Saturday, 10 October 2009

PENTAS PEMUDA!!! BUKTI SOKONGAN MUDA KE BN.









Program pentas pemuda yang sememangnya dinantikan oleh golongan muda dan belia di
Bagan Pinang telah berlangsung di dataran Kemang.Dihadiri lebih seribu orang yang keseluruhannya adalah orang temapatan dan pengundi di Bagan Pinang Ini.
Ceramah di mulakan dengan dari wakil Pemuda dari PPP,MIC,Pemuda BN Sarawak di hangatkan lagi dengan ceramah Dato Razali Ibrahim yang memanaskan pentas Pemuda!!

Yb Khairy juga tidak ketinggalan untuk menyuntik semangat kepada golongan muda agar memilih Barisan Nasional,antara isi kandungan ialah,beliau mencabar Anwar Ibrahim Menyaman Dato S.Nallakarupan kerana menuduh Anwar menerima duit tunai sebanyak RM60 juta dari syarikat Magnum(perjudian).

Ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengamitkan suasana Pentas dengan mendedahkan beberapa kepincangan pembangkang(Pakatan Rakyat)selain itu beliau turut yakin bahawa BN mampu menang dan Insyallah dengan majoriti lebih besar lagi..

Kemuncak ceramah ialah dari calon BN N31 Bagan Pinang Dato Seri Utama Tan Sri Isa Samad,
beliau dengan yakin dan penuh bersemangat menyatakan bahawa pengundi menunjukan tanda-tanda yang positif disepanjang program yang dihadiri dari awal kempen sehingga ke hari ini.Dengan tepuk sorak yang gemuruh disambut dengan gelak tawa Tan Sri Isa merungkap serangkap ayat iaitu"sama rata,sama rasa,depan belakang sama sahaja"

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan calon kita serta Ketua Pemuda Umno kita terpaksa melayan mereka yang berebut-rebut mahu bergambar bersama mereka.

3 comments:

Pemburu Syahid 10 October 2009 at 11:28  

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.

1Agenda 10 October 2009 at 12:38  

tahniah bro dan rakan2 pemuda terutama YB KJ. pentas pemuda sungguh membanggakan dan itulah gambaran yg bakal diterjemahkan esok yakni di atas kertas undi...InsyaALLAH BN bukan sahaja Menanh tetapi Menang dengan majoriti lebih besar...AMIN

1Agenda 10 October 2009 at 12:39  

nak buru syahid apa kalau lawan sesam islam as sheikh Pemburu Syahid?


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP