Kecewa Anwar Tidak Ambil Peduli Pendapat Ahli : Sharudin keluar PKR
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Telok Kemang, Sharudin Abdul Hamid, sebentar tadi mengumumkan keluar parti itu serta merta untuk bertanding pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Beliau yang juga Ketua Penaja Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut, berkata tindakan itu diambil selepas diberi kata dua oleh PKR untuk berbuat demikian.
"Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beritahu sekiranya saya hendak bertanding sebagai calon Bebas perlu keluar dari parti itu.
"Jadi, saya ambil keputusan untuk keluar dari PKR serta melepaskan jawatan saya dalam parti itu dan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya DUN Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Berita Harian Online, sebentar tadi. - Berita Harian
7 comments:
inilah sikap anwar. jgn terpedaya lagi. kalau anda adalah Azmin, memang tempat anda terjamin tp kalau setakat ahli biasa atau mcm Fairuz (bekas TKM1 Penang)...minta maap. Anwar buat dek aje.
KHUTBAH JUMAAT: PENJENAYAH RASUAH PENGKHIANAT NEGARA
Khutbah Jumaat daripada Masjid Negara sebentar tadi yang menyentuh tentang rasuah amat menarik sekali untuk dihayati. Hadis nabi riwayat At-Tarmizi menyebut 'pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya dimasukkan ke neraka'. Rasuah juga dipandang sebagai najis yang menjijikkan, dan sesiapa yang terlibat dengan rasuah dipanggil penjenayah serta pengkhianat negara.
Khutbah Jumaat tadi bertepatan dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang yang mana pencalonannya akan berlangsung esok.Samada khutbah ini untuk tujuan itu atau hanya kebetulan, isi dan pengajarannya perlu diberi perhatian. Dijangkakan salah seorang calon daripada parti bertanding pernah didakwa terlibat dengan jenayah rasuah. Rasuah yang dipanggil rasuah politik tetap juga rasuah yang menjijikkan. Semoga pengundi terutamanya yang beragama Islam menghayati isi pengajaran Khutbah Jumaat sebentar tadi. Jangan pula Imam atau penulis khutbah tadi pula yang dikenakan tindakan tatatertib.
menghukum memang mudah tetapi sesekali ingatlah pesanan nabi...seorang manusia yang bertaubat nasuha akan terhapus dosa-dosanya...mungkin TSIS juga telah bertaubat dan menjauhi rasuah politik dan kehadiran beliau adalah semata-mata untuk berkhidmad kepada rakyat.belajarlah memaafkan kesilapan seseorang...anda akan lebih mulia dari manusia yang gemar menuduh dan menfitnah..Harap TSIS akan memandang dan memajukan Bazaar Mains yang dahulunya dikenali sebagai Pekan Rabu..kerana ini adalah usaha beliau untuk Melayu YANG DIPINGGIRKAN
Banyak la dia punya taubat..taubat ke TAUBUAT !!!! he he jangan marah yo.....gurau pilihanraya,kalau marah kono jual !!!
Isu rasuah, isu lapok. Tolak Pakatan Haram, Undilah Barisan Nasional untuk kesejahteraan bersama.
Mmg pun..bile Anwar dituduh liwat puak PAS ni berguling2 ckp xblh tuduh dose fitnh..kn ade sksi.. klu xde sksi kena hukum org tuduh tu.. ehh2 tp bile kn pd org UMNO di canang ckup2 dlm internet.. pahal Anwar bkn stkt bapak rasuah, dan ibu rasuah ada dlm DAp dgn PAS..so Anwar bapak..ibu2 ada dlm PAS n DAP.. tp mmg betul lah perasuah pengkhianat negara kn.. jadi Anwar mesti dihukum sbb nk rasuah sepertiga ahli parlimen..di adh rasuah Tog Guruku di kelate nu..sbb tu ana sami'na wa ato'na a'la bilhall..
So..mari kita sama2 tolak PAKATAN HARAM ini di mana2 jua di Malaysia..jgn benarkan mereka berkuasa..lingkup negaraa!!!
Wahai masyarakatku sekalian....
Soalan yang diajukan
1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....
2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....
3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?
4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?
5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?
6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah
1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor
Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.
Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.
Post a Comment