Pas kian tertekan – Muhyiddin
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
dan SAIFULIZAM MOHAMAD
PORT DICKSON 7 Okt. – Pas mencari pelbagai alasan termasuk berhasrat mengambil perintah injunksi bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana mereka kini berada dalam keadaan terdesak dan tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, menyedari sokongan rakyat semakin terhakis, Pas kini cuba menimbulkan apa juga isu bagi melambat-lambatkan proses demokrasi yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.
“Saya telah membaca kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu proses pilihan raya itu diteruskan. Saya percaya perkembangan ini berlaku disebabkan Pas berada dalam keadaan tertekan,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat di Ladang Siliau dekat sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Pas, Salehuddin Ayub yang mahu mendapatkan perintah injunksi mahkamah untuk menangguh pilihan raya kecil itu.
Dakwa Salehuddin ia berikutan terdapat pertindihan daftar pemilih di kalangan anggota tentera yang telah bersara tetapi masih lagi tersenarai sebagai pengundi undi pos.
Muhyiddin berkata, beliau tidak hairan dengan tindakan Pas itu kerana dalam keadaan terdesak parti itu sanggup melakukan apa sahaja.
“Inilah pembangkang. Mereka benar-benar tertekan kerana kempen tidak cukup. Mereka perlukan lebih masa untuk berkempen. BN tidak ada masalah walaupun diberi sehari untuk menghadapi pilihan raya. Kita akan melaluinya mengikut peraturan,” katanya. - Utusan
5 comments:
bahagnga kekalahan sudah mula pansa terasa. pas dah tak senang duduk dah jadi udang kena bakar...
Mamat Moohidin Muka Tembok ni aku langsung tak percaya cakap dia. Masa kat Pmtg Pasir beria2 backing calon sipenipu. Alih2 apa yg diceritakan ttg kisah calon sipenipu tu smuanya benar dari songlap duit pelanggan sampailah kahwin dua.
PAS mula dengan isu undi hantu, undi pos, undi dilanjutkan dan lepas ini apa lagi. PAS menggunakan platform Islam untuk menipu dan memanipulasi kepada rakyat. Dah tersepit, PAS akan menuduh kerajaan, SPR, mahkamah, polis, tentera yang ada dalam akal. PAS ada dua split personaliti menggunakan cari keuntungan
Pas nak terdesak per pasal..kalau kalah pun memang pas dah kalah sebelum tu...kalau menang tentulah umno yg terdesak pasal tanda nak wafat dah...
Wahai masyarakatku sekalian....
Soalan yang diajukan
1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....
2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....
3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?
4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?
5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?
6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah
1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor
Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.
Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.
Post a Comment
Post a Comment