Tuesday, 29 September 2009

TAHNIAH TAN SRI ISA SAMAD - CALON DUN BAGAN PINANG


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.




9 comments:

BelokKiriKanan 29 September 2009 at 17:12  

Tahniah Tan Sri Isa! Tahniah juga buat rakyat Bagan Pinang yang bakal mendapat Menteri Besar yang baru daripada Dun ini.

Samurai Politik 29 September 2009 at 17:28  

Syukur Alhamdulillah kerana Tan Sri Mat Isa Samad di pilih sebagai calun BN DUN BAGAN PINANG. Beliau adalah seorang yang sangat gigih bekerja sejak dulu lagi .

Rakyat perlu menerima beliau kerana beliau seorang yang sangat mesra dengan rakyat.

Admin 29 September 2009 at 18:15  

Isa pilihan PM= Tun Shhh........

PADANGBOLA 29 September 2009 at 18:20  

tahniah TS Isa...anda memang banyak jaso kek n9 ni...sekarang giliran kami anak-anak mudo semasa TS Isa jadi montori bosar membalas jaso anda...kami akan kojo kuek memastikan kemenangan TS Isa

Hidup TS Isa

Pemuda Cawangan Taman Bukit Kepayang, Bahagian Rasah, Seremban, Negeri Sembilan

Demang Lebar Daun 29 September 2009 at 21:58  

Pilihan terbaik selepas mengambil kira semua aspek.

PKR perlu berhati-hati jika nak mainkan isu lama Isa. Bukan apa, nanti terungkit banyak kes Anwar dan beberapa pemimpin PKR.

Juwa 29 September 2009 at 22:37  

Kaki rasuah pun boleh dipilih. Mmg umno dah hancur.

Fokus 1 MALAYSIA 30 September 2009 at 00:10  

mendahulukan rakyat adalah agenda pusat. kemenangan Bn menjanjikan kesinambungan RAKYAT-PARTI-KERAJAAN kpd rakyat Bagan Pinang. Tahniah buat TSI & Rakyat Bagan Pinang

1 Malaysia 30 September 2009 at 21:28  

Hidip UMNO!! Hidup Tan Sri Isa !! Jasamu takan kami lupa.Tanggal 11/10/09, kita tabal TS Isa wakil rakyat Dun Bagan Pinang.Seterusnya ke kerusi Menteri Besar.Umpama Sirih Pulang ke Ganggang.

kelabbn 11 October 2009 at 15:49  

KelabPenyokongBN YouTube,

Tahniah kepada Tan Sri Isa, lepas menang, pastikan terus bekerja untuk rakyat dan pastikan ISA semakin relevan dengan UMNO dan BN dan negara dan pembangkang.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP