Friday, 11 September 2009

Disebalik tabir mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Kemang

Salah sorang member kamcing Isa Samad


Teringat kisah pada tahun 2004, selepas Isa Samad memenangi kerusi Parlimen Jempol, tanpa sebarang jawatan, tidak ramai yang mengekori beliau sebagaimana semasa beliau masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Ketika makan malam selepas PRU-11 di Allson Klana Seremban, kelihatan hanya kami dan beberapa sahabat karib Isa Samad sahaja yang hadir. Ketika itu rasanya tiada siapa pun yang begitu pedulikan Isa kecuali sahabat-sahabat baiknya.

Sehinggalah beliau diberi tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan berjaya memenangi salah satu kerusi Naib Presiden Umno, keadaan telah menjadi sebagaimana sebelumnya apabila beliau kembali dikelilingi oleh 'langau-langau' lama dan baru. Selepas dipaksa pencen dari jawatan Menteri Wilayah dan Naib Presiden Umno, secara tiba-tiba 'langau-langau' tersebut kembali menghilangkan diri. Walaupun pelbagai episod malang melanda dirinya, Isa masih dianggap bernasib baik kerana mempunyai kalangan sahabat yang tidak tergolong dalam kategori 'pengambil peluang' dan masih setia bersama dengannya.

Hari ini nama Isa Samad kembali dizikirkan seantero Malaysia sebagai 'jaguh' yang bakal dipertaruhkan BN untuk kerusi N31 Bagan Pinang. Selepas berakhirnya mesyuarat Bahagian Teluk Kemang, Isa Samad dilaporkan berkata dalam sidang media bahawa AJK Bahagian Teluk Kemang telah memberikan pandangan dan gambaran akan calon yang bagaimana yang mereka mahukan untuk PRK N31. Namun, Isa enggan mendedahkan senarai serta jumlah calon yang akan dihantar namanya kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan Presiden Umno.

Namun kami memperolehi maklumat akan perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat Umno Bahagian Telok Kemang, tetapi tidak didedahkan kepada pihak media, iaitu:-

1. Ahli mesyuarat memutuskan untuk memberi mandat kepada Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang, yakni Isa Samad untuk menentukan senarai serta jumlah calon yang akan dihantar ke peringkat pusat.

2. AJK Bahagian juga sebulat suara mencalonkan Isa Samad sebagai calon tunggal BN dalam PRK N31 Bagan Pinang.

3. Walaubagaimanapun, ahli mesyuarat turut memutuskan bahawa segala keputusan adalah terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Isa Samad sendiri untuk membuat pertimbangan.


Semasa ditanya wartawan dalam PC, adakah Isa tidak merasakan bahawa dia akan menjadi beban kepada Umno sekiranya terpilih sebagai calon BN di PRK N31 disebabkan kes yang melibatkan dirinya sebelum ini. Jawab Isa,

"Ada pemimpin pembangkang yang pernah dibicara dan dipenjarakan kerana salahguna kuasa dan rasuah, boleh menang pilihanraya. Lepas tu perbicaraan kes baru asik tangguh-tangguh tapi masih ramai penyokong dan bercita-cita besar pulak nak jadi PM. Tiada siapa pertikai pun. Saya cuma didapati bersalah kerana masalah disiplin parti. Dah jalani hukum. Dah bersih. Orang yang cuba persoalkan saya tu hilang akal ka? Kenapa pemimpin pembangkang boleh...kenapa saya tidak? Hilang akal ka?"

p/s: Heheh...hoben je dorang tu Tan Sri...leban je sesekor pembangkang tu semua. Maju Umno....Maju Melayu!

(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)

2 comments:

PADANGBOLA 11 September 2009 at 20:42  

memang best komen isa pasal bro abi tu hehehe

BelokKiriKanan 12 September 2009 at 12:02  

ada persamaan antara kedua pemimpin tersebut, kedua2nya disabitkan bersalah,satu oleh mahkamah negara dan satu lagi oleh mahkamah parti umno.

persamaan lain kedua2nya dianggap oleh penyokong mereka tidak bersalah dan mereka telah dianianya oleh pihak yang lawan.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP