SIAPA KATA BN TIDAK BOLEH MENANG DI BAGAN PINANG?
SEBAIK sahaja penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, YB Azman Mohd Noor meninggal dunia, orang ramai sudah sibuk dengan kerja tangan mereka menghantar SMS dan e-mail kepada kenalan menyatakan negara akan menghadapi satu lagi pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak lama lagi.
Sekarang pun sudah ada usaha kecek mengecek antara PKR dan PAS supaya PAS menyerahkan kawasan DUN itu kepada PKR kononnya kalau serah kepada PKR, dijamin PKR boleh menang dengan mudah atas sentimen penyokong Anwar.
Dalam hal ini PAS tidak begitu pemurah kerana sekiranya berlaku penyerahan dengan membenarkan PKR bertembung dengan BN dan PAS hanya menjadi penyokong sahaja, ramai ahli PAS akan rasa PAS sudah mula menjual maruahnya kepada sebuah parti yang jauh lebih muda dari kedewasaan PAS.
Sebaliknya, kalau PAS berjaya mengelak dirinya ‘dibeli’ oleh PKR, berkemungkinan juga PKR boleh meletakkan calon sama supaya berkempen atas dasar parti perjuangan masing-masing kerana kalau PKR tidak meletakkan calon, mereka tidak boleh lagi memacak bendera atau berkempen menggunakan lambangnya.
Cara mana mereka berunding, bukanlah masalah BN kerana BN tetap akan berkempen atas tikit BN walaupun calonnya pasti datang dari UMNO. Seperkara yang masih pasti menjadi persoalan PAS tentulah kesan kejutan dari hasil pilihan raya kecil di Manek Urai di mana kawasan yang dikatakan kubu PAS telah robohkan UMNO.
Trauma kemenangan PAS yang terlalu tipis di Manek Urai lalu masih lagi dirasakan oleh para pemimpin PAS. Walaupun di Permatang Pasir dikatakan PAS tidak menunjukkan gentar, tetapi gementar tetap ada.
Pilihan raya kecil di Bagan Pinang kali ini merupakan pilihan raya kecil ke sembilan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Walaupun BN tidak berjaya menunjukkan kejayaan cemerlang, tetapi telah berjaya mengecilkan penyokong lawan di mana di Manek Urai adalah yang paling ketara.
Hanya yang agak sukar dibendung ialah di pentas ceramah Pas dengan penceramah jemputannya dari PKR dan DAP sahaja akan memanaskan suasana apabila pihak polis mahupun SPR hanya memantau dan merakamkan sahaja apa juga kandungan ucapan mereka tanpa ada tindakan susulan walaupun ia dilihat begitu keras dan kasar hingga pukulan peribadi turut disebarkan.
Manakala pihak BN pula tidak akan tergamak untuk menyatakan seperti mana pihak pembangkang mengecam kerajaan dan pemimpin individu dalam BN sesuka hati mereka tanpa butiran bukti yang nyata. Mereka boleh lembarkan apa saja ikut sedap mulut, tetapi tidak dari kalangan penceramah BN.
Necaya juga kali ini kalau BN mahu benar-benar menang, bukan sipi-sipi, turunkanlah pemidato politik lama yang ramai dan masih segar serta mempunyai aura politiknya untuk memberi ceramah. Setakat ini UMNO tentunya sudah sedia dengan menjemput orang-orang lama yang masih bersedia mahu berkhidmat untuk berdepan dengan rakyat dengan cara yang lebih tersusun.
Permimpin-pemimpin BN dari peringkat pusat terutama yang memegang jawatan dari perdana menteri hinggalah kepada menteri, usahlah lagi joli dengan pengumuman peruntukan besar, penambahan peruntukan di sana sini atau menjanjikan pelbagai projek mega ala tempatan sebagai tarikan kerana ia mungkin sekadar menarik tetapi tidak memancing.
Walaupun setiap pengumuman dan janji-janji semasa pilihan raya itu BN memang ternyata mampu, pembangkang tetap akan mematahkannya dengan mengatakan itulah janji politik BN. Mereka akan sebarkan bahawa BN sudah mahu bankrup dan tidak ada wang lagi untuk melaksanakan apa yang mereka janjikan.
Mereka akan kata setiap projek yang diumumkan itu akan menguntungkan pihak orang UMNO semata-mata. Mereka juga boleh berkata bahawa UMNO boleh cakap macam-macam kerana mereka tahu BN akan kalah dan apa yang dijanjikan hanya akan tinggal kulit pembalut gula-gula semata-mata.
Kalau BN merendah diri kali ini dengan cara memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan yang tidak semestinya gotong royong sahaja yang dianggap aktiviti basi, tetapi lebih banyak mengadakan pameran, khidmat kesihatan percuma, sukan rakyat, perkhidmatan penjagaan motosikal seperti yang dimulakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO, pertandingan karaoke, bakat muda mudi, pertandingan memasak; menyulam; kraf tangan, kuih muih Melayu misalnya sebagai contoh, ia lebih dilihat menawan dan satu pendekatan yang cukup baik lagi mesra.
Pemimpin pusat hadirlah di tempat-tempat itu bermesra dengan rakyat kerana rakyat nampaknya lebih suka dengan kehadiran pemimpin menyertai mereka daripada mendengar ucapan berjela-jela. Kehadiran mereka tidak perlulah disambut macam pengantin atau dengan pengapit rasmi seperti lazimnya berlaku.
Seperkara penting lagi, elakkanlah gambar-gambar pemimpin pusat ala gergasi di tepi-tepi jalan dan digantikan dengan cogan-cogan kata yang orang senang faham. Gunakan kata-kata memiikat yang menarik untuk menambat hati orang ramai menghayatinya.
Kalau inilah gambaran yang BN boleh lakukan di Bagan Pinang, nescaya DUN Bagan Pinang tetap menjadi milik BN.
Kiriman email ZAKARIA BIDIN
6 comments:
Perebutan kerusi antara PAS dan PKR adalah sandiwara.
Mereka sebenarnya tidak ada isu di Bagan Pinang.
Lihatlah , ntah berapa kali taktik yang sama digunakan....
UMNO Bagan Piang tidak boleh leka.
Dimulakan dengan satu lompatan oleh YB Nasa dari DUN Bota Perak bertukar menyertai PKR, maka bermulalah episod lompat melompat ini. YB Naza diterima meriah oleh PR dan gegak gempita bekas MB Nizar waktu itu memuji lompatan YB Nasa itu. "Inilah demokrasi..!"katanya. Namun, bekas MB tersebut tidak tahu bahawa lompatan itu ialah lompatan berbisa yang di"acah-acah"kan kepadanya. 11 Hari kemudian, maka lompatlah kembali YB Nasa ke pangkuan BN bersama 3 lagi ADUN yang melompat dari PR menjadi ADUN bebas (exco pulak tu..). Tapi, oleh kerana 2 ADUN tersebut terbabit dengan skandal rasuah, maka belum lagilah diterima keahliannya menyertai BN meskipun kedua-duanya memihak kepada BN.
Maka, majoriti kini beralih tangan secara konstroversi dan Nizar enggan meletak jawatan walaupun dititah oleh Baginda Sultan untuk berbuat demikian. Nizar memohon DERHAKA pada DYMM Sultan Perak! Penyokong PR seluruh negara mengecam dan mengutuk DYMM Sultan di laman-laman blog dan portal.
Karpal lantang ingin mendakwa DYMM Sultan Perak. Maka gegak gempitalah arena politik Malaysia sekali lagi. Laporan Polis setiap hari dilakukan. Nizar mendakwa Zamry sebagai MB haram, dia yang halal. Nizar enggan sama sekali menerima hakikat bahawa dia bukan lagi MB Perak sebenar, malah "Camry" milik Kerajaan Negeri Perak pun begitu payah untuk diserahkan. Begitulah kemelut di Perak.
Di Bukit Selambau lain pula ceritanya, si ADUN pula membuat angkara yang membuat diri sendiri yang sengsara. Pening kepala dengan tekanan. Memorandum diserahkan oleh 500 penduduk DUNnya yang menyatakan ADUN mereka itu tidak bermoral dan memalukan. Maka si ADUN pun "hilang", kononnya "hilang" ke "Chennai". Tiba-tiba MB Kedah terima surat perletakan jawatan. Petangnya letak jawatan sebagai Exco, malamnya pula sebagai ADUN Bukit Selambau. Kemudian, V. Arumugam memberi alasan tertekan dan rasa dirinya di"anak tiri"kan oleh pihak Kerajaan PAS Kedah. Hairan, kemaruk dengan kuasa, ADUN yang sebegini pun tidak disiasat terlebih dahulu sebelum dilantik untuk menjadi ADUN PR, diberikan jawatan Exco pulak tu? Nampak sangat PAS cuba mengambil hati pengundi bangsa India, padahal PAS sendiri tidak kenal dengan India yang sebenar. Jika PAS kenal, mengapa di angkat India itu menjadi Exco? Tidakkah Ust. Azizan tahu bahawa masyarakat India lebih suka tidak berwakil di dalam kerajaan berbanding berwakilkan India yang tidak bermoral? India dan agamanya begitu mementingkan moral dalam kehidupan mereka selama ini. Malangnya, Ust. Azizan begitu "celik" dengan melantik seorang India yang sebegitu menjadi wakil masyarakat India di Kedah. "Buat malu kaum india jaaaa..!" kata kawan saya, Velu Krishnandasamy.
Di Bagan Pinang! HOBEN JANG HOBEN!!
Jangan harapla pengundi di negeri sembilan nak undi Pakatan Temberang!
PAS duduk ontok-ontok, BN nak monang ni!
Salam, BN boleh menang, selama ini berlaku PRK dalam kawan kubu mereka sahaja, tunggu sahaja lah........ kita tenguk sejauh mana janguknya puak-puak pakatan rompak ini......
Kerajaan harus bertindak agresif. Kementerian Pertahanan tidak boleh leka. PAS sedang berusaha habis-habisan untuk masuk ke Kem bersama Tentera secara terang terangan mahupun secara senyap. Undi POS sasaran mereka.
Post a Comment