Thursday, 10 September 2009

Skandal PKFZ : Mahfuz-penglibatan UMNO cuba ditutup ?


Pakar pencipta fitnah PAS, Mahfuz nampaknya telah dapat modal baru untuk dihebahkan kepada pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang pada PRK akan datang.

Mahfuz mendakwa, tindakan Dato’ Sri Najib mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana hendak menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah. Klik (
greenboc.blogspot.com)

Dakwa Mahfuz adalah tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal PKFZ.

PKFZ telah membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut,"

Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. "Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor,"

Saya mempersoalkan kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas,"

Kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi,"

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui." -gemasuara



Komen ;

Nampaknya Mahfud sudah ada fitnah baru untuk kempen-kempen jahat PAS di PRK Banga Pinang, kerja-kerja macam ini memang kepakaran Mahfuz yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan PAS.

Kerajaan UMNO-BN perlu menjelaskannya serta telus dalam menangani isu yang bakal diwar-warkan oleh Mahfuz, ini belum lagi isu-isu peribadi calon UMNO-BN yang bakal bertanding.

Inilah kerja-kerja wakil rakyat pembangkang yang dipilih oleh rakyat, mereka bukan memikirkan masalah rakyat dalam kawasan mereka tetapi menjelajah keseluruh pelusuk kampung hanya membawa fitnah dan kutip wang derma jihad dari rakyat untuk perut mereka.

Rakyat perlu sedar dengan tindak tanduk wakil-wakil rakyat pembangkang ini, apa kerja mereka buat untuk rakyat ?

Kerja mereka hanya merayau-rayau pada waktu malam macam musang, kerja mereka membawa fitnah, memecahbelahkan perpaduan orang Melayu, mengajak kepada huru hara, memaki hamun, lepas itu ‘takbir’............., lepas itu kutip derma dari orang kampung, lepas itu belah dengan duit derma.........

Adakah rakyat sedar, kemana perginya derma-derma jihad yang dikutip dari orang kampung ?

Sepatutnya rakyat lebih banyak berfikir dengan sikap munafik wakil-wakil rakyat pembangkang ini, mereka telah dibayar elaun sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk menyelesaikan masalah rakyat, untuk membangunkan kebajikan rakyat, tetapi mereka telah merompak duit rakyat tanpa disedari dengan alasan ‘jihad’, agama memang menjadi bahan utama mereka untuk menipu orang-orang Melayu dari kampung.

Kalau benar mereka ini bijak untuk mentadbir negara, bijak untuk membangunkan segala keperluan rakyat, lihat sahajalah bagaimana mereka mentadbir di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Apa mereka buat untuk kesejahteraan rakyat ?

Mereka hanya pandai menipu rakyat dengan slogan ‘membangun bersama Islam’ dan ‘Islam untuk semua’, tetapi menjadi bacul dan dayus bila agama Islam dihina, menjadi bacul, dayus kerana bimbang akan kehilangan jawtan.

Sampai bila rakyat, terutama orang Melayu hendak ditipu oleh munafik-munafik yang mempergunakan agama Islam untuk mencapai cita-cita serakah mereka.....

2 comments:

1Agenda 11 September 2009 at 00:56  

ini jenis manusia yang tak takut dosa...dosa menfitnah. ianya hanya utk kepentingan parti tapi pada masa yg sama menuduh dan menfitnah UMNO. nak kata tak mengaji, memang dia mengaji tp fitnah...no walid. Na'uzubillah

PEJUANG CYBER 11 September 2009 at 01:18  

PAS Nama sahaja Parti “islam” tapi Akhlak jauh sekali, Fitnah dan Maki Umat Islam dah jadi sebati dan amalan terpuji oleh Puak PAS, waktu bersalam dengan pemimpin UMNO Pemimpin PAS senyum muka tapi di belakang hasut Penyokong Maki UMNO, Ayat Al Quran tinggal tulisan saja sebab yang baca Musyrikin Kafir Harbi DAP, masjid kosong dari Ibadah tapi bila acara Fitnah atau ceramah saja penuh, ramai yang nak dengar ustaz PAS Fitnah, maki, keji dan hina UMNO,

Ulama adalah sejahat makhluk-jahat makhluk ALLAH terbukti apabila ada Ulama PAS yang Menghina “perokok macam binatang” satu ketika dahulu dan baru-baru ini di ulangi pula dengan “perokok macam lembu” , ini membuktikan ulama “islam” lebih jahat daripada Paderi kristian dan yahudi serta Sami-sami kerana sejahat-jahat “ulama” musyrikin kafir mereka tak MENGHINA Manusia Makhluk ALLAH SWT yang paling Mulia


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP