Kalau kawanku adalah 'syaitan'...aku tetap tolak kebaikan
1. Dari berkawan dengan UMNO, lebih baik berkawan dengan 'syaitan' dan bila 'syaitan' menjadi kawanku sudah tentu aku tolak semua kebaikan dan memilih kejahatan yang boleh menyesatkan rakyat serta memecah-belahkan perpaduan.
2. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat hasil keputusan Pakatan Pembangkang yang diikuti oleh Pas.
3. Mana tidaknya, tokey mereka (Ketua Pembangkang) adalah seorang yang cukup hebat ilmu hasutannya.
4. Apakah Pas lupa bagaimana tokey mereka ini meletakkan 'orang-orangnya' di dalam Pas dan hampir saja merebut jawatan no. 2 dalam Pas? Nasib dia dah kalah, kalau menang ertinya Pas pasti kena 'cucuk hidung' dek tokey tadi sebab lagi 3 tahun, lawan Presiden pulak.
5. Lagipun apalah dosa pada Pas kalau Islam itu cuma pada cara berpakaian, politik dan bukannya lagi asas perjuangan.
Fahami katun ini : Bagaimana seorang adik telah menfitnah abangnya demi menyelamatkan dirinya. Samalah seperti yang saya ceritakan tentang Anwar (inilah yang berlaku dalam tahun 1998)..ertinya dia memang buat tetapi ilmu hasutannya yang hebat, maka dia telah menjadi 'hero' dan melompat keseronokan...Wallahualam.
6. Kalau tidak masakan orang yang pernah dilabelkan sebagai kroni Anwar Al-'Ibrahimi (kena sebut betul2, jangan salah dengungnya), Kamaruddin Jaffar dilantik menjadi Setiausaha Agung Pas dulu.
7. Tak lain dan tak bukan, Pas nak guna duit Kamaruddin dan Kamaruddin nak 'tackle' Pas. Kamaruddin memang banyak duit. Kedai carpet Sukma kat Bangsar dia beli RM2juta untuk buat pejabat dia.
8. Janganlah nak berselindung lagi, jelaslah sekarang Pakatan terutama Anwar memang tidak pernah memikirkan rakyat. Kalau rakyat didahulukan, mereka sudah tentu memilih untuk bersatu membentuk Kerajaan Perpaduan.
9. Namun strategi Anwar memang hebat, dia amat takut kalau Pas hanyut dengan pasangan barunya (UMNO) dan meninggalkan Anwar terkebil-kebil mencari formula untuk membentuk kekuatan baru...maklumlah nak jadi Perdana Menteri???
10. Jadi pada mesyuarat petang tadi, Anwar telah membuat keputusan awal (jika tidak takkan dokumen dah siap untuk Haji Hadi sign), jika Pas mahu terus bersama kawan-kawannya, Pas mesti 'jilat balik' idea Kerajaan Perpaduan. Ini keputusan asal Anwar dan Haji Hadi cuma ikut, duduk, sign dan lepas itu cakap sikit saja (put the blame to BN - saja nak ajuk cara Anwar)...
11. Hasrat Anwar ini memang dah popular di Kelantan. Husam & Kamaruddin semuanya dok keliling dan 'tolak' Nik Aziz dari belakang. Sebab tu bila Nik Aziz melenting, Anwar pun melompat dan yang kena Nasharuddin Mat Isa.
12. Beringatlah Pas, Allahyarham Tun Ghafar sampai mati dok makan hati dek penangan Anwar padanya tahun 1993 dulu. Saya sebut ni sebab kemunafikan Anwar jelas masa perebutan kuasa tahun 1993 dulu.
13. 'Saya tidak akan bertanding Timbalan Presiden"...ini yang dicakapkan pada media. Di belakang media, "please go to all cawangan & bahagian, give them $$$ and make them to nominate me"...hasilnya Allahyarham Tun Ghafar cuma dapat 2 pencalonan sahaja...isy isy isy isy.
14. Rakyat tidak kenal siapa Anwar di belakang. Inilah cara dia mengendalikan mesyuarat dan sememangnya keputusan telah dibuatnya terlebih dahulu. Mesyuarat hanya untuk mengesahkan sahaja ataupun 'PAS pi jadi tukang cukup korum sahaja'.
15. Sebagai seorang Islam kita jangan terkejut dengan wayang dan sandiwara ini. Dosa pada mereka itu 'akhirat' kira. Yang 6 tahun ALLAH 'simpan' tak cukup lagi untuk orang itu bertaubat. Janji sekarang (di dunia) dia disanjung sebagai pejuang.
16. Dunia punya dalam, janji jalan mesti tunduk, cakap mesti bunyi 'arab sikit (baru 'alim), sakit boleh Inilah cara Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh 'tokey'.
17. Tapi ALLAH dah sebut dalam Quran bahawa buruk baik seseorang itu tergantung penghujungnya...kita tunggu sajalah. ALLAH MAHA ADIL, MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MENGASIHI.
2 comments:
memang kalau dah tua tu nak buat mcmana. pasti tidak akan menerima nasihat serta pandangan dr yg lebih muda. pernah terfikir tak yg nik aziz ni perlu dipencenkan. lebih lama, jadi lebih melalut dan bongkak pulak pok cik ni...fikir la sendiri.
N.ajis dicadangkan supaya bawak-bawaklah berehat dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Nik Ajis sepatutnya menghabiskan masa dengan bertaubat dan bermuhasabah dengan diri sendiri mengenai keupayaannya yang semakin terbatas. Lagikan masa sihat tu pun Kelantan tu kat takuk tu jugak, apatah lagi bila dah sakit-sakit nih.
Masanya sudah sampai untuk Nik Ajis bersara dan berehat sepenuhnya serta menumpukan lebih masa dengan anak cucu serta menjaga isterinya yang juga uzur. Nik Ajis perlu memahami maksud tersembunyi daripada 'kecekapan' Husam Musa menyebarkan berita kematiannya melalui SMS yang menimbulkan panik itu. Nik Aziz perlu sedar bahawa ramai orang PAS sendiri yang mahu dia sendiri turun cepat.
Dalam PAS, ahli-ahli PAS tidak berkuasa untuk menentukan kedudukkan Nik Ajis kerana jawatan Mursyidul Am tu adalah jawatan seumur hidup dan dibuat tanpa suara majoriti daripada ahli jadi sesiapa pun berhak untuk meminta Nik Ajis letak jawatan.
Post a Comment