Thursday, 1 October 2009

Pengumuman calon BN di Command Centre Barisan Nasional PRK N31 Bagan Pinang amat memberansangkan.


Telok Kemang - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah bersama-sama pada hari pengumuman calon BN di Command Centre Barisan Nasional PRK N31 Bagan Pinang. Kehadiran pada hari itu amat memberansangkan. Kalau dilihat, boleh dianggarkan seramai lebih 10,000 orang telah membanjiri kawasan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada YBhg Dato' Seri Utama Tan Sri Mohd Isa B. Ab Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang kerana telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan sebagai Calon Barisan Nasional pada PRK N31 Bagan Pinang. Semoga kejayaan pada PRK N31 Bagan Pinang menjadi milik BN... InsyaAllah...

Klik disini untuk melihat gambar Pengumuman Calon

6 comments:

zedmagel 1 October 2009 at 13:32  

Salam Lebaran Bro Pejuang Bangsa,

Mudah-mudahan Tan Sri Isa menang besar. Belaiu seorang yang disayangi ramai di kawasan tersebut.

Tan Sri pun orang mudah faham dan sangat humble dengan masyarakat..

Juwa 1 October 2009 at 13:43  

Kalau dah dpt nasi bungkus free, T-shirt free, duit raya free, tambang dan makan free sapa yg tak nak datang. Org bagi, kita sapu, bila undi kita pilih org yg bersih aje. Yg kaki rasuah tak main.

Anonymous 1 October 2009 at 13:56  

ANWAR tu raja rasuah, kaki tipu, liwat. hang lupa ke

Anonymous 1 October 2009 at 14:31  

Salam to all pejuang bangsa..

mulakan "perang" dengan penuh berhemah..orang yang kita lawan ini pun "orang kita" juga..

jangan biarkan kemenangan dipihak lawan...

perjuangan masih belum selesai..

saya yakin TS ISA menang dengan izin dan rahmat Allah swt..

kebenaran akan terlihat juga..insyallah..

kalau TS ISA bersalah kerana rasuah, dosa nya dengan ALLAH, kita manusia janganlah pula nak lebih2 menuduh dia kaki rasuah ke aper..yang penting dia mohon ampun dengan yang maha esa dan tidak mengulangi perbuatan tersebut..

Insyallah...saya doakan malaysia akan aman seperti dahulu dengan berakhirnya pengkhianat bangsa, penggadai negara dan penglaknat agama..

Nik
Daejeon

Unknown 1 October 2009 at 14:44  

a'kum,
aku percaya, banyak duit akan masuk ke kocek pengundi2 di BP ni. So, tidak salah pilih isa. sbb yang ketua2nya di atas akan secara sengaja dan tidak sengaja akan membuat penyelewengan kuasa dan mengajar anak buahnya merasuah.
satu undi aku untuk bukan umno.
salam...

HidupMelayu 1 October 2009 at 14:53  

Pak, kita kena ajar anak2 kita jgn amalkan rasuah. Caranya ialah dgn menolak Isa Samad yg mmg pun kaki rasuah. Ajar anak2 kita rasuah tu jijik sbb dgn rasuah juga org melayu boleh kena lelong. Skrg ni sedih, pak, sbb org melayu sedang dilelong oleh umno.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP