TENTERA SASARAN PAS
Memandangkan jumlah undi Pos yang sangat besar di Kerusi N31 Bagan Pinang, PAS sedang mengatur strategi menawan dan mendapatkan undi Pos dari warga Angkatan Tentera Malaysia(ATM) supaya mereka dapat memenangi kerusi N31 Bagan Pinang.
Blog-blog PAS di Negeri Sembilan mula memfokuskan sasaran mereka ke arah golongan Tentera, dan berkemungkinan juga calon yang dipilih berlatar belakang tentera.
Persoalanya, seperti biasa PAS menuduh UMNO mengamalkan budaya Politik kotor dengan menyalahgunakan kuasa dengan mempergunakan SPR dalam pilihan raya. Namun, jika seperti yang dituduh undi Pos adalah undi tipu atau undi paksa, mengapa PAS harus lagi menumpukan usaha mendapatkan undi pos tersebut.
PAS seringkali beretorik. SPR tidak telus la, UMNO menang undi hantu la, namun bila mereka menang semuanya betul dan ok. Inilah pilihan Rakyat, walhal mereka menang dengan cara yang jijik menyerang peribadi calon, mengamalkan budaya samseng dan menjanjikan syurga. Itu adalah politik tidak matang!
Wahai tentera-tentera perwira Negara, usahlah dipermainkan oleh sentimen keagamaan oleh Parti PAS itu. Semuanya demi kuasa.
Sebelum-sebelum ni PAS tak kisah pun dengan Tentera, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menitik beratkan usaha menjaga kebajikan dan keselesaan setiap Tentera dari masa ke semasa. Kehidupan setiap warga ATM semakin hari semakin baik dan pelbagai insentif serta kemudahan dinikmati.
Awas taktik kotor PAS!!!
4 comments:
Pemimpin PAS akan lakukan apa sahaja demi kemenangan sementara. Malangnya penyokong PAS tidak sedar bahawa kemenangan tersebut amat menguntungkan perjuangan DAP dan merosakkan penguasaan orang Islam dalam politik.
BN kena bersiap sedia ...kita harap pihak atasan tentera harus memainkan peranan dlm hal ini dan beri penerangan kepada tentera ini semua..
isu panas yg berkait rapat dengan tentera yg paling terbaik ialah usaha bawa balik chin peng yg disokong oleh DAP,PAS dan PKR .
PAS tahu mereka sukar utk menawan hati pengundi di kampung2 bagan pinang dan kini mereka sasarkan undi pos dari tentera.
Tidak ada masa untuk pasukan keselamatan negara untuk berpolitik.
Mereka adalah benteng negara yang sewajarnya menjadi penjawat yang taat setia dengan kepimpinan negara tanpa kompromi. Sekiranya anda sudah hilang rasa taat setia kepada negara dan pimpinan yang sedang berkuasa untuk mentadbirnya, sayugialah anda meletakkan jawatan dari menjadi sebahagian benteng negara!!
BN Memang menang dengan tentera yang berjumlah 5000 lebih pengundi pos. kalau tak kerana tentera PAS tentu dah menang. Orang kampung berapa kerat sangat.
Jadi AWASLAH BN,UMNO dan yang sewaktu dengannya. Jika tentera semakin benci UMNO-BN, insya Allah tumbanglah UMNO.
Marilah kita pakat menyokong PAS ramai-ramai. Kalau semua ADUN BN masuk PAS tentulah Kita dapat memerintah Negeri Sembilan dengan aman. kalau nak bagi kerusi tu pada DAP atau PKR mungkin kedua-duanya Cina kafir kalau mereka juga menang, jadi lagi bodoh. Kalau PAS tentu calon Melayu Islam.
Post a Comment