Thursday, 10 September 2009

Pemimpin DAP tidak menghormati dan menghina Islam

Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mendesak anggota parlimen Jelutong, Jeff Ooi, memohon maaf dan meletak jawatan kerana mengaitkan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.

Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mendesak anggota parlimen Jelutong, Jeff Ooi, memohon maaf dan meletak jawatan kerana mengaitkan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.

Wakil Forum, Md Roslan Hashim berkata kempennya itu disokong oleh 30 NGO Islam di negeri itu. Md Roslan berkata kebanyakan maklum balas yang diterima bersetuju dan berpendapat Ooi, yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, harus meletak jawatan."Kami menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat bagi membuktikan bahawa masyarakat kini menolak pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam," katanya.

Md Roslan berkata beliau bercadang untuk berjumpa Lim untuk menyelesaikan isu itu sebelum ia merebak."Kami akan berusaha mengadakan satu pertemuan dengan Lim bagi mendapatkan penjelasan mengapa Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga hari ini," katanya.

1 comments:

Samurai Politik 10 September 2009 at 00:46  

PAS, KEADILAN & DAP hanya berpura-pura bergabung dalam PAKATAN RAKYAT kerana DAP tidak akan bertolak ansur dengan PAS untuk membenarkan PAS memperjuangkan DASAR ISLAM..

BN terbukti selama 52 tahun memerintah MALAYSIA.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP