Wednesday, 7 October 2009

EKSKLUSIF: Krisis Dalaman Pas Terbongkar

Masih ingat dengan Mohd Khairul Azam? Alah...Presiden GGMM yang pernah mengemparkan Malaysia dengan membuat permohonan masuk syurga...ops...masuk Pas tu. La ni dia bukan Presiden GGMM lagi dah. Tak tau la kenapa dia lotak jawatan. Mungkin sobab dio nak luangkan lebih banyak maso beramal ibadat supaya dapat jadi ahli syurga kot. Lagipun Pas kan dah reject permohonan dia untuk jadi ahli parti depa. Jadi kena la dia cari jalan lain untuk menuju ke syurga.

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Setiausaha Agong Pas, Mustapa Ali pernah menolak permohonan Mohd Khairul Azam untuk menjadi ahli syurga...isk...silap lagi...menjadi ahli Pas. Kalau tak ingat, klik la sini dan sinun. Namun pada 3 Oktober 2009 (malam Sabtu lepas), Khairul Azam telah berjumpa sendiri dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang ketika itu baru selesai berkempen di Ladang Siliau, Bagan Pinang; untuk mengadu dengan Presiden Pas itu mengenai permohonannya yang telah direject oleh Mustapa Ali sebelum ini. Tengok gambar kat bawah (kredit untuk minaq_jinggo).
















Semasa pertemuan itu...jeng...jeng...jeng...(ikut macam filem seram P.Ramlee), Hadi Awang dilaporkan bersetuju menerima permohonan Mohd Khairul Azam untuk menjadi ahli Pas. Apo? Setuju? Biar botul? Ni yang den tak pueh hati ni. Sah-sah la si Azam ni nanti confirm masuk syurga. Habih den ni camno? Den pun nak gak masuk syurga Pas tu.

Tapi kan..den ado sikit musykil la. Sebolum ni Mustapa Ali reject borang si Azam ni untuk jadi ahli Pas. Tapi bila Azam berjumpa sendiri dengan Hadi Awang, permohonan dia diterima pulak oleh Presiden Pas tu.

Ish...ish...poning den. Setiausaha Agong reject permohonan, tapi Presiden pulak boleh terimo. Apo crito ni? Hadi dengan Mustapa ni dah tak sehaluan ko? Ke ado krisis yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum antara Presiden dengan Setiausaha Agong Pas? Mosti ado yang cubo disorokkan oleh puak-puak Pas. Kena bongkar copek krisis dalaman Pas nih. Presiden dan Setiausaha Agong Pas ibarat retak menanti belah...blah la dari Bagan Pinang. Jom blah.....

(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)

5 comments:

Anonymous 7 October 2009 at 09:24  

Ada kata mutiara oleh ahli PAS kepada saya walaupun kamu tak bersama Allah swt tetapi kamu bersama PAS akan masuk syurga. Tak bersama Allah swt bermaksud tak melakukan kerja kerja Allah swt pun boleh masuk syurga. Bermakna sesiapa mengikut PAS termasuk kaki bontot, samseng, pelacur Eli, ahli DAP akan masuk syurga. Jadi isi borang PAS jadi ahli PAS akan masuk syurga. Syurga sekarang boleh di manipulasi oleh PAS begitu rupa hingga Gobala pun boleh masuk syurga kerana berceramah diatas pentas PAS.

Anonymous 7 October 2009 at 10:18  

aku pun terpanggil nak tulis sikit , cerito lamo cirito dulu dulu kononnya kito orang melayu kalu makan dengan cop stick kapir. bilo den poi ke Beijing ramai cino muslim makan pakai cop stick tak lak kapir. Ini cerito membodohkan orang yo.Sekarang pas bila dah berkawan dengan DAP camno lak tontu sesekali makan pakai chop stick mesti dio kato buleh. Jadi kapir ko tidak tersorah kito.Kito jadi orang boriman tu baru betol jadilah orang Alif Mim Nun Wou.

CUPING MERAH 7 October 2009 at 10:35  

LOYAR BURUK PUNYA PENGOMEN...

ORANG ISLAM HINA ISLAM TAK LAYAK MASUK PAS..

Anonymous 7 October 2009 at 10:55  

Cuping Merah, rugi masuk PAS. Sekarang PAS pun dah untung dengan menikmati kejayaan BN pemeritahan negara selama 52 tahun. Apa lagi hendak? Alami pengertian bersyukur!!

Pemuda Jasin 7 October 2009 at 11:13  

Jngn terlalu emosional... just fikirlah apa yang dah berlaku.. jngn terlalu taksub pada PAS,PKR dan DAP. Aku dulu adalah pengikut sentiasa DSAI tetapi bnyk agenda yang tak boleh aku terima pakai demi untuk PR yang idea dari saudara Anwar Ibrahim. Terlalu bahaya. Aku juga yg membawa PKR kuat satu ketika di DUN Bemban ,Melaka dimana saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dilahirkan di Kampung Kesang Tua.(Sam). Allhamdullilah aku sedar cepat demi aku ingin memperjuangkan bangsa dan agama aku. Percayalah dlm PR, penyokong PR akan memberi kelebihan kepada MT DAP dan PKR saja. PAS jngn bermimpi untuk memegang apa2 portfolio yg penting di setiap jajahan PR(PKR,PAS dan DAP) kecuali Saudara Anwar tidak dapat mengganggu-gugat Kelantan dan Kedah disbbkan PAS terlalu ramai di DUN.

Aku tidak menyalahkan org PAS tetapi aku pelik kenapa pemimpin PAS masih tidak dapat memikir apa kehendak sebenarnya Anwar Ibrahim.

Pengikut PAS jngn emosional berfikirlah apa yang berlaku kepada saudara islam kita di Selangor, Penang dan Perak satu ketika.

Dan pengikut PAS jngn terkejut jika PAS Selangor akan keluar dr Pakatan Rakyat. Jngnlah kita membenarkan agama kita dihina dan dicaci seperti mana yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Pertahankanlah jngn kita mudah diperkotak-katikkan demi mencapai agenda saudara Anwar Ibrahim yng bercita-cita menjadi P.M. Berfikirlah seperti Saudara Azman Ketua Pemuda PAS Gombak dan Datuk Dr Hassan Ali. Waallahuallam....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP