"KAMI MAHU ISA DI BAGAN PINANG"
Pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Ketua Pemuda Bahagian Mohd Faizal Ramli berkata, Isa yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.
"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya. Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana BN telah tewas di tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya di Penanti, tidak ditandingi.
"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya, yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan, malah majoriti perlu ditambah agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.
Bahagian Telok Kemang akan mengadakan mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.
"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya

14 comments:
Seperti kata TS Isa semalam "Badi kekalahan UMNO/BN dalam PRK akan dibuang ke laut bermula di Port Dickson".
huuh...Sokong Roshatika.. apapun kena cari calon senior juga..hahah!! kalu TS Isa bertnding, anakmuda dah bau kemenangan di Bagan Pinang..
saya sokong Tan Sri Isa bertanding di Bagan Pinang, dengan syarat UMNO Bahagian Teluk Kemang serta cawangan-cawangan di Teluk Kemang, berjuang bersatu hati untuk memastikan pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang mengundi Tan Sri Isa.
"Head count" kena bermula dari sekarang.. dan ianya hendaklah dibuat dengan betul dan tidak secara "serkap jarang" sahaja.
PB nampak calon yg paling baik untuk BN adalah TS Isa ...
jika Isa dicalonkan , tanda-tanda kemenangan sudah ada..
salam
saya menyokong TIS tetapi sebagai calon PRK, harap TIS dpt beri laluan kpd `calon muda'. Imej TIS telah tercalar di mata rakyat. Maaf kita syg TIS tapi kita lebih sygkan parti!
Hidup TIS
u still got my vote 2009
TS isa yang terbaik berbanding dgn MB sekarang..jika beliau bertanding saya sokong 100%
Pada asalnya saya berminat sekiranya TS Isa sbg calon BN sebab semua orang tahu termasuk penyokong PR mengakui beliau seorang yang cukup mesra dan mudah didekati dan banyak berjasa. Akan tetapi beliau mempunyai rekod yang tak baik apabila digantung kerana politik wang. Isu ini sudah tentu akan dimainkan berulang-ulang oleh PR mencerminkan seolah-olah BN ketiadaan calon yang berkualiti. jadikan isu calon Bagan Pasir sebagai pengajaran sehingga BN terpaksa menghabiskan masa menerangkan isu calon. Link ini bagus untuk dibaca: http://c-bok.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-nak-menang-ke-tidak.html
Anak TS Isa pun ok...
Apa kata kita beri peluang pada anak muda!! Faizal atau Anak TS Isa boleh jugak!!
Apa-apa pun Barisan Nasional perlu bersatu! Kita pertahankan BN dengan mejoriti yg besar!
kita berusaha, membujur lalu melintang patah!!!
MISI Umno/BN mempertahankan maruah!
Semoga berjaya dan selamat berjuang kepada semua kawan2 di Teluk Kemang..
Hidup BN!!! Allahuakhbar!!!
Menyokong penuh keputusan UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Negeri.
den sokong Tan Sri Isa jadi calon...
Belajarlah dari PRK-PRK yang lepas. Jgn terburu-buru hanya kerana anda kenal rapat dgn seseorang, Kena fikirkan juga 'tendency' orangramai yang tidak berparti.
Dah buat realtime statistic ke? Geraksaraf dah dimulakan ke?
Inilah masanya untuk mengangkat wajah baru dalam PRK yang bukan sahaja KELIHATAN BERSIH, TETAPI BERSIH.
Isa dah merasakan semuanya dalam politik, ADUN, MP, MB, hatta berada dalam kabinet, begitu juga dalam hiraki politik teratas.
Baiklah Bagan Pinang beri peluang kepada muka baru untuk refreshment....
Detguaq 09 September 2009 16:24

==============================
Saya sokong kenyataan saudara sebenarnya ada banyak calon yang lebih bersih bukan sahaja luaran malahan dalamannya...tidak rasuah,tidak membuka kandang babi yang terbesar di Asia satu ketika dulu, mesra rakyat....
Pemimpin yang semacam ini yang kita mahukan....
Dan beliau tidak dijadikan modal pembangkang untuk berkempen..tiada rekod jenayah, tidak berkahwin secara sembunyi-sembunyi...dan segalanya bersih..
TS Isa dah lama..berilah orang baru merasa pulak memikul tanggungjawab...
fikirkanlah wahai MB NS. saya ni pun orang Rantau juga...
tapi lebih suka tak berjumpa dengan MB. Takut orang kata ambil kesempatan pulak..bayak yang ambil kesempatan di luar sana..sapa tak tahu semua dah tahu
Post a Comment