Thursday, 1 October 2009

N31 Bagan Pinang : AJK Bahagian PKR Ketegaq Nak Bertanding Jugak


Shahruddin tetap terus hasrat bertanding sebagai calon bebas

PORT DICKSON - Ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang, Shahruddin Abd Hamid mengumumkan bahawa beliau akan tetap meneruskan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Menurutnya tujuannya bertanding adalah untuk menyampaikan hasrat dan visi untuk pembangunan yang komprehensif di daerah Port Dickson.

Shahruddin, 52, berkata, walaupun beliau mendapat tekanan daripada para pemimpin PKR namun beliau akan tetap meneruskan hasratnya itu.

Katanya, beliau rela keluar dari PKR dan melepaskan jawatan AJK PKR Bahagian Telok Kemang bermula hari ini jika ini adalah kehendak pemimpin PKR.

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) manakala Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar calon Pas bagi pilihan raya kecil itu.- Bernama


Pisau perhatikan inilah tandanya mereka yang menganut fahaman politik PKR tidak sebulu dengan PAS, hal ini juga pernah berlaku di Penanti ketika calon PKR akan bertanding namun dituntut oleh PAS.Malah di Permatang Pasir jentera PAS tidak dibantu oleh PKR dan DAP.



PAS & PKR tidak pernah sehaluan,namun atas dasar cintanya kepada Anwar Berahi dan kuasa politik mereka terpaksa bercium mulut walaupun mereka tahu mulut masing masing mempunyai bau najis fitnah yang busuk,kucupan dan kuluman air liur mereka bertukar namun seberapa lama yang boleh tahan dengan hanyir mulut satu sama lain,makanya terjadilah episod lawan cakap ketua atau berlawanan dengan prinsip perkahwinan sumbang mahram parti mereka.Inilah terjemahan daripada PKR yang nak bodohkan PAS,PAS yang nak bodohkan PKR.

Episod sumbang mahram didalam perkahwinan haram DAP,PAS dan PKR saling mencurigai dan bergolak,tetapi hanya berkisar didalam kain sendiri tanpa orang luar mengetahui.Sejauh mana mereka dapat sembunyikan kacau dan porak peranda didalam kain,makin hari kain itu reput dan rompang menampakkan apa yang berlaku didalam.

Kes terbaru apabila Yusmadi ,Ahli Parlimen Balik Pulau merangkap ketua AMK Pulau Pinang bagaikan diherdik kerana menyarankan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di gilirkan,sehinggakan dituduh rasis.

Mereka ini tidak pernah sebulu,sabitkan hanya wujudnya manusia sesumpah Anwar Berahi yang bagaikan tuan menarik hidung lelembu didalam DAP ,PAS & PKR kalau disuruh bercium mulut,maka berciumlah mereka antara satu sama lain,walaupun didalam hati merodak kerana terpaksa merasa busuk dan hanyir mulut masing masing.



Pisau kata "3 penjuru sedap sikit bertanding,baru boleh tengok puak PKR londeh PAS"

3 comments:

BelokKiriKanan 1 October 2009 at 10:15  

Kecuali blogger pro Dr. Mahathir, hampir semua blogger BN menyokong penuh tindakan menurunkan Tan Sri Isa sebagai calon di Bagan pinang. Kata mereka hanya Isa yang mampu memberi kemenangan yang amat penting ini kepada maruah BN. "Eden tak kisah isu moral atau rasuah macam Mahathir kobar tu, yang ponting monang dan monang."

Walaupun yakin menang,tekanan sudah tentu dirasakan oleh Isa bagi membuktikan pilihan Umno tepat. Isa harus menang dengan majoriti lebih besar, di samping itu perlu menang undi awam. Jadi PR tidak lagi dapat menuduh BN cuma boleh menang dengan bantuan undi pos seperti mana menangnya Parlimen Setiawangsa di KL dan Kok Lanas di Kelantan. Oleh itu, Isa perlu membelanjakan jauh lebih besar daripada belanja semasa kempen pemilihan Naib Presiden dulu.

YANG GAMBI 1 October 2009 at 10:41  

Salam, inilah cara Shahruddin nak tonjolkan diri, selama ini PKR tak pandang pun dia........, kena jolok sikit tarik dirilah diri....

Blokkirikanan, dalam isu pencalonan Tan Sri Isa, kita semua perlu menghurmati kehendak suara penduduk setempat yang mahukan beliau menjadi pemimpin mereka. Kita sebagai penyokong UMNO perlu memberi sokongan.

Kalau nak kira politik wang, PAS, PKR dan DAP juga menyogok untuk mendapatkan undi, apa lagi sekarang ini mereka sudah kaya hasil dari 4 buah negeri yang mereka kaut, tengoklah mereka menabur unutk membeli undi.......

zedmagel 1 October 2009 at 13:39  

Tahniah Sharudin, wak hang mesti kena bertanding, PKR takut nak turunkan calon sendiri, jika kalh imej jatu. Sebab tu dia bagi PAS, yang calon PAS turun bute aje. PKR akan ketawakan dan tinggalkan bontang semasa kempen...he..he.

PARTI RAKYAT PUNYA PERMAINAN..


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP