Anwar Ibrahim memang lidah bercabang
Tempoh hari, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dituduh pengkhianat bangsa cuba ‘cover’ balik dengan menekankan belang ke-Melayuannya. Pada satu ceramah di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh di hadapan rakyat Malaysia berbangsa Cina, dia seperti biasa meniup semboyan kesaksamaan dengan kata-kata indah yang pengisiannya sendiri tak tentu arah. Di hadapan penyokong-penyokong DAP dia dengan penuh bangga memuji kepimpinan DAP dan menyebut bahawa dia baru sahaja tamat mengadakan perjumpaan yang panjang bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapaknya yang celaka Lim Kit Siang. Dalam ceramah itu, Anwar berkata seolah-olah dia dan DAP sahabat saudara seperjuangan. Maklumlah, nak menang undi Cina dan India macam-macam depa dah janji sampaikan hubungan kaum Melayu dan bukan Melayu rosak sebab si pengkhianat ini (pada saya Anwar bukan sahaja pengkhianat Melayu tetapi pengkhianat negara kerana akibat dia orang Melayu dan bukan Melayu mula saling mencurigai). OK, takpa kalau depa nak janji langit dan bumi kepada kaum bukan Bumiputra, dan tidur sebantal dengan DAP– itu kita dah lama tahu.
Tapi beberapa jam selepas ceramah di Dewan Tow Boo Keong itu, Anwar bergegas ke Surah Nurulhuda Batu 6, dan berceramah pula di hadapan orang Melayu. Wah, di situ lain pula mesejnya. Anwar dengan lantang menyebut “Saya akan berpisah dengan DAP kalau DAP mencabar kedudukan istimewa Melayu, Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu. Tiada langsung pengagungan terhadap DAP – malah di hadapan orang Melayu Anwar cuba nak tunjuk dia tidak berapa senang dengan DAP. (Lihat laporan Malaysian Insider di sini)
Inilah dia sikap seorang ahli politik yang lidah bercabang, hipokrit dan tidak punya idealisme atau pegangan yang tetap. Depan kumpulan lain, cakap benda lain.
Siapa mungkin lupa, dahulunya Anwar menjadi wira muda ABIM dan membina reputasi sebagai jaguh Melayu yang memegang mantera Melayu sampai ke kubur. Lepas dah kena tendang keluar UMNO, dia tidak teragak-agak menukar belang mengutuk konsep Ketuanan Melayu dan mencaci-cerca UMNO, parti yang telah membawanya sampai ke tahap Timbalan Perdana Menteri pada umur yang sangat muda pada waktu itu. Selesainya PRU-12 yang menampakkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat hasil janji-janji manis tentang penurunan harga minyak, serta slogan-slogan menggodakan seperti “Ketuanan Rakyat” dan “Merdeka dari kesengsaraan BN”, Anwar semakin berani mengorak langkah bagi menjana “Harapan Baru” di mana Kontrak Sosial tidak lagi dihormati.
Tetapi kini, setelah Anwar berbulan-bulan menyepi dan tidak member komen mengenai isu-isu kontroversi (sebab takut) seperti isu kebiadapan Karpal Singh, isu tanah di Perak, isu Hudud, isu arak di Selangor mahupun isu kuil di Shah Alam baru-baru ini, Anwar sudah mula merasakan impiannya ke singgahsana Putrajaya mungkin terkubur. Orang Melayu yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat sudah mula curiga akan motif sebenar DAP, dan trend pilihanraya kecil kebelakangan ini menampakkan sudah ada peralihan kembali sokongan orang Melayu dan orang muda kepada UMNO/BN.
Orang Cina yang menyokong DAP pula semakin khuatir terhadap motif PAS untuk mewujudkan undang-undang Hudud yang sudah pasti tidak disenangi mereka. Memang benar, penyokong tegar DAP takkan mengundi BN, tetapi sedikit demi sedikit, golongan Cina yang tidak ekstrimis DAP juga akan menyedari bahawa BN menjanjikan jalan tengah yang terbaik. Kita perlu ingat, sejak Merdeka lagi Cina melihat bahawa lebih elok lagi mengundi UMNO dari PAS – cuma sejak PRU-12 sahaja mereka mula menguji atau ‘eksperimen’ dengan PAS, dan orang Cina sudah mula sedar kesilapan eksperimen tersebut. Semakin lama PAS dalam Pakatan Rakyat, dan kekal dengan agenda Hududnya, semakin ramai orang Cina akan teragak-agak mengundi mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat, termasuklah DAP.
Sudah terancam dengan perkembangan ini, dan terasa panas dek serangan dari YAB TPM sendiri, rasanya Anwar dah mula getar. Dia kembali ke strateginya yang biasa – ceramah ceramah, dan ceramah. Memang diakui kepetahannya berpidato memukau pendengar dan masuh tidak dapat ditandingi lagi – kecuali mungkin Tan Sri Anuar Musa. (Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin juga nampak potensi sekiranya dia boleh tambah sikit lawak jenaka dalam ceramahnya dan menggunakan nada yang tidak terlalu ‘keras’). Tetapi kali ini, mesej Anwar bercanggah dalam satu ceramah dengan satu ceramah yang lain. Sudah mula terserlah panik si Anwar ini, dan rakyat Malaysia wajar menyedari hakikat bahawa Anwar adalah seorang individu yang tidak mempunyai apa-apa pegangan sebenar. Apa yang diingini adalah kuasa dan menjadi PM, tak kiralah apa mesej pun.
Sekurang-kurangnya bangsat-bangsat dalam DAP tu konsisten dengan pendirian mereka. Tetapi manusia bernama Anwar Ibrahim ini adalah satu ‘chamelon’ yang menukar-nukar topeng mengikut situasi. Inilah yang kita panggil pengkhianat.
Sumber http://www.raksasabn.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment