Wednesday, 9 September 2009

Isu 'kotak'...kenapa Ezam suruh tanya Anwar...

1. Saya ada terbaca mstar online dan salah satu berita yang dipaparkan ialah 'Kemunculan sulung Ezam di PJS : Disambut 'meriah' kawan dan lawan".

2. Ezam sewaktu dipecat UMNO dulu, merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO di situ. Sewaktu mula memegang jawatan itu, Ezam adalah merupakan Timbalan Ketua Bahagian termuda iaitu pada usia 29 tahun.

3. Apabila DSAI dipecat, Ezam mengikut DSAI kerana Ezam adalah Setiausaha Politik DSAI di Kementerian Kewangan.

4. Berbalik kepada cerita kotak ni, ianya mula disebarkan Ezam di dalam ceramahnya pada bulan Ogos 1999 di Pasir Salak.

5. Biasalah Ezam juga manusia, semasa berceramah, dia 'terhanyut' dengan sorakan dan sokongan penyokong fanatik PKR. Akibat 'terhanyut' dan seronok Ezam terlepas cakap hal kotak ni.

6. Pada malam itu, Ezam berucap dan menyebut "kita ada 5, 6 kotak dokumen yang membabitkan rekod rasuah Pemimpin BN dan macam-macam lagi.

7. Kebenarannya, sewaktu berceramah terkeluar isu 5, 6 kotak ni, Ezam sendiri belum pasti apakah benar dakwaan yang dibuatnya kerana dia sendiri tidak pernah melihat 'kotak' tersebut. Saya ada bersama Ezam pada malam itu.

8. Cuma yang pasti waktu itu adalah 'arahan' dari DSAI untuk 'belasah' BN teruk-teruk. Inilah yang dikatakan 'taktik Anwar', "belasah je dulu, bukti tarak tak pa...janji orang seronok dengar,tepuk, sorak, Takbir dan negara lingkup tak sebab boleh salahkan BN". Itu saja matlamat Anwar dan Ezam sebagai seorang yang setia (pada waktu itu) ikut saja cara politik Anwar.

9. Nak dijadikan cerita, esok malamnya Ezam dan saya ke banglo mewah Azmin di Taman Tasik Titiwangsa. Sebuah banglo yang cukup besar bak istana dan tidak mampu dimiliki oleh seorang bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Perdana Menteri.

10. Tujuan ke rumah Azmin adalah untuk mendapat kepastian mengenai isu 'kotak' yang disebarkan di dalam ceramah Ezam pada malam sebelumnya.

11. Setelah diyakinkan Azmin, Ezam percaya bahawa 'kotak' itu ada disimpanan adik Anwar bernama Rosli.

12. Sebenarnya Ezam sendiri tidak pernah melihat bukti 'kotak' ni. Cuma yang ada pada Azmin hanyalah dokumen pengisytiharan harta oleh Pemimpin BN Selangor pada waktu itu serta 2 dokumen yang melibatkan 2 orang Menteri Pusat pada waktu itu (isu in telah disebarkan oleh PKR semasa PRU 1999).

13. Dokumen pengisytiharan harta pemimpin BN Selangor diperolehi oleh Anwar sewaktu menjadi Pemangku Perdana Menteri pada 1997. Anwar meminta semua Pemimpin BN mengisytiharkan harta dan dokumen itulah yang digunakan oleh Anwar & Azmin untuk menyerang individu tertentu di negeri Selangor semasa PRU 1999.

14. Ertinya isu 'kota' tidak wujud lagi. Yang ada cuma 2, 3 dokumen saja. Bayangkanlah betapa busuknya hati Anwar, menggunakan orang lain bagi dijadikan 'senjata dan peluru perjuangan sengetnya itu'.

15. Jadi kalau tanya Ezam pasal isu 'kotak', Ezam tidak akan menjawab dan pasti melepaskannya kepada Anwar. Ezam tidak tahu sebenarnya itu adalah taktik Anwar dan Azmin yang mahukan Ezam 'membelasah' BN seteruk-teruknya.

16. Dengan penceritaan di atas, saya berharap lepas ini, rakyat tidak lagi mudah diperkotak-katikkan oleh Anwar Ibrahim. Cerita 'kotak' ni berlaku semasa Anwar 'di dalam'.

17. Bayangkanlah sewaktu 'di dalam' pun Anwar boleh porak-porandakan negara inikan pulak sewaktu 'di luar'.

18. Walau apapun, yang nak disampaikan kepada rakyat, janganlah percaya kepada polimik murahan Anwar dan kuncu-kuncunya. Bagi Anwar niatnya hanya 1 iaitu dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

19. Cara bagaimana untuk menjadi Perdana Menteri itu, belakang kira waima ianya melibatkan kesusahan kepada rakyat, dia tak kisah. Yang dia tahu, dia nak jadi Perdana Menteri dan cara jangan kisah.

20.Rakyat mesti tahu, PPMSI ka, HINDRAF ka, apa ka...semuanya kerja Anwar. Sebab itu Karpal Singh suruh Anwar bertaubat.

21. Harapan saya, sebagai Ahli UMNO Ezam sepatutnya berterus-terang kepada rakyat. Betulkan balik kesilapan lalu yang telah membuat sebahagian rakyat percaya kepada isu 'kotak' ini. Biar rakyat yang tahu dan nilai siapa sebenarnya Anwar.

Isytiqhorohlah DEMI KeBENARanNya.

2 comments:

Cheguman 9 September 2009 at 21:51  

Memang patut Anwar yang jawab. Tapi Anwar takkan jawab sebab banyak lagi kesnya belum terjawab.

Pertanyaan kepada Anwar: "bila saudara nak masuk mahkamah bertemu Saiful?

YANG GAMBI 9 September 2009 at 22:43  

Salam, itu salah satu kelemahan orang Melayu, terlalu suka mendengar cerita-cerita fitnah, kalau ceramah tudak ada bab cai maki, bab fitnah, bab buka maruah orang, mereka akan senyap, bila bukak je cerita macam tu, berkobar-kobar takbir....takbir.... last-last kat Selangor tukar kepada take beer.....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP