PRK N31 Bagan Pinang: Senarai Bakal Calon BN
Kalangan kami berpeluang melawat Allahyarham Azman Mohammad Noor sebelum dikebumikan. Kedengaran juga khalayak yang hadir mengucapkan kata betapa bertuahnya Allahyarham kerana telah kembali ke hadrat Ilahi dalam bulan Ramadhan yang bersamaan pula dengan hari Jumaat, penghulu segala bulan dan hari. Penyudah hidup kita pun tidak kita ketahui bagaimana pengakhirannya, maka eloklah jika kita sentiasa bermuhasabah diri.
Semasa minam di Bangi Kopitiam, kami turut melihat ramai ahli-ahli parti sama ada di pihak BN mahupun pembangkang yang turut bersantai di sekitar kawasan Teluk Kemang. Tidak tahulah akan niat atau tujuan ramai ahli politik di Teluk Kemang yang kebetulan bersamaan pula dengan hari pergi tak kembalinya Adun Bagan Pinang. Mungkin juga kesemua mereka hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada keluarga Allahyarham. Wallahualam.
Dalam perbualan kami, tersebutlah senarai nama yang berkemungkinan diletakkan sebagai calon BN dalam PRK N31 Bagan Pinang nanti. Antara nama calon BN yang diramalkan ialah:-
1. Mohd Najib bin Tan Sri Haji Mohd Isa – Naib Ketua Pemuda Bahagian Teluk Kemang
2. Hairuddin Abu Bakar (Don) – AJK Bahagian Teluk Kemang
3. Haji Abdul Wahab Ibrahim – AJK Bahagian Teluk Kemang
4. Kamil bin Aziz – AJK Bahagian Teluk Kemang
5. Mimi Fadzurry binti Md Tahir – Ketua Puteri Bahagian Teluk Kemang
Nama di atas adalah antara yang dikenalpasti sebagai calon BN yang 'bersih' untuk bertanding di PRK N31 Bagan Pinang. Namun ada juga beberapa nama yang disebut sebagai bakal calon, tetapi kami agak pasti sekiranya mereka terpilih, maka BN berkemungkinan bakal berdepan masalah. Antaranya ialah:-
1. Faizal bin Ramli – Ketua Pemuda Bahagian Teluk Kemang
2. Halim Mohamad – AJK Bahagian Teluk Kemang
3. Lokman Nor Adam
4. Ezam Mohd Nor
Hakikatnya, kami tidak pasti siapakah yang akan terpilih sebagai calon untuk mewakili BN di PRK N31 Bagan Pinang. Namun kami sarankan kepada pihak pembangkang, bolehlah mula mengusha dan menyelidik kisah peribadi bakal-bakal calon BN yang kami senaraikan ini. Manalah tahu kalau pihak pembangkang 'gembira' untuk menjadikan kisah peribadi bakal calon BN sebagai modal atau bahan untuk dijaja dan diaibkan. Bukankah itu kepakaran parti pembangkang?
Tujuan kami mengeluarkan senarai nama yang berpotensi menjadi calon adalah semata-mata supaya pihak BN dan Umno lebih bersedia dalam mengkaji latar belakang calon yang akan dipilih. Kami tidak mahu pisang berbuah 9 kali dan BN perlu belajar musibah yang berlaku di Kuala Terengganu serta Permatang Pasir. Perdebatan ilmiah dan kajian terperinci perlu dilakukan terhadap kesemua bakal calon BN, demi kepentingan awam yang wajib diutamakan.
Dikhabarkan hari ini, Speaker DUN Negeri Sembilan akan menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN N31 Bagan Pinang kepada pihak SPR dan SPR akan membuat ketetapan tarikh PRK N31 Bagan Pinang yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bagi mengisi kekosongan.
Kepada ahli dan penyokong parti pembangkang yang bakal berkempen di Bagan Pinang, kami ucapkan 'Selamat Datang' ke kawasan kami. Gelanggang, strategi, pertempuran dan pasukan baru sedang menanti anda. Nak kono hoben ko jang?
(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)
1 comments:
Sesiapa sahaja yg tersenarai menjadi calon BN saya tetap akan memberi sokong yang padu!!
Keputusan ditangan pucuk pimpinan Parti!
Hidup BN!
Salam Hurmat...
Post a Comment