Thursday 10 September 2009

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN CALON DI BAGAN PINANG? SAH MEREKA TIADA CALON.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar adalah antara tiga nama telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PAS negeri itu malam tadi.

Menurut sumber, kebanyakan 25 ahli jawatankuasa bahagian, lebih cenderung untuk memilih Zulkefly untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Di peringkat PAS Pusat pun, ada harapan cerah beliau terpilih," katanya sumber tersebut

Sumber itu berkata pemilihan Zulkefly dianggap bersesuaian memandangkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man juga dipilih bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, ianya mengesahkan tanggapan penduduk disini bahawa PAS ketandusan calon tempatan yang boleh diketengahkan.

Apa kata kerusi N31 ini diberikan pada PKR atau DAP sahaja?

3 comments:

PEJUANG CYBER 10 September 2009 at 04:45  

Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu

PAS memperalatkan Islam

Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.

UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM

PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI

Ingatlah;

Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…

masjid tok guru 10 September 2009 at 06:58  

Salam Ramadhan...

Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati:

http://masjidtokguru.blogspot.com

Terima kasih.

Local Fighter 10 September 2009 at 07:33  

Lah..mamat ni ke nak jadi calon PAS PIS PUS? hehe..

wat malu je ada title Dr tapi cakap haram 1 pun tak boleh pakai!

masa dia ceramah kat pusat khidmat DUN Paroi (blkg umah aku kat Taman Tasik Jaya) apa yang dia ckp asik kondem, kutuk dan maki pemimpin kerajaan je.

aku tak pergi tapi dgr dari umah aku. jiran2 aku bising sebab bunyi ceramah kuat sgt ganggu anak diorg tido.

apa yg dia ckp, sumer kerajaan buat salah, haram. yang dia tak buat apa2 untuk rakyat tak lak salah ek. Asik nak ceramah duk maki orang, tgk le dlu diri tu Dr sebelum kutuk orang..

p/s - Misi Tawan Kembali DUN Paroi. Gerak kerja Bahagian Rembau perlu bergerak sekarang. Jgn tunggu PRU-13 baru terhegeh-hegeh!!


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP