Friday, 9 October 2009

BACA PENGAKUAN IKHLAS INI!


Semasa melayari blog sebentar tadi, saya terjumpa satu komen di dalam blog The Antics of Husin Lempoyang, ini adalah pengakuan ikhlas dari seorang hamba Allah, baca di bawah:

Salam.Nak cerita sikit,

Pada tahun 1996 saya ke KL kerana menghantar anak yang ditawarkan belajar disekolah Sri Puteri Tkt. 1,
disitu saya berjumpa TS Isa Samad - masa tu beliau maseh MB Negeri Sembilan - mula2 saya tak berani tegur, biasalah orang kecil berjumpa orang besar.

Kebetulan masa kami didalam Dewan untuk mendengar taklimat, entah macam mana bila saya terpandang TS, beliau senyum kepada saya dan menunjukan dengan tapak tangannya kerusi kosong disebelahnya sebagai isyarat pelawa saya duduk disitu, kami duduk dibarisan belakang sekali.

Dipendekkan cerita, selesai semua, semasa menghantar anak masuk bilik Asrama, beliau TS Isa Samad mengajak saya berborak, ternyata beliau seorang peramah dan suka berjenaka, pendek kata kemesraan kami seolah2 dah kenal bertahun2.

Satu perkara yang maseh saya ingat sehingga kini adalah, beliau merasa mushkil dan kesunyian kerana orang tak mau berkunjong kerumahnaya.

Dlm perjalanan pulang saya men ceritakan kepada isteri akan kebaikan TS Isa, isteri saya sendiri terkejut bila saya katakan tadi tu yang berborak dengan saya adalah MB N.Sembilan.

Pendek kata sehingga hari ini saya maseh ingat akan kebaikan dan kemesraan beliau, jangankan begitu anak2 beliau sendiri mengikut cerita anak saya sangat mesra dengan semua rakan2 dan selalu
membeli makanan untuk dimakan bersama2 rakan2 didewan kantin.

Saya juga ada kawan2 dari Negeri Sembilan, mereka juga mengiakan akan kebaikan TS Isa Samad.

Adalah diharapkan semuga segala kebaikan beliau adalah ikhlas.

Sekian satu kenangan ringkas.

sumber parpukari

4 comments:

Anonymous 10 October 2009 at 00:04  

1. Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa membelanjakan peruntukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat
2. Hampir keseluruhan projek jalan dinegeri Sembilan diperolehi oleh Abang Menteri Besar Negeri Sembilan. Tuduhan dibuat oleh Datuk Ishak.
3. Undi Pos tidak telus, ayah mertuanya sendiri telah berhenti dari tentera selama 6 tahun, sudah memiliki MyKad, tetapi namanya masih ada dalam senarai undi pos
4. Menteri Besar berjanji tidak akan menswastakan air, namun berlaku penswastaan air Negeri Sembilan. Tarif air dinaikkan tetapi perkhidmatan tidak ditingkatkan. Menteri Besar diminta dedahkan salinan konsesi Jabatan Air Negeri Sembilan di swastakan
5. Bekas Exco meluluskan kepada adik beradiknya beberapa keping tanah ’pantai’ Port Dickson. Exco tersebut duduk dalam mesyuarat berkenaan.
6. Menetri Besar Negeri Sembilan menyelewengkan peruntukan untuk rakyat termiskin, untukmembesarkan dapur kediamannya, tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara.6. Perbelanjaan pilihanraya, BN telah menggunakan bajet pilihanraya melebihi peruntukan, sebelum mula pilihanraya, BN telah berbelanja lebih 100,000 untuk menyewa tanah bagi menempatkan ’command centre BN’

7.Perbalahan antara parti Pakatan Rakyat demi untuk meningkat perkhidmatan kepada rakyat, manakala parti-parti komponen BN berbalah kerana merebut pangkat, kuasa dan harta

Anonymous 10 October 2009 at 00:15  

Berita Harian 18 Julai 2009REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.Beliau mewakili penduduk Kampung Waris Tebat, Kampung Chua Hilir dan Kampung Chembong Halt yang tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan berhubung pengambilan tanah adat mereka untuk projek pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion.
Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah."Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru.
Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.Beliau berkata demikian selepas bertemu dan mengemukakan masalah bayaran ganti rugi tidak setimpal yang diterima penduduk kampung yang terbabit dalam projek itu kepada Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail di rumahnya, di sini.Chik Tak mendakwa, penduduk juga kesal dengan cara pihak terbabit dalam projek itu mengambil tanah penduduk yang tidak mengikut prosedur yang betul kerana majoriti penduduk masih belum menerima borang berkaitan proses pengambilan tanah."Kami juga tidak diberi pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambilan tanah dan rumah oleh kerajaan dan pihak berkaitan," dakwanya.Seorang penduduk, Ismail Alias, 67, berkata pihaknya kesal dengan sikap tidak beradab pihak kontraktor yang sudah mula melakukan kerja mencedok tanah di rumahnya tanpa memberi notis pemberitahuan.
"Saya tidak diberitahu kawasan rumah saya turut terbabit dalam projek ini. Sepatutnya, hendak masuk rumah orang, berilah salam dulu. Ini tidak, terus melakukan kerja tanpa bertanya dulu kepada tuan rumah," katanya.Seorang lagi penduduk, Norizan Tamby, 50, berkata sejak mengetahui separuh daripada rumahnya akan diambil untuk projek itu, hampir setiap malam tidurnya tidak lena kerana memikirkan nasibnya.
"Saya juga terpaksa menunda majlis perkahwinan anak saya yang dijadualkan tahun ini ke tahun depan. Siapa yang tidak runsing separuh daripada rumah yang didiami sejak berpuluh tahun lalu akan dirobohkan," katanya.Sementara itu, Ishak berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengemukakan masalah penduduk dan meminta supaya kerja pembinaan landasan itu dihentikan sementara.
"Terdapat banyak masalah yang dihadapi penduduk dan perkara ini tidak boleh di pandang ringan. Jadi, kerajaan perlu menghentikan sementara projek ini sehingga satu penyelesaian adil dan saksama dapat dicari," katanya.
Ini berita dari surat khabar gerombolan bukan Harakah bukan Suara Keadilan. Takkan nak berdalih UMNO. Bukan sikit tanah di N9 yang tergadai ke bangsa asing. Tak kira tanah adat ke tanah kubur ke, asal projek berbillion pasti dikaut dan disondolnya. Mana pergi pejuang Melayu dan pejuang Kepala Lembu..?Malah ada kes Masjid nak dirobohkan pun puaka pejuang Melayu Kepala Lembu ni diam membisu saja. Sebab yakin kerusi Bagan Pinang dalam tangan ke..?
Pasal tu tak ambil kisah.. maklumlah undi Pos saja hampir 5000 apa ada hal dengan Melayu. Yang penting UMNO bila tersepit baru ingat Melayu.. kalau selesa melayu dikutuknya dicampaknya ke tong sampah saja..Ingat apa kata-kata hina pemimpin UMNO pada Orang Melayu masa mereka selesa berkuasa dulu...! Melayu Mudah Lupa..! Melayu Haprak..!Eh..! bila dah tersepit ni baru nak laung hidup Melayu.. ? Bubar lagi baiklah UMNO.. Dulu dah haram ingatkan tubuh yang baru nak buat cara halal lah.. rupanya lagi haram dari UMNO yang diharamkan.. Melayu je kena tipu dengan UMNO baru ni.. Bila masa dia merdekakan Negara.
UMNO baru pun baru tubuh 1988.

Anonymous 10 October 2009 at 00:30  

apabila blog semakin merosot maka beginilah jadinya...taktik yang semakin menjadi bahan ketawa pembaca...

Shuq Immortal 10 October 2009 at 04:27  

apo kau cito ni jang... elok kau tido la...

den ni anak N9 bia nk cito sket pasal mat isa samad ni...

kau baco elok2 ni ha..

http://tomok123.blogspot.com/2009/10/mat-isa-dari-mata-aku.html


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP