PRK Bagan Pinang akan jadi milik pembangkang!!!
Apa yang perlu kita faham ialah, orang Melayu amat sensitif terhadap isu-isu yang menyentuh agamanya. Contoh yang boleh dijadikan perbandingan ialah gelombang protes yang ditunjukkan oleh orang Melayu semasa kes Natrah di Singapura suatu ketika dahulu. Oleh itu, aku amat tidak bersetuju seandainya peserta demonstrasi yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam serta mereka yang memijak kepala lembu itu akan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 atau alternatifnya Kanun Keseksaan.
Rasionalnya, seperti yang kita semua maklum bahawa isu ini bermula di negeri yang berada di bawah pentadbiran pembangkang. Dan kita harus SEDAR bahawa isu ini adalah isu yang akan dikempen dan diputarbelitkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim serta konco-konconya pada PRK N31 yang akan datang. Semuanya berpunca daripada arahan penangkapan yang datangnya daripada kakitangan kerajaan berjawatan Peguam Negara (Abdul Ghani Patail) yang disokong keputusannya oleh Menteri Dalam Negeri.
Pihak pembangkang akan mendabik dada mengatakan bahawa merekalah sebenarnya hero untuk orang Melayu dan Islam kerana mereka ditangkap semasa terlibat melakukan demonstrasi yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam. Manakala kerajaan BN pula akan dilihat sebagai cuba untuk mengenepikan kepentingan orang-orang Melayu serta agama Islam yang merupakan landasan perjuangan Umno itu sendiri; walaupun apa yang dibuat oleh kerajaan mengikut norma perundangan yang sah. Sudahlah hindu dan cina semakin kurang memberi sokongan kepada BN kerana tidak mendatangkan faedah kepada mereka sepertimana yang diberikan oleh pembangkang. Maka, janganlah apabila sampai masa dan ketikanya nanti, orang-orang Melayu yang berada di atas pagar pula akan turut memihak kepada pembangkang.
Mungkin orang berpelajaran seperti Hishammudin dan Ghani Patail merasakan isu ini adalah remeh, akan tetapi orang-orang kampung seperti aku ini pasti merasakan penangkapan mereka yang terlibat dalam protes pemindahan kuil itu merupakan sesuatu yang TIDAK ADIL, bukan sahaja kepada orang Melayu malahan kepada agama Islam di Malaysia ini secara keseluruhannya.
Sudah tentu isu ini akan menjadi 'backfire' kepada UMNO dan BN dalam PRK N31 nanti. Putar belit pembangkang mudah saja iaitu kerajaan BN lah yang mengarahkan penangkapan 'hero orang Melayu dan agama Islam' itu. Jadi, lu fikirlah sendiri.
P/S : Sokongan yang aku berikan bukan untuk membawa rebah Brader.....
(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)
4 comments:
Salam Ramadhan...
Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati:
http://masjidtokguru.blogspot.com
Terima kasih.
Bagi mendapat simpati semua kaum, PR mengamalkan politik suku iaitu dengan suku Melayu, dia cakap Islam, Dengan suku Cina, dia cakap Malaysia Malaysia, dengan suku India, dia cakap Hindraf...
Karut lagi mengarut...
Saya berpendapat PR akan gunakan isu kepala lembu ini dengan mengatakan UMNO parti perkauman di dlm kempen mereka nanti. merek pasti akan menuduh UMNO dalang utama dan PR akan dilihat adil dan tolerasi kepada semua kaum dan agama.
ini yg sy nampak dan BN perlu bersedia jawab dan spin balik isu ini kepada penduduk kampung.
Dah terang-terang nampak tshirt berlogo umno yang dipakai mamat ygbawa kepala lembu dalam gambar di atas tu pun hangpa kata kerja Pakatan Rakyat.Memang terlalu kronik la penyakit hangpa ni..
Post a Comment