Tuesday, 8 September 2009

Saman 'taktik lama untuk gempaq' orang...

Berita dan cerita Anwar nak saman sesiapa yang menyentuhnya bukanlah perkara baru. Penulis pernah postkan artikel bertarikh 27 Mei 2009 bertajuk "Saman jangan tak sama".

Kerja Anwar memang macam ni dari dulu. Orang kiri dan kanan dia, disuruh buat kenyataan provakasi dan fitnah kepada pemimpin UMNO & BN. Tapi jika sesiapa yang buat kenyataan balas serta menyentuh tingkah laku beliau, Anwar pasti akan 'gempar' nak saman.

Terbaru adalah berkaitan kenyataan 'Anwar Pengkhianat" yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Ogos yang lalu. Seperti biasa, Anwar 'gempar' kata nak saman juga.

Bagi penulis, kenyataan Tan Sri Muhyiddin memang berasas kerana sebagai orang lama dalam politik, Tan Sri Muhyiddin sudah pasti kenal siapa Anwar sebenarnya. Kita lihat apa dah jadi kepada peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman? Bukankah mereka adalah rakyat yang patut dibela dan dikasihani?

Jika Anwar ikhlas nak bela rakyat, janganlah jadikan tempat tumpuan umum dan tapak perniagaan rakyat sebagai tempat menjalankan aktiviti demonstrasi sesat beliau. Yang rugi sekarang adalah peniaga dan mereka ingin membuat tuntutan tetapi dengan siapakah tuntutan itu nak dibuat...Anwar, Hj Hadi atau Lim Kit Siang?

Sudah 11 tahun Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi gelanggang Anwar untuk meraih keuntungan politik beliau. Ertinya sudah 11 tahun peniaga Jalan Tuanku Abd Rahman khususnya di Masjid India mengalami kerugian. Dalam erti kata lain ANWAR UNTUNG RAKYAT RUGI.

Sebab itu penulis menyokong penuh kenyataan Tan Sri Muhyiddin kerana memang benar Anwar adalah pengkhianat kepada Bangsa dan Negara. Anwar nak negara menjadi mundur serta ekonomi negara jatuh teruk dan kerana itulah demontrasi sedemikian dibuat bagi menunjukkan kepada dunia luar bahawa Malaysia diambang kucar-kacir serta tidak selamat untuk dijadikan tempat pelaburan.

Ini yang telah dilakukan oleh teman baik Anwar, Saudara Amien Rais kepada Indonesia. Anwar dan Amien Rais berkongsi idea serta prinsip yang sama tentang demonstrasi jalanan.

Bagi Amien Rais, jatuhnya ekonomi Indonesia adalah kemenangan beliau dan telah dibuktikan bagaimana beliau menjatuhkan Allahyarham Suharto, Habibie, Gusdur dan Megawati. Pemimpin lain jatuh bangun, rakyat menanggung azab kefakiran namun Amien Rais ketawa keriangan. Rakyat Indonesia menangis, merempat dan meminta sedekah di negara sendiri.

Taktik ini telah digunakan untuk rakyat percayakan kononnya dia adalah seorang yang baik dan Dr. Mahathir adalah sebaliknya.

Inilah yang mahu dilakukan Anwar kepada Malaysia. Jatuhnya ekonomi negara, maka Anwar akan BANGUN DAN MENJADI HERO DENGAN MENYALAHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Hebatkan perancangan munafik ini?

Rakyat digunakan sebagai batu loncatan untuk memenuhi hasrat yang diimpikan iaitu menjadi Perdana Menteri. Cukuplah kita dikelirukan sekali tetapi tidak untuk kali ini.

Bagi pemimpin lama yang pernah bersama Anwar, pasti ramai yang tahu strategi yang digunakan Anwar. Walau apa cara sekalipun, Anwar pasti lakukan juga biarpun rakyat dan negara jadi sandarannya.

1MALAYSIA fikirkanlah sebaiknya dan janganlah kita diperkotak-katikkan oleh pengkhianat yang mempunyai agenda tersembunyi serta penuh sandiwara. Kita tunggulah harinya (bermula 2 September) kerana ALLAH pasti akan tunjukkan KEBENARAN-NYA pabila tiba masanya...Isytiqhorohlah.

RENUNGAN : Orang munafik itu takut apabila diturunkan surah yang menerangkan kepada mereka akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): Ejeklah sesuka hati kamu, sesungguhnya ALLAH akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai). -Surah At-Taubah Ayat 64

1 comments:

PEJUANG CYBER 8 September 2009 at 02:33  

Ini adalah taktik Anwar hendak buat gempar. Taktik lapok!!!

Berdasarkan begitu punya banyak saman Anwar, ada yang menggelar beliau kini “Jutawan Saman”.Namun tiada satu pun yang telah selesai.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP