Friday, 2 October 2009

N31 Bagan Pinang - Isa ibarat 'Surat Khabar lama dikitar semula'


Naib Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa, "BN mencalonkan surat khabar lama untuk dikitar semula yang terbukti sebagai perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa."

“Tindakan BN mencalonkan Isa juga katanya cubaan menghina dan memperbodohkan pengundi Bagan Pinang.”

"Tentunya orang paling bersedih dengan pemilihan Isa adalah Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, nasihat mereka telah dibakul sampahkan," katanya. Klik

Begitulah ungkapan dari seekor ‘burung tiong’ yang diberi nama Azmin dan diberi jawatan Naib Presiden PKR. Kebodohan ‘burung tiong’ yang pandai meniru cakap tuannya tetapi tidak mengerti apa yang dia cakapkan dan kebodohan pula bagi orang yang menerima pakai percakapannya.

Azmin teramatlah sedihnya bila Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN di Bagan Pinang. Sedih bukan kerana UMNO-BN memilih seorang yang didakwa perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, sedih kerana calon PAS tidak akan berpeluang beroleh kemenangan di PRK Bagan Pinang.

Azmin kata, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, adalah orang yang paling bersedih apabila nasihat mereka telah dibakul sampahkan oleh UMNO.

Azmin tidak tahu bahawa Tun Dr. Mahathir menerima pemilihan Tan Sri Isa Samad kerana itu adalah pilihan parti. Tun Dr. Mahathir juga berkata, pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.

Malah Tun Dr Mahathir juga menaruh keyakinan yang tinggi BN akan menang besar dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 11 Oktober depan. Klik

Bertambah-tambah sedihlah siAzmin ‘burung tiong’ mendapat khabar bila Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, kebanyakan penduduk India di kawasan tersebut turut memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Isa untuk menjadi wakil kawasan berkenaan. Tan Sri Isa akan menerima 100 % sokongan daripada masyarakat India kerana beliau sangat terkenal di kalangan kaum India Bagan Pinang.

Azmin lupa agaknya, Tan Sri Isa Samad merupakan calon pilihan masyarakat akan umbi yang amat disenangi masyarakat setempat khususnya di Bagan Pinang, kalau tidak, masakan lebih 10,000 rakyat dari pelbagai kaum memberikan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO-BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Ini menunjukkan bahawa peluang BN untuk memenanginya sangat cerah serta memudahkan laluan kepada Tan Sri Isa untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Azmin cuba berselindung disebalik jubah dengan mendakwa Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh adalah orang yang paling bersedih apabila nasihat mereka telah dibakul sampahkan oleh UMNO, sebaliknya dia teramatlah sedihnya apabila Tan Sri Isa diumumkan sebagai calon.

Ini bukan soal 'Surat Khabar lama dikitar semula', ini adalah satu lipatan surat khabar lama yang banyak menceritakan sejarah jasa-jasa perkhidmatan Tan Sri Isa kepada rakyat pelbagai lapisan kaum di Negeri Sembilan khususnya dalam kawasan Telok Kemang selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar.

Jadi-jadilah wahai si Azmin ‘burung tiong’ bercakap perkara yang melalut untuk menipu rakyat. Jentera UMNO-BN akan berkerja keras mengekang dakyah-dakyah pembohongan PAS, PKR dan DAP untuk memastikan pakatan rakyat bertambah sedih dan pilu menerima penolakkan pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang.

InsyaAllah, BN akan mencapai kemenangan besar untuk menentang kemungkaran PAS, PKR dan DAP…………….

14 comments:

TokeyGaram 2 October 2009 at 11:03  

Surat khabar lama!!! Kesian pengundi BP, asyik kena baca surat khabar lama. Surat khabar tu org guna hanya utk bungkus ikan, lap lantai dan lap bontot aje. Kalau org melayu masih pilih lagi surat khabar lama juga, mmg nasib org melayulah nak kena bodoh2kan oleh umno.

Anonymous 2 October 2009 at 11:12  

ye la macam orang hampAS jugak. pilih tukang jual ikan jadi wakil rakyat mereka. memang nasib korang la orang kelantan nak dibodoh-bodohkan oleh ularmak-fulamak kaki2 kelentong yang cakap tak serupa bikin.lepas tu merempat negeri orang mintak kerja pasal kat sana yang ada di jaga oleh ularmak2 bangang yang kuat menipu dan bebal2 belaka tu.

YANG GAMBI 2 October 2009 at 11:26  

Begitulah puak-puak munafik ini hendak melihat sesama sendiri berkecamuk, selalu gunakan nama orang lain mengeluarkan pendapat, ini manusia bacul dan dayus.....

CUPING MERAH 2 October 2009 at 11:28  

orang umno apa nak dikira,perasuah,penipu,pembunuh semua pilihan mereka..

selagi umno tak islam begitulah caranya..

kalau islam pun ...plastik..kah..kah..kah

~angah181~ 2 October 2009 at 11:53  

..kadang-kadang baca suratkhabar lama sebagai sumber rujukan...

ruang bicara faisal 2 October 2009 at 12:42  

Kalau di negara yg bertamadun, contoh terbaik USA, nak jadi calon punyalah susah. Habis segala sejarah hidup kita diteropongnya utk memastikan yg memimpin tu terdiri drpd org yg bersih. Tapi kita kat sini, janji org tu boleh bagi kita keuntungan, kita akan pilih dia, tak kiralah dia tu kaki rogol atau kaki rasuah atau segala kaki2.
Org Permatang Pasir dah ajar umno. Skrg ni kita tunggu org Bagan Pinang pula nak ajar umno. Pelik umno ni, tak pernah belajar dari sejarah.

kelambuharimau 2 October 2009 at 13:13  

Salam, mereka sudah merasa akan kekalahan di Bagan Pinang, apa lagi yang hendak dicakapkan, selain merapu tak tentu pasal.

Anwar kepala segala rasuah semasa dalam UMNO, Azmin barua dia sampai sanggup berkongsi apa saja dengan Anwar, itulah dayus namanya....

PAS nak kata Isa penrasuah, tetapi penjanayah macam Anwar mereka jadikan ketua mereka......

Inilah sifat-sifat munafik PAS dan pendokong-pendokong mereka....

Anonymous 2 October 2009 at 15:34  

Calon PAS yang hamPAS, Sheikh Al-Ustaz Zulkifli pun suratkhabar lama yang direcycle untuk bertanding di BP juga. Yang sedihnya, suratkhabar lama ni sekali pun tak pernah menang pilihanraya....keh...keh...keh...

Anonymous 2 October 2009 at 17:00  

Apala BODOH kau org ni ISA dah tentu menang ,yg layan pembangkang buat apa...2x5

Anonymous 2 October 2009 at 18:20  

Betol la tu,duo2 kata memperjuang Islam..satu pembongak satu lagi asik nak bangkang,,elok la tu.hancur Islam macam ni

Anonymous 2 October 2009 at 22:55  

Azmin terlupo..bini dia pun dah pernah di kitar semula oleh al-xxxxxx..faham-faham le..

Anonymous 2 October 2009 at 23:11  

eh..eh..lupo..Azmin tu kan dayus..fifi tu anak sapo..kenapo ado orang lain sayang sangat pado fifi tu...?

Anonymous 3 October 2009 at 12:25  

Kesian Melayu kena tipu selalu. Pwmimpin kita munafik. Selalu mempertahankan perkara yg salah sulu rohaizat dari tpm sehingga Zahid Hamidi pertahan perkara yang salah.
Kalau yg salah salahlah jangan org BN mesti betul
Sebagai menteri pelajaran bercakap bagai org tak berpelajaran

Anonymous 4 October 2009 at 03:04  

Ermm klu cmtu PR pulak diketuai oleh bapak perasuah malaysia sbb agen rausah dr dr luar negara byk support sama dia.. psti dia nk beli 31 org skali gus ahli parlimen..wow this is marvelus projects.. berbilion ringgit nih.. jahat2 Allah tk izinkan pun..

PAS pula kn diketuai oleh ketua2 yg Munafiq dan rosak aqidah..permainkan Islam dr dlu smpai skrg tp ahli2nya bodohh..tksub dan wala' secara babi buta ilmu plak xde..ilmu pun main cedok tk ceramah..so ceramah pulak oleh puak2 ust PAS al munafiq..so segala imu feqah aqidah mereka ikut doktrin mazhab PAS lah..syiah pun ade sket..wahabi pun ade.. tasawuf ni mmg xde la sbb pemimpin pas mn ada tasawuf sbb hati mereka keras dn jauh dr cahaya Allah..mereka hnya ada ilmu sedikit ttp mereka Riak dn Ujub!!

So..jauhilah PAS DAP n PKR..dunia anda rosak akhirat anda akan dicampakkn dlm kemurkaan Allah!!

lg satu kan dlm pas ada raja mencarut plg femes..jeng..jeng iaitu sdr Mat dot dot dot dot.. cr le sape orgnyer


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP