebih 40 gerai yang menjual ikan, ayam, daging, sayur, kedai runcit serta gerai makan dan telah dibina kira-kira 30 tahun lalu. - Utusan
3 comments:
Sekiranya peniaga mengalami pengertian bersyukur dah tentu meraka akan undi BN. Di P Penang, peniaga Ramadhan di halau walaupun bertahun tahun berniaga di tempat yang sama. Kerana kehendak DAP, tempat peniaga yang maju & laris jualan boleh di ambil alih oleh DAP untuk kaum walaupun kita dah berniaga bertahun tahun. Awaslah muslihat PAS boneka kepada DAP
peniaga lain sya x tahu..tp kontraktor dun bagan pinang mmg telah di anak tirikan.Biasanya masa pilihanraya kecil ini lah banyak projek yg di turunkan,hakikatnya mmg lah begitu..tetapi senario sekarang, yang bergasak kerja pilihanraya bukanlah kontraktor dun bagan pinang,tp kontraktor di luar dun bagan pinang.Kontraktor dun bagan pinang dapatlah yang berharga rm20k tapi kontraktor luar mencecah maksimum sehingga rm200k... kalau ikut jumlah 'konsortium' (kononlah)mereka,lebih rm 1 juta....APA CITER?SAPA YG NAK MENGUNDI NIE?ORANG BAGAN PINANG KER ORG LUAR?
Tepuk dada tya selera...
Wahai masyarakatku sekalian....
Soalan yang diajukan
1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....
2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....
3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?
4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?
5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?
6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah
1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor
Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.
Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.
Post a Comment