Calon Pas pernah ditolak orang kampung Lenggeng
PORT DICKSON: Seramai 13,664 pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang digesa tidak memilih calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang sudah ditolak oleh orang kampungnya di Lenggeng, Seremban pada tiga pilihan raya umum sebelum ini.
Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli, menasihat pengundi tidak membuat kesilapan dan menggadaikan masa depan dengan memilih calon luar dari Bagan Pinang yang belum diketahui hati budinya.
"Kita mempunyai calon anak tempatan (Tan Sri Mohd Isa Samad) yang kita tahu hati budi dan berjasa besar kepada penduduk kampungnya sendiri. Mengapa kita perlu memilih calon luar yang belum dikenali?
"Apatah lagi, pengundi di Lenggeng iaitu kampungnya sendiri menolaknya dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini," katanya ditemui selepas mesyuarat dengan jentera Pemuda Telok Kemang di Bangunan Umno bahagian, di sini, semalam.
Mohd Faizal yang pernah menjadi wakil rakyat DUN itu sepenggal pada 2004 berkata, majoriti penduduk Bagan Pinang gembira kerana pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mendengar suara akar umbi apabila menamakan Mohd Isa yang juga Ketua Umno bahagian sebagai calon.
Beliau berkata, tumpuan Umno bahagian ketika ini adalah menggerakkan jentera parti dengan bertemu seramai mungkin pengundi untuk memastikan kerusi tradisi milik BN itu dapat dipertahankan.
"Saya yakin penduduk Bagan Pinang akan menghargai keputusan pucuk pimpinan itu dengan mengundi BN, 11 Oktober nanti. Momentum sekarang menunjukkan sokongan kepada BN semakin bertambah sejak Tan Sri Mohd Isa dinamakan sebagai calon," katanya.
Sementara itu, Zulkefly yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, menegaskan beliau tidak ditolak oleh orang kampungnya, cuma tidak mendapat undi secukupnya untuk memenangi kerusi DUN Lenggeng yang ditandingi pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008.
"Jika ditolak, saya tidak mendapat satu undi pun tetapi pada 2008, lebih 4,000 mengundi dan saya kalah dengan majoriti kira-kira 1,000 undi. Saya dapati berlaku peningkatan undi setiap kali bertanding sekali gus membuktikan saya kian diterima ramai.
"Jika bercakap soal calon tempatan atau luar, ia tidak relevan lagi kerana dunia kini dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Apa yang penting, sama ada kita berupaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Saya berjanji jika dipilih, saya akan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Bagan Pinang," katanya. - Berita Harian
9 comments:
mcmana ni...org tampat sendiri dah tolak, ni nak bertanding tempat orang. agak2 la dol...jadi pemimpin ni bukan senang. setakat nak cuba2 baik jgn. TSI dak masak dan semua org Bgn Pinang dah kenai TSI. TSI memang dekat dgn rakyat. lu pikir la sendiri
Isa memang dah masak cara nak nipu rakyat. memang elok pilih dia sebab dia lepas ni tau mana ruang yang rakyat belum kena tipu lagi. apalah punyo org umno ni. Sokonglah lagi nanti banyak dapat projek.. jangan tapis pulak siarkan saja pandangan ni..
klu nak ambil kire anak tempatan, isa bukan anak tempatan, die org melake... cek profil die btol2.... takkan org umno tak pandai gune computer kot...
ya la,kalau mcm tu suruh anwar keluar dari permatang pauh,suruh dia jangan mengundi di pmtg pasir.sebab dia orang machang bubuk.
suruh anwar jadi wakil di segambut la
cuba bagi berapa orang je wakil rakyat bertanding kat kampung sendiri??xla ramai sangat...jangan la jadi katak bawah tempurung...kerajaan pn buat dasar pandang ke timur...nape xbantah??
yang penting pilih la orang yang taat pada Allah dan tahu kenapa dia jadi calon, kalau tak nanti dah berjawatan macam2 yang di kautnya
kemenangan adalah satu amanah, dan dengan amanah itu la yang akan mengheret seseorang itu ke neraka sekiranya tak di tunaikan...
tepuk dada tanya la iman
Ni samo macam suruh Johor FA lawan MUFC !!!
Macamana lah kamu berfikir. Masih ditakuk lama. Dunia tanpa sempadan beb. Di Kuala Selangor, Ahli Parlimennya orang Rembau, Dr Zulkifli AHMAD, Ahli Saintis yang hebat. Orang Rembau tak mau dia, tak apa, orang Selangor terima. Kita memahkotakan kebijaksanaan dan ilmu, bukan fikiran jumud. Untung Negeri Selangor dapat genius macam Dr Zulkifli.
Genius kepala hotak apa kena kuda dengan DAP je. Setakat saintis bijak apa yang dia cipta selama ni, fitnah saja banyak
Ehh Nik Ajis lg kuat menipu..menipu dgn serban, dengan jubah tp perosak agama..pemecah belah ukhwah Islam, bersekdudukan dgn puak celaka DAP penentang Islam..
Kalau ikut dasar pulak..dsar PAS lg karut..tmbh2 di Klntn..punya kengerian..ank kelantn je blh beli tanah..org luar wpun Islam xleh sng2 masuk..so..ini dsar yahudi..ok plak kn?? Anwar menipu lg kuat..nk tarik 31 ahli parlimen? nak rasuh sebesar mn mereka?? perasuah besar gn duit Magnum, duit Israel PAS dok makan same tu haram tau..baik tobat cpt2 tidak tket ke syurga PAS akan departure ke Neraka Jahannam!!
PAS oiii..koran ni xde modal dh..balikk lerrr..berambus ler.. st hr Allah akan bg semua manusia bnci kamu wahai PAS Lknatullah!!
Nauzubillah dr terikut dgn puak PAS Alkhawarij...!!
Post a Comment