HARI JUMAAT BULAN RAMADHAN
Apabila saya menerima panggilan telefon memberitahu pemergian YB Azman Mohd Noor (ADUN Bagan Pinang) untuk selama-lamanya, saya seperti tidak percaya kerana beberapa hari sebelum itu beliau kelihatan sihat. Cuma yang saya perasan, beliau tidak banyak bercakap dan agak pendiam.
Saya bergegas ke KPJ Seremban untuk menziarahi jenazah Allahyarham buat kali terakhir. Di dalam perjalanan, hati begitu sayu sekali. Banyak kenangan saya dengan Allahyarham sepanjang mengendalikan blog UMNO Bagan Pinang dan blog personal Allahyarham sebagai ADUN Bagan Pinang.
Allahyarhamlah yang memberikan pengiktirafan kepada saya sebagai pengendali blog UMNO Bagan Pinang. Cuma yang saya terkilan kerana tidak sempat menyiapkan blog personal Allahyarham sepenuhnya.
Walaubagaimanapun hati saya terubat kerana Allahyarham pergi pada bulan Ramadhan yang mulia dan pada hari jumaat iaitu penghulu segala hari.
Betapa salahnya seorang manusia itu menilai sesama manusia kerana saya tahu ramai yang tidak sukakan Allahyarham di DUN Bagan Pinang ini kerana ketegasan Allahyarham.
Allahyarham akan menegur sesiapa sahaja termasuk pegawai-pegawai kerajaan demi membela nasib rakyat di DUN Bagan Pinang.
Kata-kata keramat Allahyarham yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila ialah "SAYA MENERIMA JAWATAN INI SEMATA-MATA UNTUK BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT. BAGI MEREKA YANG MENGKHIANATI KEPENTINGAN RAKYAT, SAYA AKAN LAWAN SECARA BERDEPAN" . Ungkapan ini begitu menyentuh perasaan saya.
Itulah sifat sebenar Allahyarham. Sentiasa berdampingan dan memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira waktu. Kadang-kadang Allahyarham tertidur didalam kereta kerana kepenatan menyelesaikan masalah rakyat seperti yang selalu diceritakan oleh Setiausaha kerja Allahyarham, Encik Arshad.
Daripada KPJ, saya mengiringi jenazah Allahyarham hingga ke rumah ibunya di Kampung Arab, Port Dickson. Begitu ramai sekali yang datang menziarahi jenazah Allahyarham buat terakhir kali.
Disaat akhir hendak dikebumikan, semuanya terjawab. Apabila kain kapan yang menutup muka dibuka untuk tatapan terakhir…masyaalah, berseri-seri, suci sungguh nampaknya. Saya menyaksikannya sendiri. Bukan mata saya sahaja, semua yang berada disitu terpegun.
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama dengan ahli-ahli syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.

1 comments:
Al-fatihah
Post a Comment