Tuesday, 6 October 2009

Naib Presiden PAS - SA! BEBALISME!

Istilah Bebalisme telah ditafsir dan dihurai secara ilmiah dengan panjang lebar oleh YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam bukunya bertajuk Islam & Sekularisme 1972. Peristilahan ini turut disambut oleh Prof. Di Raja Ungku Abdul Aziz Ungku Ismail dalam pidato dan ucapan sepanjang beliau menjawat Jawatan Naib Canselor Universiti Malaya.

Mauduk pemikiran yang sama jiwa, rentak dan iramanya turut disambut oleh Timbalan Mursyidul Am, PAS Mantan Prof. Dato' Dr. Harun Din semasa beliau bertugas sebagai Ahli Sarjana di UKM, Bangi.

Gamaknya, barisan dan saf pimpinan PAS masih mendewa kepala akliah BEBAL dalam regim dan kohort ilmu mereka yang tampak secara "TERANG dan JELAS" begitu sontot dan dengkek. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub anak Pontian, Johor sibuk mencacai kisah DALAM KELAMBU dan KAIN Angkatan Tentera Malaysia.

Pak Sedaro nak jengkal dan jontik, anak BANGANG Naib Presiden PAS dan angkatan sekongkol denganNYA,...Angkatan Tentera Malaysia mempunyai ketumbukan pemerintahan tentera yang begitu DIHORMATI oleh rakan, teman, sahabat, kawan dan LAWAN. PAT yang baru juga terdahulu daripadanya dalam PIDATO ULUNG Panglima Angkatan Tentera Malaysia dah berhujah dengan panjang lebar akan memacam Agenda yang hendak dimanfaatkan.

Kenapa Salahudin Ayub, jadi JAKUN dan macam BATAK..membising perkara yang ada Jentera Pentadbiran dan Pemerintahan sendiri seperti ATM? Kenapa dia dulu tak masuk askar dan jadi Pegawai Tentera? Kenapa dalam Parlimen Malaysia tak bawa isu-isu ini kepada sidang 222 Ahli Dewan Rakyat yang boleh memutus Apa JUA KEPUTUSAN penting?

Bersembang dan membohong depan Pengundi dan Rakyat yang bukan pengundi, adalah KERJA KUMPULAN DAYUS PAS-PKR-DAP. Tak pernah lekang untuk TUJUAN MANIPULASI...Kisah Betapa KOTOR dan BUSUKnya Wakaf Che Yeh tak solosai? Sungai Kelantan begitu punya sejarah Tok Janggut yang kini sepi dan BUSUK pun belum BERES? Kisah Selangor yang MERAGAM tak habis-habis masih belum BERES? Kisah Pulau Pinang dengan nostalgia dan sketsa POLITIK DAP yang belum ada penyelesainya? Kisah Kedah masih penuh dengan sandiwara...?

Apalagi yang di SIBUK oleh PAS di Bagan Pinang, hanyalah ibarat pepatah Melayu "Melepas Anjing Tersepit".

Kumpulan Banjingan Politik PAS-PKR-DAP sudah makin HAUS, FAKIR dan DAIF. Kalau beriya benar hendak berjuang, Naib Presiden PAS-Salahudin Ayub dan sekutunya di Bagan Pinang..., ajak peminat kalian yang TOTOK di Bagan Pinang menyelami kehidupan sebenar rakyat MISKIN Bagan Pinang, rakyat terpinggir Bagan Pinang, rakyat OKU di Bagan Pinang...

Bukan menjadi LIDAH kepada PAT, PTD, PTL, PTU...mereka tidak perlukan Wadah dan Wasilah POLITIK untuk menyelesai masalah mereka. Pak sedaro teringat posan penerima SP dan PGB RRD dulu, selagi Askar Melayu dan Pasukan Tentera di angkat oleh Raja-Raja Melayu, selagi itulah nafas, denyut nadi dan degup jantung pahlawan dan perajurit ATM akan hidup dengan AMAN dan DAMAI, disaluti pemeliharaan oleh Baginda Tuanku.

Adois...BEBALISME penyakit dan wabak PAS-PKR-DAP.....pergi berus GIGI le.

(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)

8 comments:

GOMO 6 October 2009 at 08:00  

Bebalisme ni sesuai ditujukan pd umno sbb umno ni bebal sgt. Calon yg korup dicalonkan juga. Tak pernah2 belajar sejarah. Dah kemaruk sgt nak menang sampai taik pun sanggup ditatah.

Unknown 6 October 2009 at 08:11  

gomo.... sedap mulut ko jek ckp... insaflah diri... tak semua orang semulia dan sepandai ko.... mmg senang nak kutuk org lain bila perasan diri kita terhebat....

Anonymous 6 October 2009 at 10:23  

memang benar ahli dan penyokong PR perlu mengkaji dan menilai kembali konsep nilai-nilai murni dalam kehidupan. petbuatan dan kepercayaan mereka menjijikkan. orang yang tidak pernah pegang kuasa bila dapat kuasa jadi gila ...itulah yang dihadapi oleh pemimpin dan penyokong PR sekarang ni...entahlah apa nak jadi..tergadailah negara ni nanti. menangis air mata darah pun tak kan dapat kembali kerana kebebalan dalam menilai dan kerakusan mencari kuasa dan harta. itulah PR.

Anonymous 6 October 2009 at 10:28  

bebalisme mmg utk org UMNO...kalau tanah dio sendiri org UMNO ambik pun dio tak kisah...

check bapo banyak tanah org melayu org UMNO kebas dan jual kek cina..ni baru satu kes...

dah 50 tahun perintah, 1Malaysia..check IC,borang KWSP dll..dah takde tulis kategori kaum dah..semuo dek kerano 1Malaysia...pk2kan...pegi check...kalau nak pejuangkan melayu pun pastikan UMNO tu betul2 pejuang melayu..jgn cakap tapi lain dibuatnya...

Lepas baca nie...search dlm Yahoo ko apo..ado tak 1Israel...sendir baca ok...

Anonymous 6 October 2009 at 10:33  

Naib Presiden PAS Salahudin kelulusan peringkat STPM tapi berlagak pandai sampai post Sarjana. Inilah asyik cakap orang lain tak betul tapi kelemahan diri sendiri lupa. Semasa debat debat dengan Nazri Aziz pun tak boleh bentang hujah hujah yang cekap dan tepat. Kalau jadi menteri lagi hancur.

MAN5958 6 October 2009 at 11:53  

Wahai masyarakatku sekalian....

Soalan

1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....

2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....

3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?

4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?

5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?

6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah

1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor

Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.

Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.

Anonymous 6 October 2009 at 13:44  

Meraka ini dah tau siapa sebenarnya Anwar itu lah sebab mereka ini tinggalkan PKR. PAS sahaja yang bebal masih nak sokongan PKR & DAP untuk kedudukan politik. PAS dah tak kira Islam di hina pun, janji ada kuasa politik

aku keliru 7 October 2009 at 01:14  

aku pun dah keliru.dalam pakatan ada dap.dalam umno ada gerakan mca/mic.mana satu mau pangkah ni.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP