Wednesday, 30 September 2009

KALAU ITU SUDAH TAKDIRNYA : CALON BN BAGAN PINANG TAN SRI ISA SAMAD


Salam Perjuangan...

Kalau itu sudah takdirnya maka kita kenalah terima dengan rela hati... Tan Sri Isa Samad kini sah calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang...

Apapun kepada semua pengkritik & yg mungkin tidak bersetuju sebelum ini desas-desus TS Isa bakal menjadi calon penulis nasihatkan supaya kita terimalah dengan redha...



Redha untuk kita kembali merapatkan barisan... kembali bersatu... kembali berpadu teguh & bekerja sama bagi memastikan calon BN ini menang di bagan pinang... usah kita terbawa-bawa rasa... rasa tak puas hati, rasa nak sabotaj, rasa nak boikot atau rasa nak pulau terus dari berkerja...

Ingatlah semua itu hanya akan membawa padah bukan sahaja kepada UMNO & BN tetapi juga padah kerana kita dengan tidak langsung merelakan Melayu, Islam & Malaysia dilacur kerana telah menyumbangkan kearah kemenangan Pakatan Rakyat...

Penulis akui ramai juga org2 lama & baru kecewa namun perjuangan tetap perlu diutamakan... parti, kesatuan & survival Bangsa Melayu dan kemenangan adalah perkara yang tertinggi yg harus kita utamakan...

Namun penulis berharap rakan di Bagan Pinang sudah menyenaraikan segala kebarangkalian isu yg bakal di bawa pakatan rakyat sebagai psi-war untuk memburukkan calon BN ini. Kalau boleh senaraikan dan terus drafkan jawapan kepada isu itu mulai sekarang agar kita bersedia dengan sebarang kemungkinan...

Selamat berjuang... kepada Allah kita berserah segalanya... semoga kemenangan menjadi milik kita...

GAMBAR SEWAKTU MAJLIS PENGUMUMAN CALON BN YANG MANA PENYOKONG HADIR SEKITAR 5,000 ORG.... RAMAI TU BERBANDING SEWAKTU PAS UMUM CALON LEBIH KURANG 400 ORG JE HADIR

MOGA ITU SUDAH MEMBERIKAN KEMENANGAN PSIKOLOGI PUAT JENTERA BN

http://idealismalaysia.blogspot.com

12 comments:

Azizahns 30 September 2009 at 17:40  

saya cuma ingin tahu sejauh mana TSI menjadi pilihan penduduk kg bagan pinang.

adakah TSI pilihan orang umno bagan pinang sahaja atau pilihan penduduk bagan pinang.

kena lihat tu...

Anonymous 30 September 2009 at 17:49  

cuma harapan saya semsa PRK bagan pinang ni... orang umno tak payahlah timbulkan isu kafir-kafir lagi... bertambah meluat orang.

lagi satu ... tak pahlah serang peribadi nik aziz. bukannya dapat sokongan orang pas. makin bertambah menyampah adela lagi diorang nanti.

Anonymous 30 September 2009 at 18:05  

BUKANKAH LEBIH BAIK TAN SRI ISA SENDIRI YANG MENCALONKAN ORANG LAIN DEMI KEPENTINGAN PARTI..

hanya TUN dr. Mahathir yang berani melepaskan jawatan demi parti. ..

vesewe 30 September 2009 at 18:22  

Better still for all UMNO assemblymen to resign, then we have by-elections in all their constituencies to elect the PR assemblymen.

aston 30 September 2009 at 18:29  

Merdeka Day is a day of shame especially on this Merdeka Day. On this day you have to compare how a successful country like Singapore has done everything right and why Malaysia has done everything wrong.

On this day you will wonder why are we not better off if we are still under the British, I can assure you - we do not fall into what we are today. On this day everyone especially Sabah and Sarawak should be reminded that they should not join Malaysia in the first place.

If you ask me how great are the Umno. I would say they are shameless people just like some Ang Mok who drop their pants for all to see.

romsam 30 September 2009 at 18:33  

Never mind, because UMNO already brought us disaster for last 30 years! No one would be worst than this.

Anonymous 30 September 2009 at 18:51  

Salam,
Tahniah Tok Isa kerana menang pusingan pertama,pusingan kedua pun boleh menang tapi yang tak berkenan tu BN masih dgn perangai lama,masa ni la nak baiki jalan ,masa ni la buat perojek penabatan banjir,masa ni la nak tanya masalah...sesiapa yang bertanggung jawab tu tolong hentikan dulu,ni namo nye menyusah kan orang kampung bukan nak nolong. Tambah lagi dengan bilangan kenderaan yg makin banyak keluar masuk,risiko besar kepada kanak2 yang menggunakan jalan kampung.Jangan takut undi dapek kat Yok Isa,buat benda2 ni lepas pilihan raya

Detguaq 30 September 2009 at 19:11  

Salam,

Sebelum aku komen, aku kelebeklah komen-komen kat bawah....

Hampeh racist anti majoriti ropa-ropanya masih memutarkan rekod lama. Manakala sebenrnya terlalu sedikit Sabahan dan Serawakian yang anti Melayu, kerana bilangan Melayu diSabah dan Serawak adalah 100% termasuk diri yang bercakap tu, itupun kalau dia mengaku ras nusantaralah.

Mengenai Isa Samad, aku sudah menyatakan pandangan peribadi aku. Namun atas dasr ahli parti yang mendukung kepentingan parti maka aku akur dan perlu bangun untuk terus menyokong secara rasional terhadap UMNO. Buat massa ini aku tidak namp[ak ada parti lain yang boleh menyaingi UMNO dari segi khidmat kepada negara, kerana UMNO adalah parti dominan

Anonymous 30 September 2009 at 20:54  

Detguaq - 'Buat massa ini aku tidak namp[ak ada parti lain yang boleh menyaingi UMNO dari segi khidmat kepada negara, kerana UMNO adalah parti dominan'

Adoyai..nak tomuntah tokak den bilo baconyo.

myartch 1 October 2009 at 18:46  

Untuk sapo-sapo yg x suka UMNO tu takpolah..... pergilah undi parti PAS a.k.a DAP tu.....

Bagi aku seburuk-buruk UMNO ni.... ia tetap berpihak pada hak-hak org melayu.... mcm setandan dan sesikat pisang.... busuk sesikat atau sebijik tidak bererti busuk segalanya... biasalah tu.... no body perfect.... tapi sekiranya marahkan hanya kerna sesikat atau sebiji pisang... takkan batangnya nak ditebang....

myartch 1 October 2009 at 18:48  

YANG BUSUK BUKANNYA PARTI UMNO YG KERAMAT... TAPI ORG YG TAMAK DAN HALOBA..... DALAM PAS PUN ADA ORG MCM NI... DALAM PKR DAN DAP PUN ADA... CUMA MASIH BELUM PARAH..... NAMUN PARTI UMNO TETAP PARTI YG KERAMAT UNTUK ORG MELAYU

Anonymous 2 October 2009 at 23:06  

Memang Keramat,tempat orang memohon hajat.macam2 hajat la katakan


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP