Thursday, 10 September 2009

UMNO TELOK KEMANG SUDAH ADA CALON UNTUK PRK DUN BAGAN PINANG

Umno bahagian Telok Kemang sudah mempunyai calon terbaik untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ketua bahagiannya, Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata calon itu mendapat sokongan sebulat suara daripada Umno bahagian.

UMNO Bahagian Telok Kemang juga yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang memandangkan UMNO berada dalam keadaan cukup stabil di kawasan Telok Kemang khususnya di Bagan Pinang.

Tan Sri Mohd. Isa juga berkata, UMNO Bagan Pinang mempunyai 12 cawangan dan kesemua cawangan itu tiada menghadapi masalah besar.

“Saya lihat dari segi semangat, ’mood’ orang UMNO termasuk rakan parti komponen BN begitu tinggi sekali. Saya yakin pilihan raya kecil kali ini menjadi medan BN memulakan momentum kemenangannya.

“Kita ingin menamatkan siri-siri kemenangan yang dibuat oleh pihak pembangkang pada pilihan raya kecil sebelum ini dan kita berharap dapat memulakan pula siri kemenangan bagi pihak BN di pilihan raya kecil kali ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan di Wisma UMNO.

6 comments:

Alfonso2009 10 September 2009 at 21:05  

Salam, nampaknya setiap kali PRK kini isu calon mendominasi pilihan pengundi.Ini menggambarkan pengundi telah meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan wakil mereka dalam sistem demokrasi. Oleh yang demikian, parti-parti yang bertanding untuk PRU akan datang boleh ambil iktibar daripada kecenderungan pengundi selain daripada soal pembangunan dan juga manifesto dan mereka juga bakal bertanya mengenai ekonomi dan kebajikan mereka.

ROSHATIKA 10 September 2009 at 21:36  

Rakyat Malaysia sudah mula matang berpolitik.

YANG GAMBI 10 September 2009 at 22:36  

Tahniah dan syabas kepada masyarakat Bagan Pinang, teruskan perjuanagan anda untuk bangsa dan agama.....

PERTAHANKAN DUN BAGAN PINANG

panglima_sepat 10 September 2009 at 23:24  

salam ziarah..salam 1 malaysia
diharap kita sama2 berkeja keras membantu kemenangan BN disana..
saya akan turut kesana membantu kempen dan akan selalu melihat maklumat terbaru dari blog ni..

SEMOGA KITA BEROLEH KEMENANGAN

PEJUANG CYBER 11 September 2009 at 01:22  

Kalau inilah gambaran yang BN boleh lakukan di Bagan Pinang, nescaya DUN Bagan Pinang tetap menjadi milik BN.

afiq 11 September 2009 at 23:41  

salam..
calon tbaik utk memastikan BN mengekalkan kerusi adun d bagan pinang dgn memilih Tan Sri Isa Samad. dgn usaha sama kerajaan n9 dan yg lain akan membuatkan rakyat yakin..
sebenarnya, d parlimen tkemang, kita(BN) kalah dsebabkan rakyat marah kerana tan sri isa samad tidak dpt btanding sbg ahli parlimen atau ADUN.. as a result, most of the voters did the wrong decision by making the protest votes n gave the votes to the opposition.
dgn adanya peluang sebegini, ini adalah peluang trbaik utk BN memperbetulkan dgn mencalonkan tan sri sbg ahli dewan undangan negeri.
insyaAllah, bn akan tetap memerintah d bumi bagan pinang...
tkasih


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP